Selasa, 26 April 2011

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pantau pihak perguna pelajar

Posted:

Pantau pihak perguna pelajar

Pantau pihak perguna pelajar

Oleh A. MALIK ASLIE
utusanperak@utusan.com.my


Sebahagian pelajar berkeliaran di luar pintu sebuah bank bertujuan meminta derma atau menjual barangan kepada palanggan bank berkenaan di Bagan Serai, kelmarin.


BAGAN SERAi 25 April - Pihak berkuasa tempatan digesa memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma dan menjual cakera padat video (VCD) yang semakin berleluasa di daerah ini.

Pengerusi Skuad Penyayang Parlimen Bagan Serai, Asmah Ramli berkata, tindakan menggunakan pelajar untuk mengutip derma merupakan satu kesalahan kerana tiada permit yang dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

Katanya, banyak aduan telah diterima pihaknya mengenai kegiatan berkenaan yang dijalankan di sekitar kaki lima bank-bank terutamanya pada hujung minggu.

"Saya sendiri pernah melihat para pelajar terutama perempuan meminta derma daripada orang ramai yang berada di sekitar kaki lima bank.

"Keadaan ini sangat menyedihkan kerana pelajar ini dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu yang kononnya bertujuan untuk pembangunan sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar kawasan aktiviti itu mendapati pelajar-pelajar tersebut kebanyakannya datang dari luar kawasan dan melakukan aktiviti tersebut atas arahan pihak sekolah.

Menurut sekumpulan pelajar dari Kedah yang enggan dikenali memberitahu, mereka dihantar pihak sekolah pada hari Jumaat bagi mengutip derma untuk sekolah mereka.

"Kami selalu diminta mengutip derma di luar kawasan dan akan dihantar pada awal pagi sebelum dijemput pulang pada lewat petang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penternak ikan kelisa perlu serius

Posted:

Penternak ikan kelisa perlu serius

Penternak ikan kelisa perlu serius


MukhriZ Mahathir (lima dari kiri) melihat ikan kelisa ternakan syarikat Simons Niaga di Kulim, kelmarin.


KULIM 25 April - Penternak ikan kelisa Bumiputera dinasihatkan bersikap serius dan tidak mempersia-siakan peluang di depan mata kerana bidang itu mampu memberikan pulangan lumayan kepada mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya mampu menghasilkan produk bermutu, mereka berupaya untuk menembusi pasaran baru di luar negara termasuk di China dan Asia Barat.

Menurutnya, buat masa ini tidak ramai pengusaha Bumiputera mahu menceburi bidang tersebut secara komersial.

"Ikan hiasan jenis ini kini menjadi saingan hebat di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat projek ternakan ikan kelisa milik Simons Niaga Sdn. Bhd. di sini semalam.

Jelasnya, seseorang tidak sukar untuk berjaya dalam ternakan ikan kelisa asalkan bersedia mempelajari teknologi yang diperolehi dari Taiwan.

Selain itu, tambah beliau, ikan kelisa juga mudah diternak di tasik dan sungai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ganggu nelayan: Laluan feri ke Langkawi mungkin diubah

Posted:

Ganggu nelayan: Laluan feri ke Langkawi mungkin diubah

Ganggu nelayan: Laluan feri ke Langkawi mungkin diubah

ALOR SETAR 25 April - Laluan perkhidmatan feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Perlis mungkin akan diubah kerana ia dikatakan mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan kecil di kawasan berkenaan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, cadangan laluan baru itu melibatkan tambahan jarak sebanyak tujuh kilometer berbanding sejauh 37 kilometer pada masa ini.

Kata beliau, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji dan memperhalusi cadangan tersebut supaya sebarang keputusan yang dibuat tidak menyusahkan mana-mana pihak.

"Jawatankuasa terbabit akan mengadakan perbincangan dengan semua yang terlibat termasuk Jabatan Laut, persatuan nelayan, pengusaha feri, wakil rakyat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhubung cadangan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan negeri di sini semalam.

Mohd. Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, para nelayan khususnya di Penarak mendakwa laluan asal menerusi Selat Pancor adalah sempit menyebabkan aktiviti mereka terganggu dengan kehadiran feri penumpang.

Menurut beliau, laluan tersebut telah digunakan sejak 40 tahun lalu semasa trafik di kawasan selat berkenaan tidak sesak seperti sekarang.

"Daripada segi kepentingan nelayan, kita turut melihat pada masa ini Langkawi mempunyai kawasan yang agak terhad untuk aktiviti perikanan seperti ternakan ikan dalam sangkar dan lain-lain.

"Tiada ombak kuat di kawasan laluan feri menerusi selat itu menjadikan ia sesuai untuk menjalankan aktiviti agricultural," kata beliau.

Mohd. Johari berkata, pada masa yang sama, kepentingan pengusaha feri penumpang juga perlu diteliti kerana laluan baru yang dicadangkan itu melibatkan pertambahan jarak sekali gus menyebabkan kos operasi dan tempoh perjalanan bertambah.

Malah katanya, ada yang mengatakan kawasan baru berkenaan terdedah kepada ombak.

''Sebab itu cadangan ini perlu diperhalusi dengan mengambil jalan terbaik kerana membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk nelayan, pengusaha feri dan pelancong," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen