Sabtu, 2 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan

Posted:

Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan

Guru, murid tahfiz tunjuk perasaan

Oleh sahbulah darwi
utusankedah@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Kuliyah Al-Quran Insaniah mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Insan Bestari di bangunan Maahad Tahfiz di Alor Setar semalam. – utusan/ Kamal Basir


ALOR SETAR 1 April – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohammad Idrus Ismail berkata, demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu bertujuan membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari (SIB).

Katanya, bangunan Maahad Tahfiz itu mengandungi kelas pengajian dan asrama pelajar tahfiz sejak 2001, namun bangunan itu yang menjadi pusat pengajian dan asrama telah diambil alih oleh SIB bermula Januari lalu.

"Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami di pihak pentadbiran Kuliyyah tiada kepercayaan lagi kepada pengurusan Kuin," katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini hari ini.

Dalam demonstrasi secara aman itu, pelajar-pelajar melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.

Mohammad Idrus meminta Menteri Besar meneliti perkara itu kerana bangunan Maahad Tahfiz sebenarnya telah digazetkan untuk kegunaan pelajar tahfiz, bukannya dikongsi dengan SIB.

"Saya terkilan kerana dengan kewujudan Sekolah Insan Bestari ini, pelajar tahfiz terpaksa keluar mencari rumah sewa kerana bilik asrama tidak cukup," jelasnya.

Sementara itu, wakil pelajar, Ahmad Remy Md. Raof, 25, memberitahu, ada khabar angin mengatakan pelajar tahfiz akan dipindahkan ke tempat lain bagi memberi laluan kepada SIB.

"Sebagai pelajar, kami tidak puas hati kerana kita seperti dipinggirkan dan di sini kami tinggal di asrama di tingkat atas manakala bahagian bawah dan kelas pengajian diambil alih Sekolah Insan Bestari.

"Dulu tidak ada masalah, sekarang timbul pula isu nak rampas bangunan ini dan ada ura-ura kata semester depan tidak boleh masuk dah bangunan ini," katanya sambil memberitahu kelas pengajian pelajar tahfiz kini adalah di Mergong.

Justeru, Ahmad Remy berharap, memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam minggu ini juga akan memberi sinar baru kepada pelajar tahfiz untuk belajar dalam suasana lebih selesa.

"Kami mahukan kemudahan dan ruang belajar yang selesa di mana bangunan Maahad Tahfiz ini sesuai di sini kerana terletak bersebelahan masjid kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sana," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Metro-E perhebat jaringan ICT Perak

Posted:

Metro-E perhebat jaringan ICT Perak

Metro-E perhebat jaringan ICT Perak


Zambry Abd. Kadir (kanan) melihat pelajar menggunakan kemudahan WiFi selepas melancarkan Karnival Perak WiFi dan Cyber 2011 di Lumut, semalam.


LUMUT 1 April - Kerajaan negeri akan melaksanakan sistem Metro-E dalam usaha memantapkan lagi jaringan hubungan antara jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu merupakan usaha kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih efisien.

"Apa yang diharapkan penjawat dan pegawai kerajaan dapat menggunakan aplikasi ICT itu bagi melancarkan sistem sedia ada.

"Kita ingin menjadikan jaringan ini dapat menyelesai masalah dan sekali gus meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dalam pembangunan ICT negeri," katanya selepas merasmikan Karnival Perak Wifi dan Cyber 2011 di Padang Esplanade di sini, hari ini.

Zambry berkata, melalui sistem itu, sebarang mesyuarat boleh dibuat melalui sidang video tanpa memerlukan kehadiran pegawai di sesuatu tempat.

Menyentuh mengenai komunikasi selular, Zambry meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar liputan telefon selular di sepanjang lebuh raya yang merentasi negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menerima banyak aduan mengenai gangguan liputan ketika pengguna berada di sepanjang 133 kilometer lebuh raya di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4.32 juta naik taraf bas Manjung

Posted:

RM4.32 juta naik taraf bas Manjung

RM4.32 juta naik taraf bas Manjung

IPOH 1 April - Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.32 juta bagi menaik taraf perkhidmatan bas di daerah Manjung bermula April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, usaha itu dibuat bagi membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan bas yang terbaik.

"Peruntukan ini melibatkan subsidi RM72,000 sebulan selama lima tahun bagi tujuh laluan. Ini merupakan projek permulaan dan sekiranya berkesan ia akan diteruskan ke daerah Kerian, Larut Matang, Selama dan Kuala Kangsar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung pembiayaan pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh di Bandar Meru Raya antara The Combined Bus Services Sdn. Bhd. dan Bank Mualamat Malaysia Bhd. di sini, semalam.

Pada majlis itu Bank Muamalat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid manakala The Combined Bus Services diwakili oleh Pengarah Urusannya, Cheong Kong Fitt.

Kompleks yang bernilai RM38 juta itu yang telah 27 peratus siap pembinaannya dan dijangka beroperasi menjelang Jun 2012.

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, pihaknya optimis melalui peruntukkan itu ia akan meningkatkan perkhidmatan bas di negeri ini selain memenuhi permintaan pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan