Utusan Online - Timur |
- Jenayah seksual remaja serius
- Rampasan barang RM3 juta sejak Januari
- Keluarga arwah Awang terus dapat perhatian UMNO
Posted: Jenayah seksual remaja seriusYULPISMAN ASLI KOTA BHARU 29 April – Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian serius dan membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu. Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 13 hingga 17 tahun telah ditahan. Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol dilaporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya. "Berlaku peningkatan mendadak dalam dua minggu ini, bermula 12 April apabila terdapat tujuh kes rogol dilaporkan, dan yang kita bimbang ketujuh-tujuh melibatkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun. Apa sudah jadi dengan remaja-remaja sekolah ini?," soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini. Azham berkata, kesemua remaja terlibat melakukannya secara suka sama suka, namun ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol kerana mereka masih di bawah umur. Difahamkan, terdapat pasangan dari sekolah sama dan ada dari sekolah berlainan dengan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hamil tujuh bulan semasa laporan dibuat. Ada di antara mereka mengakui terpengaruh setelah menonton video seks daripada telefon bimbit kawan, Internet atau media. Menurut Azham, walaupun jumlah kes rogol yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu lebih tinggi iaitu 38 kes, namun rekod masih menunjukkan angka yang tinggi pada tahun ini. "Remaja-remaja ini perlu mendapat pengetahuan agama dan moral secukupnya untuk menghindar mereka terjebak dengan pergaulan bebas dan melakukan hubungan seks. ''Pihak polis hanya boleh menasihat dan memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang bermasalah,'' katanya. Sehubungan itu, katanya, beliau berharap semua pihak memainkan peranan. ''Ibu bapa perlu memberikan pendidikan sewajarnya. Guru-guru pula perlu menerapkan nilai murni kepada remaja-remaja ini dalam pengajaran di sekolah," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Rampasan barang RM3 juta sejak Januari Posted: Rampasan barang RM3 juta sejak Januari
KOTA BHARU 29 April - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas pelbagai jenis barangan bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa operasi penguatkuasaan sejak Januari lalu. Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, rampasan terbesar membabitkan 2,800 balang gas yang disita bersama peralatan kerana diubah suai bernilai RM2 juta pada 7 April lalu . "Selain itu, pihak kami turut merampas sebanyak 923 unit katrij jenama palsu berjumlah RM80,000 dalam sembilan kes. "Tindakan terhadap kes-kes ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Sepanjang tempoh empat bulan ini, terdapat satu kes di bawah Akta Hak Cipta 1987 melibatkan penggunaan perisian cetak rompak dengan nilai rampasan RM70,000.00," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya PKT Pasir Tumboh dekat sini semalam. Turut hadir, Pengurus Operasi Pasar raya berkenaan, Azmi Abdul Samad. Fauzi memberitahu, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 12,500 buah premis perniagaan telah diperiksa dan 209 tindakan telah diambil ke atas peniaga atas pelbagai kesalahan. Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan para peniaga supaya tidak terpengaruh dengan tindakan individu tertentu yang menggunakan nama pejabat berkenaan memungut derma bagi mengadakan program. "Pihak kami tidak pernah mengarahkan mana-mana individu atau kumpulan untuk berbuat demikian. Jadi, saya nasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang perkara ini supaya menghubungi talian hotline kami di 09-741600," ujarnya. | ||
Keluarga arwah Awang terus dapat perhatian UMNO Posted: Keluarga arwah Awang terus dapat perhatian UMNOJELI 29 April - Keluarga warga emas, Awang Jusoh, 72, yang maut disengat lebah di Kampung Gemang dekat sini, baru-baru ini terus mendapat simpati pemimpin UMNO tempatan yang menziarahi mereka untuk menghulurkan bantuan. Antara yang mengunjungi mereka ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Azmi Stapa bagi menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah, Bunga Musa, 70. Azmi berkata, kunjungan beliau bagi melihat sendiri keluarga arwah dan beberapa penduduk kampung berkenaan yang dilaporkan turut berdepan dengan pelbagai masalah serta memerlukan bantuan. "Kunjungan ini juga untuk mendekat dan mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dengan pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Sementara itu, Bunga menyuarakan rasa terharu dengan kunjungan Azmi dan beberapa pemimpin UMNO lain sebelum ini, termasuk Ahli Parlimen Jeli sendiri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. "Saya berterima kasih kepada Datuk kerana meluangkan masa berkunjung ke rumah kami untuk bertanya khabar selepas kematian arwah suami," katanya. Pada 21 April lalu, akhbar melaporkan kejadian seorang warga emas maut disengat lebah ketika mencari madu di kawasan hutan di Bukit Lacang Gemang dekat sini selepas diajak oleh seorang rakannya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan