Kosmo Online - Negara |
LKIM dakwa persatuan tak wujud Posted: LKIM dakwa persatuan tak wujudOleh FARHAZIDA MUKHTAR KUALA LUMPUR – Persatuan Nelayan Teluk Intan, Perak yang dikaitkan dengan komplot tiga lelaki melarikan 43,000 liter minyak diesel subsidi nelayan rupa-rupanya tidak pernah wujud di negara ini. Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, nama persatuan yang dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu sebenarnya tidak ada dalam rekod pihaknya. "Kita akan siasat kes itu dan ia akan dijalankan selepas menerima laporan terperinci daripada KPDNKK terlebih dahulu. Selepas itu, baru kita ambil tindakan susulan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Perut bagai ditikamOleh JULIA ISMAIL Mangsa menunjukkan parut kekal pada bahagian perutnya di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah. Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal. Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Terbit 26,000 judul buku setahun Posted: Terbit 26,000 judul buku setahunMUHYIDDIN (kiri) beramah mesra dengan pelajar yang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua pemain industri buku untuk mencapai sasaran penerbitan sekurang-kurangnya 26,000 judul buku setahun. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil pengeluaran penulisan perlu digembleng memandangkan pada masa kini hanya terdapat kira-kira 16,000 judul buku diterbitkan dalam tempoh itu. "Apa yang penting adalah untuk mendapatkan seberapa ramai mungkin penulis dan penerbit kerana dengan cara ini hasil karya yang dikeluarkan mendapat sokongan dan bermutu," katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL) ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - Bernama Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan