Utusan Online - Politik |
Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal Posted: Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenalKUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan memperkenalkan anugerah khas iaitu Tokoh Wanita Melayu Terbilang bagi menghargai peranan dan sumbangan kaum itu kepada negara. Kata Presiden UMNO itu, anugerah tersebut merupakan penambahbaikan kepada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 yang dijadualkan pada 11 Mei ini. Najib menjelaskan, majlis sambutan ulang tahun UMNO sebelum ini hanya memberikan anugerah kepada Tokoh Lelaki Melayu Terbilang sahaja. ''Bagaimanapun nama-nama penerima anugerah tokoh ini akan dirahsiakan sehinggalah pada malam majlis sambutan berkenaan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam perkembangan lain, Najib berkata, mesyuarat majlis tertinggi kali ini turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang dalam konteks perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Kata beliau, antara yang menjadi tumpuan adalah perjalanan jentera pilihan raya, aspek pentadbiran dan bagaimana untuk menangani isu dan kesan berkaitan yang boleh dijadikan pengajaran. ''Kita membaca dari semua aspek dan sudut,'' katanya. Kepada soalan adakah tumpuan terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak itu bermakna UMNO sudah bersedia untuk berdepan PRU ke-13, Najib berkata, proses bersedia adalah satu proses perjalanan yang berterusan. Apa yang dilakukan UMNO, jelas beliau lagi, adalah proses untuk mengukuhkan parti sebagai sebuah organisasi sama ada sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang atau dalam konteks UMNO sebagai sebuah parti yang memerlukan perubahan. ''Transformasi politik itu adalah agenda yang sedang diperjuangkan oleh UMNO,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
MCA tolak jawatan Kabinet, negeri Posted: MCA tolak jawatan Kabinet, negeriOleh AMRAN MULUP
MELAKA 29 April – MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Menurutnya, keputusan sebulat suara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Presiden yang diadakan hari ini dengan alasan adalah tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti. ''Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN). ''MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara. ''Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kem Percambahan Minda Pemimpin MCA Kebangsaan yang di Philea Resort, Ayer Keroh di sini, hari ini. Soi Lek berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa. ''MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas," ujarnya. Beliau berkata, pencapaian parti itu pada pilihan PRU-12 dengan 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata tidak memuaskan. Katanya, keputusan pada 2008 itu menjadi ukuran buat MCA untuk memastikan mereka mampu menyumbang kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan peruntukan 40 kerusi Parlimen dan 90 DUN. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan