Selasa, 26 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Malu bertutur bahasa Melayu

Posted:

Malu bertutur bahasa Melayu

Malu bertutur bahasa Melayu

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 April - Rakyat di negara ini diminta supaya tidak memandang remeh bahasa Malaysia dengan berasa malu untuk bertutur di khalayak ramai seolah-olah bahasa kebangsaan itu bukan bahasa ibunda negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat seharusnya lebih yakin menggunakan bahasa Malaysia yang kini antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia.

Menurut beliau, dari segi jumlah penggunaan bahasa di seluruh negara bahasa kebangsaan adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding bahasa-bahasa lain.

''Saya rasa ini kerana sikap, mungkin jika tidak menggunakan bahasa Inggeris tidak glamor dan seolah-olah bahasa Malaysia ini adalah bahasa yang rendah.

''Paling penting adalah soal keyakinan untuk menggunakan bahasa kita. Oleh itu, saya menekankan supaya kempen menggunakan bahasa kebangsaan harus diteruskan," katanya ketika menjawab soalan tambahan ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Firdaus ingin tahu punca kemerosotan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat negara ini termasuk kakitangan awam dan syarikat swasta yang dilihat seperti ada yang tidak kena terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan di negara ini.

Muhyiddin yang merupakan Menteri Pelajaran tidak menafikan bahawa wujud rasa bimbang pihaknya terhadap kemunduran penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat hari ini yang lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

Menurutnya, senario tersebut turut berlaku dalam majlis-majlis kerajaan yang mana penghormatan kepada bahasa luar terpaksa diutamakan sekiranya para jemputan terdiri daripada pihak negara luar walaupun bilangannya sangat kecil.

''Cuba lihat dalam majlis-majlis kerajaan, walaupun dalam majlis itu ada dua tiga kerat orang bangsa asing, pihak penganjur akan mengatakan minta maaf kerana terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan hanya ada dua tiga 'mat salleh' tetapi kita pula nak tukar bahasa kerana nak ikut kerenah mereka.

''Adakah kerana bila kita menggunakan bahasa Malaysia, tidak ada orang hendak berlanggan atau berurus niaga dengan kita dan dianggap ia tidak boleh membawa keuntungan," jelas beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata, suasana kurang mesra bahasa kebangsaan di negara ini jauh berbeza dengan keadaan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun iaitu rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri, malah mendaulatkan penggunaannya pada semua peringkat.

''Sewaktu saya di China baru-baru ini, mereka di sana bercakap semua dalam bahasa mereka, apabila ada sesuatu majlis, bahasa utama mereka juga adalah bahasa ibunda negara itu, cuma apabila hendak bercakap dengan kita barulah mereka menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, untuk memastikan keadaan kurang yakin terhadap bahasa Malaysia, kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang telah mengadakan mesyuarat pertama bagi melihat bagaimana bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan kepada kedudukannya yang sepatutnya.

Di samping itu, kata Muhyiddin, kurangnya tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar kesalahan berkaitan bahasa kebangsaan juga antara faktor berlakunya keadaan bahasa Malaysia dipinggirkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berganding bahu ke arah transformasi negara - Najib

Posted:

Berganding bahu ke arah transformasi negara - Najib

Berganding bahu ke arah transformasi negara - Najib

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat untuk memainkan dua peranan sebagai pemangkin ke arah usaha transformasi negara.

Pertama kata Perdana Menteri, dengan memberikan penghargaan kepada usaha yang dilaksanakan menerusi Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 secara membaca buku laporan tahunannya yang dilancarkan bulan lalu.

Najib menambah, laporan GTP itu akan menunjukkan kepada rakyat sejauh mana kejayaan yang dikecapi dan apa pula yang mampu dicapai hanya dalam tempoh setahun.

''Dalam hanya 254 muka surat, laporan itu merupakan bukti dedikasi, kesungguhan dan kerja kuat yang dicurahkan oleh kakitangan awam, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor awam dan banyak lagi yang bekerjasama mengenal pasti dan menyediakan penyelesaian isu-isu yang ada kaitan dengan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Our One Malaysia seperti yang disiarkan menerusi blog beliau di http://www.1malaysia.com.my, hari ini.

Najib menambah, perkara kedua yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah dengan memainkan peranan secara langsung dalam agenda transformasi negara menerusi pelbagai cara.

Ia kata beliau, sama ada menerusi pencegahan jenayah, 'whistle blowing', membanteras korupsi, membantu pelajar dan golongan miskin atau dengan memberi maklum balas bagaimana untuk meningkatkan pencapaian negara pada masa depan.

''Bersama-sama, kita dapat menempa satu budaya peningkatan yang berterusan dan menggunakan inisiatif itu untuk menggerakkan negara maju ke hadapan," kata beliau.

Najib menjelaskan, ia merupakan perjalanan masa depan yang panjang dengan tempoh waktu yang sukar namun kepayahan itu perlu dihadapi sekiranya manfaat diharapkan mahu dikecapi.

Manfaat itu pula, kata beliau, tidak hanya akan dinikmati oleh rakyat hari ini tetapi juga generasi akan datang.

''Marilah kita sama-sama memastikan masa depan yang cemerlang dan lebih baik buat Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Infrastruktur pengangkutan perlu berkembang

Posted:

Infrastruktur pengangkutan perlu berkembang

Infrastruktur pengangkutan perlu berkembang


Muhyiddin Yassin melihat logo Sambutan Ulang Tahun ke-10 Stesen Sentral Kuala Lumpur sambil diperhatikan oleh Mohamed Razeek Hussain (dua dari kiri) pada majlis sambutan tersebut di KL Sentral semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, risiko kesesakan bandar dan pencemaran adalah masalah yang akan timbul sekiranya infrastruktur pengangkutan tidak berkembang sejajar dengan pembangunan negara.

Justeru Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi sokongan sepenuhnya terutama kepada pihak swasta dalam melakukan penambahbaikan terhadap kemudahan pengangkutan demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna.

Beliau berkata, usaha tersebut melibatkan langkah-langkah penambahbaikan infrastruktur sedia ada serta mengintegrasikan hab pengangkutan khususnya di bandar raya ini.

''Kedua-dua langkah ini iaitu melakukan penambahbaikan infrastruktur serta mengintegrasikan hab pengangkutan juga akan menentukan sama ada Greater Kuala Lumpur mampu muncul sebagai metropolis bertaraf dunia sama seperti London, New York dan Tokyo ataupun sebaliknya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-10 Stesen Sentral Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD); Pengerusi Ekpress Rail Link Sdn. Bhd. (ERL), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Mohamed Razeek Hussain.

Timbalan Perdana Menteri dalam pada itu menyambut baik usaha MRCB menerima tanggungjawab melakukan kerja-kerja penambahbaikan prasarana dan kemudahan awam di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Beliau berkata, apa yang lebih penting usaha di bawah inisiatif Pengangkutan Awam Bandar yang menjadi sebahagian daripada pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

''Di bawah inisiatif itu pihak MRCB akan menyambung Stesen Monorel KL Sentral dengan Stesen Sentral KL yang dijangka siap pada Julai 2012 bagi membolehkan penumpang bergerak dengan selesa di antara dua stesen ini.

''Inisiatif yang dirancang MRCB ini juga bertepatan dalam mendokong usaha kerajaan untuk meningkatkan sasaran penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2012 ke 25 peratus daripada cuma 17 peratus pada 2010,'' katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh kejayaan Stesen Sentral KL sebagai sebuah hab pengangkutan awam yang berjaya di negara ini.

''Saya dimaklumkan semua kos operasi konsesi Stesen Sentral KL ditampung sepenuhnya oleh aktiviti komersial yang dijana di stesen ini.

''Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada MRCB dan anak syarikatnya, Semasa Sentral Sdn. Bhd kerana telah berjaya menguruskan KL Sentral ini dengan jaya tanpa perlu bantuan kewangan terus daripada kerajaan,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, menjadi harapan kerajaan supaya MRCB berkongsi pengalaman kejayaan itu dengan operator hab pengangkutan lain seperti di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam perkembangan berkaitan Muhyiddin berkata, peluang menguruskan hab pengangkutan awam dijangka muncul lebih banyak dalam dekad ini.

Malah beliau berkata, menurut jururunding McKinsey, negara Asia dijangka membelanjakan kira-kira AS$2.5 trilion (RM7.35 trilion) untuk sistem pengangkutan sahaja antara tahun 2010 dan 2020.

''Antara infrastruktur terbabit adalah hab pengangkutan multi modal seperti KL Sentral,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan