Isnin, 25 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Tidak gentar pengendali blog

Posted:

Tidak gentar pengendali blog

Tidak gentar pengendali blog

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama para bloggers semasa hadir pada Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN di Hotel The Intercontinental, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


KUALA LUMPUR 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak pernah gentar dengan pengendali-pengendali blog, sebaliknya mahu mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Kata Perdana Menteri, meskipun kerajaan mungkin tidak bersetuju dengan kumpulan itu pada kebanyakan masa, namun situasi tidak bersetuju tersebut adalah penting bagi kedua-dua pihak.

Kerajaan juga jelasnya, sentiasa mengalu-alukan kritikan yang konstruktif serta membina dan mahu bekerja bersama-sama pengendali blog sebagai sebuah pasukan.

"Terdapat perbezaan antara bercanggah pendapat dan berpendirian untuk tidak bersetuju.

"Namun, yang paling mustahak adalah untuk kita bersama-sama menzahirkan pandangan ke arah membina sebuah negara Malaysia dan ASEAN yang lebih baik pada masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Persidangan anjuran Blog House Malaysia (BHM) bertemakan Blogging Mindfully and Responsibly itu diadakan selama dua hari melibatkan lebih 300 pengendali blog dari seluruh ASEAN.

Program diadakan termasuk diskusi bertajuk Parameters-The Fine Line Between What's and What's Not membabitkan ahli panel seperti peguam dari India, Anirudh Bhati dan blogger, Irwan Abdul Rahman (Hassan Skodeng) manakala Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan pula bertindak sebagai moderator.

Dalam perkembangan sama, Najib berkata, kerajaan akan tetap dengan komitmen untuk tidak menghalang kandungan Internet sebagaimana yang diamalkan sejak pentadbiran Dr. Mahathir.

Bagaimanapun kata beliau, mustahak untuk para pengendali blog dan pengguna Internet menyedari bahawa terdapat sempadan kebebasan yang tidak boleh dilangkaui.

"Kita mengamalkan demokrasi terbuka dan demokrasi digital adalah sebahagian daripadanya. Justeru, sesuatu yang sia-sia sekiranya kerajaan cuba menghalang atau tidak mempedulikan hakikat ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Media arus perdana perlu berani kritik kerajaan

Posted:

Media arus perdana perlu berani kritik kerajaan

Media arus perdana perlu berani kritik kerajaan

KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana tidak boleh dilihat terlalu menyokong kerajaan termasuk dalam dasar yang tidak menepati kehendak rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, media arus perdana sebaliknya perlu berani mengkritik kerajaan kerana dengan cara itu kerajaan dapat menilai sejauh mana dasar-dasarnya diterima rakyat.

"Mereka (media arus perdana) beranggapan tidak menjadi tanggungjawab untuk mengkritik kerajaan dan dalam keadaan itu, kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah mengenai apa yang difikirkan oleh rakyat terhadap mereka (kerajaan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama anjuran Blog House Malaysia (BHM) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama pada majlis yang turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir yang juga penaung kepada BHM berkata, beliau melihat terdapat sesetengah media yang sanggup melakukan tapisan sendiri sehingga menyebabkan orang ramai berpendapat media arus perdana dikawal oleh kerajaan.

Keadaan itu katanya, menyebabkan orang ramai lebih mempercayai blog dan ia satu perkembangan yang berbahaya serta merugikan kerajaan sendiri.

Dalam nada sinis Dr. Mahathir menambah, media arus perdana juga hanya menyokong seseorang pemimpin ketika beliau berkuasa dan dipinggirkan selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RPK beri kenyataan secara sukarela

Posted:

RPK beri kenyataan secara sukarela

RPK beri kenyataan secara sukarela

BANGKOK 24 April - Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) secara sukarela memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, malam tadi, berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Beliau memberi kenyataan atas permintaan polis Malaysia di sebuah hotel, di sini. Beliau tidak ditangkap.

"Pada mulanya, polis Malaysia mahu menemu bual saya di Kedutaan Malaysia di sini, tapi atas nasihat para peguam saya dan sedikit tolak ansur dengan polis, saya bersetuju mengubah tempat ke kawasan neutral, hotel di mana saya menginap," kata Raja Petra.

"Saya sedia bekerjasama dan memberi kenyataan kerana mereka ingin tahu jika saya membuat dakwaan terhadap Rosmah," katanya dalam dialog dengan Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), di sini.

Semasa dialog itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya beliau dituduh secara salah memandangkan dia tidak membuat dakwaan terhadap Rosmah dan dua yang lain, tetapi terhadap sumbernya, seorang anggota tentera berpangkat kolonel yang memberinya maklumat.

Dalam akuan bersumpahnya pada 2009, antara lain, Raja Petra mendakwa beliau dimaklumkan oleh sumber itu bahawa Rosmah hadir semasa pembunuhan wanita Mongolia itu.

Raja Petra yang juga Pengerusi MCLM, berada di bandar raya ini sebagai sebahagian kempennya untuk menubuhkan MCLM di Thailand.

Menurutnya, MCLM yang diwujudkan pada 2004 masih belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan, tetapi mereka telah dibenarkan bergerak secara sah di London, Oktober tahun lepas.

Dialog MCLM diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi, yang menjadi tempat penginapannya semasa lawatannya untuk kenyataannya direkodkan.

Raja Petra lari meninggalkan Malaysia pada 2009 selepas didakwa memfitnah tiga orang termasuk Rosmah melalui akuan bersumpahnya.

Dalam temu bualnya dengan TV3, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan