Berita Harian: Wilayah |
Posted: 27 Apr 2011 02:20 PM PDT Wilayah MURID SK Sungai Damit, Tamparuli berpanas menunggu kenderaan di atas timbunan konkrit bekas lantai pondok bas yang dirobohkan pekerja LIGS. TAMPARULI: Lebih 200 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Damit, di sini hilang tempat berteduh ketika pulang dari sekolah apabila pondok menunggu kenderaan yang dibina berhampiran sekolah itu dirobohkan pekerja Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), baru-baru ini. Tindakan beberapa pekerja LIGS Tuaran menggunakan jentolak merobohkan binaan itu mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk serta ibu bapa murid terbabit. Difahamkan, pondok menunggu kenderaan yang menjadi kemudahan penting murid SK Sungai Damit itu dibina hasil sumbangan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, kira-kira 10 tahun lalu.Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Sungai Damit, Ramlee Mat, berkata kemudahan itu turut digunakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Damit dan penduduk setempat bagi menunggu kenderaan. "Apa yang tinggal hanya timbunan konkrit bekas lantai pondok yang dibiar di tapak kemudahan itu," katanya yang membawa Berita Harian melihat sendiri sisa kemudahan itu, kelmarin. Berita Harian mendapati, murid SK Sungai Damit terpaksa berpanas menunggu kenderaan di timbunan konkrit ketika pulang sekolah.
Katanya, persoalan timbul apabila LIGS secara tiba-tiba merobohkan kemudahan itu tanpa memaklumkan kepada PIBG SK Sungai Damit. "Kami terkejut dan kesal dengan tindakan pekerja LIGS Tuaran merobohkan pondok menunggu kenderaan itu tanpa berbincang," katanya. Beliau berkata, pondok menunggu yang sering dijadikan lokasi segelintir remaja kampung melepak mungkin menjadi punca LIGS bertindak merobohkan kemudahan itu. "Jika itu alasannya, saya rasa ia kurang wajar kerana murid menjadi mangsa tindakan itu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 27 Apr 2011 02:19 PM PDT Wilayah PENEMPATAN lebih 500 warga asing di Kampung Bukit Damar, Dengkil tiada sistem kumbahan. SEPANG: Ribut yang meranapkan sebahagian penghadang zink yang menutupi sebuah penempatan pekerja warga asing di Kampung Bukit Damar, Dengkil, dekat sini minggu lalu membongkar rahsia menjijikkan kerana najis dari tandas yang tidak diurus di situ, sebenarnya punca pencemaran Sungai Langat. Penempatan yang dihuni lebih 500 warga asing itu tidak mempunyai sistem kumbahan yang baik menyebabkan najis penghuni di situ disalur terus ke longkang berdekatan dan mengalir ke Sungai Langat. Keadaan itu menyebabkan Sungai Langat tercemar sedangkan ia juga adalah sumber air utama untuk penduduk sekitar Lembah Klang, Cyberjaya dan Putrajaya.Berikutan itu, penduduk meminta pihak bertanggungjawab bertindak terhadap pemilik tanah yang didiami warga asing terbabit yang jaraknya hanya 50 meter dari rumah penduduk setempat. Najis dari penempatan warga asing itu turut menyebabkan pencemaran bau di kawasan kampung itu terutama ketika cuaca panas. Bulan lalu, Berita Harian menyiarkan keluhan penduduk di kampung berkenaan berkaitan masalah kebanjiran warga asing yang menduduki tujuh pusat penempatan di ladang sawit kampung berkenaan.
Tinjauan Berita Harian semalam mendapati beberapa tandas dibina di kawasan itu dan paip kumbahan PVC yang menghubungkannya ke longkang besar. Tiada kolam tadahan disediakan bagi merawat air dari dapur dan bahan kumbahan tandas di situ, sebelum dialirkan ke longkang berdekatan dan seterusnya memasuki sungai. Pesara kerajaan, Shahbuddin Mohd Fiah, 58, berkata masalah itu pernah diadukan kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) tahun lalu, tetapi tiada tindakan sehinggalah pagar zink kawasan itu roboh diterbangkan ribut baru-baru ini. Katanya, penduduk tidak tahan berdepan masalah itu kerana air najis yang mengalir ke longkang boleh memudaratkan kesihatan penduduk. "Kami berharap pihak berkuasa tegas menangani masalah itu dan tidak boleh membiarkan kami terus terseksa", katanya. Ipin Adeh, 33, pula berkata, lebih dua tahun penduduk terpaksa menahan bau najis dari penempatan warga asing itu dan keadaan bertambah buruk jika cuaca panas dan selepas hujan. "Sepatutnya masalah itu tidak dibiarkan berlarutan dan pihak bertanggungjawab perlu tegas mengambil tindakan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan