Sabtu, 30 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

Posted:

Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

PUTRAJAYA 29 April - Kerajaan akan memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memohon permit dan lesen perniagaan bagi memperluaskan pasaran masing-masing di peringkat tempatan dan global.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPKK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat mengelakkan syarikat-syarikat PKS daripada terlibat dengan unsur berkaitan rasuah.

Menurut beliau, komitmen itu juga setara dengan analisis Bank Dunia yang menyebut bahawa lebih banyak lagi permit dan lesen diperlukan oleh syarikat-syarikat PKS untuk menjalankan perniagaan.

"Oleh itu MPKK menetapkan bahawa satu langkah radikal perlu diambil untuk melonggarkan keperluan permit secara menyeluruh. Tanggungjawab mengkaji semula perkara ini akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

"Ini kerana beliau merupakan Pengerusi Pasukan Petugas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) sekali gus membolehkan beliau berurusan dengan sektor swasta. KSN merupakan individu terbaik untuk melakukannya dan seterusnya memberi cadangan kepada kerajaan," katanya.

Turut menyertai mesyuarat selama hampir dua jam itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Najib berkata, MPKK juga memutuskan bahawa sesuatu mesti dilakukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk menaikkan tahap produktiviti barangan dan perkhidmatan PKS sehingga 100 peratus berbanding sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hargai kecekapan SPRM – Najib

Posted:

Hargai kecekapan SPRM – Najib

Hargai kecekapan SPRM – Najib

PUTRAJAYA 29 April – Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pesalah rasuah yang mencatat tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan jenayah itu harus dihargai oleh rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan jenayah rasuah termasuk mengatasi masalah pengaliran wang keluar secara 'gelap'.

"SPRM telah diberi begitu banyak kuasa oleh kerajaan dan mereka telah mengambil langkah- langkah seperti yang dibentangkan dalam laporan di Parlimen (semalam).

"Kita dah kata untuk kurangkan rasuah ialah salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan. Antaranya seperti yang sedang kita lakukan di bawah deklarasi import eksport.

"Ini semua langkah-langkah positif yang terus diambil kerajaan termasuk beberapa kes berprofil tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Seramai 944 pesalah rasuah ditahan oleh SPRM tahun lepas iaitu jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

Malah, lebih ramai pemberi rasuah berjaya ditahan berbanding penerima sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kukuhkan etika kewartawanan

Posted:

Kukuhkan etika kewartawanan

Kukuhkan etika kewartawanan

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 April – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara dalam masa terdekat bagi mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, majlis itu merupakan manifestasi perkongsian tulen di antara kerajaan dengan para pengamal media tempatan.

Katanya, penubuhan majlis itu tidak sesekali akan mengongkong kebebasan media yang dinikmati sekarang tetapi akan terus mempromosikan hak tersebut dengan lebih hebat.

"Tetapi kebebasan itu tentulah berbumbungkan perundangan dan berlantaikan peraturan yang kita anuti bersama.

"Penubuhan majlis itu juga nanti dapat mengukuhkan pengamalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media," katanya ketika berucap merasmikan Malam Wartawan Malaysia 2011 di sini malam ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya.

Sementara itu, kata Rais, para pengamal media diingatkan supaya tidak sesekali menggadaikan prinsip kewartawanan kerana mereka mempunyai peranan mulia dalam meneliti persekitaran mereka, mengumpul dan menerbitkan maklumat yang diperoleh.

"Para wartawan tulen tidak akan membenarkan diri mereka terperangkap dalam budaya menyebar fitnah dan dusta seperti yang cenderung dilakukan oleh sesetengah penulis blog," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen