Utusan Online - Selatan |
30 ikuti Kursus Motosikal Berat Posted: 30 ikuti Kursus Motosikal BeratOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN 25 April - Deruan motosikal berkuasa tinggi menyusur laju di jalan raya memperlihatkan ketangkasan si penunggangnya. Melihat kehebatan penunggangnya sudah pastinya orang ramai berasa gentar akan keupayaannya dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan tidak kira di mana sahaja. Justeru, pelbagai usaha dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperlengkapkan kemahiran serta ilmu kepada pegawai supaya ia dapat manfaatkan sepenuhnya ketika menjalankan tugas. Seramai 30 orang pegawai polis dari seluruh daerah di negeri ini telah menyertai Kursus Motosikal Berat anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk memberi kemahiran kepada mereka mengenai pengendalian jentera itu, baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan memberitahu, kursus berkenaan adalah latihan dalam perkhidmatan bagi melatih lebih ramai pegawai untuk mengendalikan motosikal berkuasa besar ini. Menurut beliau, program berkenaan sudah dimulakan sejak tiga lalu dan mereka akan mula menjelajah ke beberapa buah tempat selama lima hari bermula hari ini. "Program ini juga dianjurkan untuk memberi pengalaman secara terus kepada pegawai kanan PDRM ketika menjalankan tugas seperti rondaan dan sebagainya. "Pelepasan peserta ini bermula di IPK dan mereka akan menjelajah ke beberapa buah tempat sebelum berakhir di Pahang," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Abd. Manan memberitahu, program seperti itu juga merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di kawasan jalanan serta lokasi tumpuan orang ramai. Tambah beliau, program ini juga selaras dengan hasrat pihaknya dalam melaksanakan perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat. "Apa yang dapat kita lihat bahawa program ini dinamik, bukan sekadar hanya tertumpu kepada aspek pemanduan motosikal semata-mata akan tetapi ia lebih penumpuan bidang-bidang lain. "Malah, kita juga melihat cara seperti ini lebih memudahkan para pegawai untuk melaksanakan tugasan di mana sahaja mereka berada," katanya. Katanya, program ini bukan sekadar terhenti di sini akan tetapi ia akan disebar luaskan kepada anggota memandangkan merekalah yang sentiasa bersama orang ramai ketika melaksanakan undang-undang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
RM1 juta diperlukan baiki sekolah Posted: RM1 juta diperlukan baiki sekolahMELAKA 25 April - Kira-kira RM1 juta diperlukan bagi membaik pulih beberapa bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Durian Daun di sini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja baik pulih itu meliputi lantai, kabinet, surau, membina pusat sumber yang baru dan mengecat bangunan sekolah. ''Saya lihat banyak infrastruktur di sekolah ini perlu dibaik pulih dan diganti baru. Ini perlu untuk keselesaan kepada pelajar," katanya selepas melawat sekolah itu hari ini. Jelasnya, beliau akan berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam tempoh terdekat ini bagi mendapat kelulusan peruntukan yang dipohon. | ||
Kok Yong dicari bantu siasatan Posted: Kok Yong dicari bantu siasatanMELAKA 25 April - Polis mencari seorang lelaki, Lim Kok Yong, 51, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang ahli perniagaan yang mayatnya disumbat dalam but kereta di Jalan Air Semubok, Durian Tunggal di sini malam Rabu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek merupakan seorang broker tanah dan beralamat terakhir di Cheng. "Suspek dicari bagi membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan seorang ahli perniagaan warga emas yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini semalam. Katanya, polis percaya suspek sudah keluar dari negeri ini dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan