Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Polis sedia dedah pelaku seks

Posted:

Polis sedia dedah pelaku seks

Polis sedia dedah pelaku seks

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 April – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia mendedahkan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum jika siasatan memerlukannya berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun sekiranya tidak perlu, pihaknya tidak akan mendedahkannya.

"Begitu juga dengan apa-apa benda yang tidak boleh didedahkan maka ia tidak akan didedah," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di Kelab Golf Saujana, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Timbalannya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Khalid seterusnya meminta semua pihak supaya bersabar kerana kes itu masih di peringkat siasatan dan adalah tidak wajar jika pihaknya mengulas perkembangannya setiap hari.

"Apabila tiba masanya nanti kita akan beritahu hasil siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya.

Khalid menjangkakan dapat menyerahkan semula kertas siasatan kes video seks berkenaan kepada pejabat Peguam Negara (AG) pada minggu ini.

Difahamkan, kertas siasatan kes itu sudah dua kali dipulangkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan siasatan.

"Prosedur memulangkan semula kertas siasatan adalah prosedur biasa kerana ia mesti jelas sebelum boleh dibawa ke pendakwaan.

"Sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas memang ia dipulangkan kepada kita," katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mengesahkan laporan akhbar tempatan berhubung analisis video seks tersebut yang dikatakan sepadan Anwar.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak polis mendedahkan identiti pelaku video aksi seks tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

Posted:

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

PUTRAJAYA 26 April - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keterangan Raja Petra Kamaruddin adalah penting bagi melengkapkan siasatan berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Menurutnya, ini kerana dakwaan itu dibuat terhadap Raja Petra yang kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

''Bagaimanapun orang ramai perlu memberikan polis ruang yang secukupnya untuk melakukan siasatan ke atas Raja Petra bagi mengelakkan wujudnya sebarang kesimpulan awal berhubung siasatan itu.

''Setakat ini saya belum dimaklumkan berhubung siasatan tersebut tetapi bila polis sudah serahkan kertas siasatan kes itu, barulah boleh saya bagi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis pelancaran e-Warta Persekutuan yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya belum merakam keterangan Raja Petra berhubung akuan bersumpahnya itu.

Ini berikutan Raja Petra mahu ia dilakukan di luar Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand dan kemahuan Raja Petra itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa polis terbatas di dalam kawasan Kedutaan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keterangan RPK belum dirakam

Posted:

Keterangan RPK belum dirakam

Keterangan RPK belum dirakam

KUALA LUMPUR 26 April - Polis masih belum merakam keterangan Raja Petra Kamaruddin berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu, berikutan pengendali blog Malaysia Today itu mahu ia dilakukan di luar Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, kemahuan Raja Petra itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa polis terbatas di dalam kawasan Kedutaan Malaysia.

Jelasnya, kes tersebut sama seperti kes-kes lain dan tiada keistimewaan diberi.

"Pada awalnya Raja Petra mahu memberi kerjasama bagaimanapun mungkin atas sebab-sebab tertentu dia ubah fikiran.

"Prosedur ambil keterangan itu bukan paksaan tetapi mesti atas kerelaan sendiri. Sehubungan itu, dia boleh memberi keterangan pada bila-bila masa yang terdekat ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat dengan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di Kelab Golf Saujana, Subang Saujana, dekat sini hari ini.

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.

Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen