Selasa, 26 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar Lelaki Y

Posted:

Anwar Lelaki Y

Anwar Lelaki Y

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.

Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.

''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mat Sabu sedia tanding jawatan nombor 2 Pas

Posted:

Mat Sabu sedia tanding jawatan nombor 2 Pas

Mat Sabu sedia tanding jawatan nombor 2 Pas

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 April – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan Jun ini selepas gagal pada percubaan sama pada 2009.

Katanya, keputusan itu bagi meneruskan agenda dan perjuangan parti sebagai salah sebuah komponen pembangkang yang efektif dan mempunyai kredibiliti di negara ini.

Bekas Naib Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, beliau mendapat tahu menerima sokongan untuk bertanding jawatan kedua tertinggi parti tersebut daripada beberapa negeri tetapi enggan mendedahkan jumlah sokongan dan negeri berkenaan.

"Saya akan mengumumkan keputusan rasmi mengenai hasrat itu sebelum tarikh pencalonan ditutup pada 15 Mei ini, telefon saya semula pada 14 Mei ini.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa hasrat ini bukan untuk agenda peribadi tetapi demi meneruskan perjuangan Pas selama ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada pemilihan parti dua tahun lalu, penyandang jawatan itu kini, Nasharuddin Mat Isa mendapat 480 undi diikuti Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dengan 281 undi manakala Mat Sabu mendapat 261 undi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MEMBERI SEMANGAT

Posted:

MEMBERI SEMANGAT

MEMBERI SEMANGAT



PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-30 yang sedang berlangsung

di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memberi peluang kepada warga Malaysia termasuk pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermutu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan pesta itu semalam yang akan berlangsung sehingga 1 Mei ini dan disertai oleh 700 penggiat dalam industri buku tempatan dan luar negara.

  • MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan para pelajar yang mengunjungi gerai-gerai jualan buku selepas merasmikan PBAKL Ke-30 di PWTC, semalam. – utusan/Fauzi Baharudin
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan