Utusan Online - Kota |
Posted: Resah seorang ibu tunggalOleh ROSLAH OTHMAN
KUALA LUMPUR 25 April - Sudah hampir lima tahun, Ramlah Abdul Rahman, 55, memohon untuk mendapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sejak itu, dia tidak pernah berhenti mengharap. Namun, apabila ibu tunggal itu menerima notis supaya mengosongkan kediaman yang juga tapak gerainya selewat-lewatnya pada 1 Mei ini, dia mula resah, bingung dan tertekan memikirkan masa depan keluarganya. "Makcik tidak tahu ke mana hendak menumpang berteduh selepas ini kerana selepas tarikh itu, bekalan api dan air juga akan dipotong. Makcik kini cuma berharap rumah PPR sahaja," katanya ketika ditemui di satu kawasan di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam. Sehubungan itu, Ramlah merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mempercepatkan proses permohonan penyewaan rumah PPR yang dikemukakannya pada Jun 2006 dan April lalu. Dia dan adiknya, Mohamad serta dua anak Mohamad yang menumpang di tanah simpanan milik Uda Holdings, yang sebelum ini dijadikan tempat parkir sejak 1999 itu, mengakui menerima notis pertama pada tahun 2009. Bagaimanapun, katanya, atas pertimbangan Uda Holdings, Ramlah dan Mohamad dibenarkan tinggal di situ dan meneruskan perniagaan menjual makanan dan minuman untuk pekerja-pekerja kontrak di tapak pembinaan di situ. "Bagaimanapun, sejak projek pembangunan di sini terhenti hampir dua bulan lalu, perniagaan makcik juga terpaksa dihentikan dan bagi meneruskan kehidupan makcik membuat nasi lemak bungkus dan diletakkan di gerai-gerai berhampiran," ujarnya. Utusan Malaysia yang berkunjung ke kediamannya sebak sedikit melihat keadaan kediaman keluarga itu berikutan persekitarannya cukup daif dan langsung tidak sesuai dijadikan tempat tinggal, lebih-lebih lagi untuk pembesaran anak Mohamad iaitu Akash dan Aiman yang masing-masing berusia 10 dan 7 tahun. Gerai dan pondok yang didirikan berhampiran sebatang pokok besar di situ menjadi tempat berteduh dan bermain oleh kedua-dua kanak-kanak itu sejak dilahirkan. Kata Ramlah, permohonan penyewaan PPR pada 2006 dibuat atas namanya manakala permohonan kedua pada April 2011 pula menggunakan nama Mohamad, namun sehingga ke hari ini, maklum balas yang diterima menghampakan. Ramlah yang mempunyai empat anak dengan tiga daripadanya sudah berumahtangga berkata, dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya kerana kehidupan mereka juga yang agak sederhana. Katanya, apa yang lebih menjadi keutamaan mereka sekarang ialah tempat berteduh supaya Akash dan Aiman, yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, boleh terus bersekolah. "Bagaimana hendak mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan, itu boleh diusahakan jika sudah ada tempat tinggal," katanya penuh mengharap. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Towerthon Menara KL tampil kelainan Posted: Towerthon Menara KL tampil kelainanKUALA LUMPUR 25 April - Cabaran Towerthon Menara Kuala Lumpur (KL) edisi ke-10 menampilkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila buat julung kalinya akan diadakan pada waktu malam. Cabaran tersebut yang akan berlangsung pada 7 Mei depan bakal melibatkan lebih 3,500 peserta termasuk dari luar negara seperti Jerman, Kenya, Amerika Syarikat, Perancis, Iraq dan beberapa negara lagi. Acara itu mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa syarikat seperti pengeluar minuman 100 Plus dan Red Bull, pengeluar barangan penjagaan diri Johnson and Johnson, Adabi dan Quick Sport. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd. Said berkata, larian pada waktu malam itu diadakan kerana pihak penganjur mahu peserta terutama yang sudah beberapa kali menyertai acara itu merasai sesuatu unik dan berbeza. Katanya, pada waktu malam, suasananya lebih sejuk dan pasti akan memberi situasi dan cabaran yang berbeza kepada para peserta. Beliau berkata, Towerthon Menara KL pada tahun ini juga menerima sambutan yang sangat luar biasa dan sudah melebihi 3,000 penyertaan yang disasarkan sebelum ini. "Larian ini akan bermula pada pukul 8 malam di tempat letak kereta terbuka pekarangan Menara KL dan para peserta kemudiannya akan mendaki 2,058 anak tangga di menara itu," katanya di sini baru-baru ini. Sementara itu, Zuraidah memberitahu, larian yang dibahagikan kepada 12 kategori itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000. Katanya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mei ini dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Menara KL, Muzium Telekom atau di laman web www.menarakl.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: WI cari wanita muda jadi ahliKLANG 25 April - Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang berharap dapat menambah lebih ramai ahli daripada kalangan wanita muda. Pengerusinya, Raja Maizan Raja Salleh berkata, sebagai antara badan bukan kerajaan (NGO) tertua di Semenanjung, WI memerlukan tenaga pelapis untuk meneruskan aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan amal yang dilaksanakan selama ini. "Kami berharap WI akan mendapat sambutan kalangan wanita muda yang dapat membantu menaikkan nama WI kerana saya akui pertubuhan ini agak kurang dikenali di kalangan mereka yang muda walaupun kami NGO yang paling aktif di Klang," katanya. Menurut Raja Maizan lagi, ahli-ahli WI di Kampung Raja Uda kini mencecah 184 orang dan beliau berharap angka itu akan bertambah selepas ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan