Khamis, 28 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tak tunggu perbicaraan

Posted: 27 Apr 2011 02:12 PM PDT

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa berhadapan tindakan sama ada ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja tanpa menunggu mereka dibicara atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Peruntukan untuk tindakan dalaman itu dicadangkan dalam pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ganti kepada hukuman ringan seperti amaran bertulis dan lisan sekarang.

Untuk berita lanjut, dapatkan naskah Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Miro

Alhamdulillah!!!!!. Akhirnya dapat juga saya lihat inisiatif begini yang telah berkurun saya tunggu. Cadangan begini perlu untuk menangani bertimbun-timbun kes seumpamanya yang makin menjadi-jadi. TAHNIAH & SYABAS JPA ATAS KEBERANIAN INI DEMI MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Yang mengharap

Mereka perlu digugurkan sekadar cepat yg boleh bagi membersihkan nama majikan dan membetulkan persepsi rakyat terhadap majikan yang dianggotainya. Mereka golongan yang tidak tahu bersyukur. Berikan kepada orang lain yang mahu dan beriya-iya menyertai dan memberi khidmat kepada rakyat

penjawat awam

adakah tndkn yg d ambil tanpa terbukti bersalah itu satu tndkn yg betul. adakah tndkn itu berbentuk satu penindasan?

mohmad shalan bin jasman

Sokong cadangan tersebut sekiranya JPA menyediakan panel atau Jawatan Kuasa khas yang kompeten dan layak bagi menilai dan memutuskan sebarang kesalahan telah dilakukan penjawat awam.

Aretikz

nampak macam bagus untuk dilaksanakan, tetapi, akan membuka ruang penganiayaan terhadap mana-mana individu penjawat awam jika memang benar mereka tidak bersalah.

sri siantan

nak perangi rasuah biar ikut lunas undang2, mana ada 'hukuman' dah dikenakan sblm ada keputusan mahkamah. kalau tahan gaji, tahan kerja memeang wajar. memang sangat setuju mereka yang terbukti bersalah dibuang kerja atau ditamantkan perkhidmatan.

onel

saya bersetuju,ini dapat meningkatkan tahap dedikasi dan amanah penjawat awam dalam menjalankan tugas yang dipikul.Denda dengan wang boleh dibar oleh sesiapa pun tetapi jika ia di gantung kerja,turun pangkat dan buang kerja dapat menyedarkan kita,betapa pentingnya sifat2 amanah dalam kerja seharian.

khunshikang

dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan adalah terlalu drastik dan tidak adil kerana seseorang yg belum disabitkan kesalahan belum pasti ianya bersalah ataupun tidak.oleh itu tindakan buang kerja atau tamat perkhidmatan sebelum disabitkan kesalahan adalah tidak adil dan mengenepikan hak seseorang penjawat awam mempertahankan dirinya.bukan semua tuduhan rasuah atau sebagainya berasas atau benar.dalam hal ini hak penjawat awam jelas diketepikan..apa yg akan berlaku sekiranya seseorang penjawat awam yg diadukan atau ada kes mahkamah tersebut didapati tidak bersalah?...fikir2kan lah..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shazryl Eskay serah DNA

Posted: 27 Apr 2011 02:03 PM PDT

MukaDepan

Datuk Shazryl Eskay Abdullah

Datuk Shazryl Eskay Abdullah

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam hadir di Bukit Aman untuk menyerahkan sampel DNA.

Shazryl Eskay berkata, beliau dihubungi polis kira-kira jam 8 pagi semalam memaklumkannya supaya hadir di Bukit Aman untuk memberikan keterangan lanjut berhubung rakaman video itu dan memintanya menyerahkan secara sukarela sampel DNA bagi mempercepatkan proses siasatan.

"Saya ke Bukit Aman jam 10 pagi dan secara sukarela menyerahkan sampel DNA dan menjawab beberapa soalan untuk membantu siasatan polis. Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung sampel DNA itu akan saya dedahkan pada sidang media esok kira-kira jam 2 petang," katanya kepada pemberita sejurus keluar daripada pekarangan Bukit Aman. Pada 21 Mac lalu, sekurang-kurangnya 15 pengarang dan wartawan dipertontonkan rakaman video aksi seks individu didakwa Anwar bersama seorang wanita, dipercayai warga China di sebuah premis di ibu negara.

Sehari selepas itu, tiga individu, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengaku menayangkan video berkenaan kepada media.

Mereka mendakwa memperoleh rakaman video itu secara kebetulan, selain seutas jam tangan mewah Omega dipercayai milik Anwar yang tertinggal dalam bilik perlakuan itu dirakam.

Di SHAH ALAM, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar enggan mengulas mengenai perkara itu, sebaliknya berkata, ia adalah proses siasatan dan polis hanya akan memaklumkan perkembangan terkini siasatan jika perlu.
Khalid juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada Shazryl Eskay diminta hadir atau hadir secara sukarela ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu.

Ditanya sama ada penyerahan sampel DNA mempunyai kaitan dengan jam tangan Omega yang menjadi antara dua barang bukti, selain rakaman video seks yang diserahkan kepada polis, beliau berkata: "Tak tahulah saya".


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan