Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Ubah cara bekerja - Muhyiddin

Posted:

Ubah cara bekerja - Muhyiddin

Ubah cara bekerja - Muhyiddin


Muhyiddin Yassin bermesra dengan sebahagian pesara Kementerian Pelajaran pada Majlis Jasamu Dikenang di Putrajaya, malam tadi.


PUTRAJAYA 27 April - Cara kerja lama warga Kementerian Pelajaran perlu diubah kepada yang lebih produktif dan berkualiti untuk menjayakan dasar baru seperti Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta 1Murid 1Sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan dasar dan inisiatif itu memerlukan warga berkenaan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, bersikap terbuka serta mengutamakan inovasi dan kreativiti.

Di samping itu, kata beliau, warga kementerian tersebut perlu sentiasa berfikir dan berusaha untuk melakukan penambahbaikan terhadap kerja yang dilakukan.

''Inilah cabaran besar untuk kita memastikan setiap sasaran dan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan sempurna dan memuaskan hati pelanggan kita.

''Namun saya yakin dengan kesungguhan dan komitmen tinggi seperti ditunjukkan oleh bekas pegawai-pegawai kanan kementerian yang diraikan pada malam ini, kita pasti akan dapat menggalas amanah besar ini dan memastikan setiap dasar dan program dilaksanakan baik," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis persaraan ketua-ketua bahagian dan jabatan Kementerian Pelajaran di sini malam ini.

Antara pegawai kementerian yang diraikan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Fatimah Md. Deni dan Datuk Badaruddin Abdul Rahaman serta bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Tambah Muhyiddin, beliau berharap bekas-bekas pegawai Kementerian Pelajaran akan terus memberi sumbangan idea dan tenaga dalam bidang pendidikan.

''Banyak pengalaman yang boleh dicurahkan dan dikongsi bersama dengan generasi baru, sama ada di kementerian atau di sekolah.

''Perkongsian pengalaman ini sudah tentunya berguna untuk kita mengorak langkah ke depan secara teratur dengan berpandukan pengalaman lalu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PDRM bantu bawa pulang dua tahanan Kem Guantanamo

Posted:

PDRM bantu bawa pulang dua tahanan Kem Guantanamo

PDRM bantu bawa pulang dua tahanan Kem Guantanamo

KUALA LUMPUR 27 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menghantar permohonan dan melakukan rundingan dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantu membawa pulang dua rakyat negara ini yang ditahan di Kem Guantanamo, Cuba, sejak 2003.

Menurut sumber, usaha dilakukan dengan bantuan Wisma Putra itu untuk mendakwa mereka di negara ini atas pembabitan dengan kegiatan pengganas dan menganggotai kumpulan militan terbesar Asia Tenggara, Jemaah Islamiah (JI).

"Kita dan Wisma Putra menghantar surat permohonan dan berhabis-habisan membawa kedua-duanya pulang ke negara ini termasuk membuat rundingan dengan kerajaan AS.

"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kerajaan AS untuk meluluskan permohonan itu dan setakat ini tiada tanda-tanda positif dilihat boleh membantu membawa pulang kedua-dua mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Laman web WikiLeaks pada Ahad lalu, mendedahkan butiran terperinci mengenai tahanan Kem Guantanamo, di Cuba termasuk dua rakyat Malaysia terbabit.

Kedua-duanya termasuk seorang daripadanya mempunyai latar belakang ketenteraan didakwa oleh AS mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Al-Qaeda yang dibiayai individu paling dikehendaki, Osama Bin Laden.

Menurut dokumen yang mendedahkan sebahagian daripada 779 fail sulit mengenai pusat tahanan itu, dua individu terbabit ialah Mohamed Nazir Lep, 35, berasal dari Johor dan Mohd. Farik Amin, 36, Kajang, Selangor.

Tambah sumber itu, pihaknya sentiasa memandang serius dan memantau penglibatan rakyat negara ini dengan kegiatan pengganas.

"Setakat ini hanya dua rakyat Malaysia ditahan di kem tahanan tersebut," kata sumber itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM lawat Terengganu Sabtu ini

Posted:

PM lawat Terengganu Sabtu ini

PM lawat Terengganu Sabtu ini

KUALA TERENGGANU 27 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, Sabtu ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Najib dan isteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pada 8.30 pagi, terus ke Pekan Batu Enam untuk bersarapan pagi bersama penduduk di situ.

Sementara Rosmah akan ke daerah Dungun bagi menghadiri majlis perasmian Program Turun Padang Pandu Puteri Negeri Terengganu.

– Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan