Utusan Online - Jenayah |
Posted: Konstabel wanita cedera parahOleh AINOL AMRIZ ISMAIL SEREMBAN 29 April – Seorang anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri cedera parah selepas terperosok di bawah kenderaan dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri dalam serbuan di sini malam tadi. Konstabel Rohayu Samlan, 24, mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan dan luka dalaman, kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini. Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh, kejadian berlaku pukul 10.30 malam selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalankan operasi 'Ops Tapis' di sekitar bandar ini. Katanya, sepasukan polis ketika itu menahan sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna merun dan bernombor pendaftaran WGS 8236 yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun, disyaki terlibat dalam pengedaran dadah. "Semasa polis menghampiri kereta yang diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Mas di sini, pemandu kereta itu tiba-tiba membuat pusingan dan memecut kenderaannya," katanya kepada pemberita, di HTJ hari ini. Menurut beliau, lima anggota polis lain sempat melompat tetapi mangsa terperosok di bawah kereta yang dipandu suspek terbabit menyebabkan dia cedera di muka, badan serta disyaki mengalami pendarahan di paru-paru dan perut. Berikutan itu, salah seorang anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek namun tersasar dan suspek berjaya melarikan diri. Osman berkata, polis dapat mengenal pasti suspek, Tan Kok Fui, 45, yang nombor MyKad 660819-05-5223 dari Seremban memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah dibuang daerah ke Kuantan, Pahang pada 2009. "Polis kemudian pergi ke rumah suspek awal pagi ini dan menahan adiknya yang berusia 44 tahun kerana memiliki tiub dadah jenis heroin," katanya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau melihat kenderaan dinaikinya, diminta menghubungi Asisten Supritendan Wee Huat Ne di talian 06-6033222 atau Cif Inspektor S. Kanapaty (06-7682389). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Enam miliki rekod lampauOleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS KUALA LUMPUR 29 April - Enam daripada 10 rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand selepas cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta), dikesan pernah memiliki rekod lampau termasuk satu kes menyeludup masuk dadah ke Australia beberapa tahun lalu. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, siasatan awal mendapati salah seorang daripada yang ditahan telah menjalani hukuman berikutan tuduhan menjadi 'keldai dadah' ke Australia. Katanya, suspek tersebut sudah lama dibebaskan dari sebuah pusat pemulihan dadah di negara ini beberapa tahun lalu. "Walaupun usia suspek masing-masing sudah masuk lima dekad malah ada yang sudah beranak cucu, namun itu tidak menginsafkan mereka daripada melakukan jenayah sama. "Pihak polis tidak menolak kemungkinan ganjaran lumayan ditawarkan hingga mereka sanggup berdepan risiko ditangkap kerana menyeludup dadah. Tambahan pula, harga dadah dalam pasaran di New Zealand adalah 10 kali ganda berbanding negara-negara lain," katanya ketika dihubungi hari ini. Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis sedang menyiasat sebuah agensi pelancongan tempatan yang dipercayai menguruskan penerbangan 14 rakyat tempatan ke New Zealand yang dijadualkan berlepas kira-kira pukul 11.25 pagi Selasa lalu. Pihak polis turut mengesahkan penahanan 10 rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 58 tahun dan paling mengejutkan, mereka yang berusia lingkungan 50-an lebih ramai ditahan. Noor Rashid memberitahu, siasatan terhadap agensi pelancongan itu masih dijalankan dan polis turut mengesahkan empat lagi rakyat tempatan yang menyertai pakej pelancongan tersebut, bebas dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan keldai dadah itu. "Pemeriksaan turut mendapati kebanyakan 10 rakyat tempatan yang ditahan tersebut menetap di sekitar Lembah Klang. "Polis masih menyiasat pihak yang menawarkan ganjaran kepada keldai dadah tersebut sama ada ia dilakukan rakyat tempatan atau penglibatan sindiket antarabangsa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan