Sabtu, 2 April 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Din Lombok penyamun

Posted: 01 Apr 2011 12:26 PM PDT

SABAK BERNAM: Empat lagi saki-baki kumpulan Rantau Sabak diketuai Samaldin Muda atau Din Lombok kini diburu polis berhubung beberapa kejadian samun berkawan dan pecah rumah di daerah ini sejak awal tahun.

Oleh Nur Lela Zulkipli am@hmetro.com.my Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata hasil risikan polis, pihaknya menahan empat suspek termasuk perancang utama serta seorang wanita pada 3 Mac lalu.


Beliau berkata, suspek yang diburu dikenali sebagai Suhardi atau lebih dikenali sebagai Aweng, 25, Genoh, 25, Gadi atau Ghani 23, dan Jas, 22, malah pihaknya yakin semua mereka masih berada di negara ini.

"Kumpulan dianggotai warga asing itu menyasarkan pemilik ladang dan pemilik kebun kelapa sawit sebagai mangsa.


"Hasil siasatan mendapati, sejurus memasuki rumah mangsa, penyamun mengikat ibu jari kaki dan ibu jari tangan mangsa menggunakan wayar.


"Mereka mengugut akan mencederakan mangsa sebelum menggeledah rumah untuk mencari barang berharga seperti telefon bimbit, barang kemas, komputer riba dan wang tunai serta melarikan kenderaan mangsa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan enam kes samun berkawan tanpa senjata api dan empat kejadian pecah rumah di daerah itu serta dua di Hutan Melintang, Perak.


Noor Mushar berkata, modus operandi penjenayah terbabit ialah mereka terlebih dulu melakukan pembahagian tugas sebelum samun.

"Biasanya kerja itu dilakukan jam 3 pagi hingga 6 pagi dan rumah dipecah masuk dengan mengopak cermin tingkap," katanya.


Beliau berkata, kali terakhir kejadian samun dilakukan di Parit 15 Sungai Panjang, 1 Mac lalu, membabitkan kecurian sebuah Proton Wira dilarikan bersama wang RM2,500, lima telefon bimbit dan barang kemas.


Noor Mushar berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki kumpulan terbabit.


"Kehadiran kumpulan itu menyumbang peningkatan kes jenayah di daerah ini khususnya pecah rumah dan samun berkawan.


"Sejak kumpulan ini mengganas, kerugian dianggarkan berjumlah RM150,000," katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menyalurkan di balai polis berhampiran.


Hasil usaha polis juga membawa kepada penemuan semula tiga kenderaan milik mangsa yang dilarikan suspek dalam tiga kes samun berasingan iaitu sebuah kereta Proton Saga, Wira dan Avanza.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk resah peniaga asing kuasai pasar malam

Posted: 01 Apr 2011 12:22 PM PDT

AMPANG: Kehadiran penjaja warga asing di sekitar tapak pasar malam di Pandan Jaya, di sini, setiap Selasa dan Sabtu mengundang keresahan di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 32, mendakwa kehadiran penjaja warga asing itu mengundang perasaan kurang senang di kalangan penduduk sekitar.


"Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberi kesan buruk terhadap keuntungan penjaja tempatan selain berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan pemantauan untuk menyelesaikan masalah itu," katanya di sini, semalam.

Kakitangan awam itu berharap PBT menjalankan pemantauan berterusan supaya masalah itu diselesaikan secara menyeluruh.


Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ketika dihubungi berkata, pihaknya ada membuat operasi membabitkan penjaja yang tidak mempunyai lesen terutama di kalangan warga asing.


"Kami menerima beberapa aduan orang ramai berhubung masalah itu dan MPAJ akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit sebelum sebarang tindakan diambil.

"MPAJ juga sering mengadakan operasi bersepadu dengan agensi lain di tempat yang didapati menjadi tumpuan penjaja haram dan berjanji tindakan tegas akan diambil," katanya.


Beliau berharap orang ramai menyalurkan maklumat berhubung masalah itu supaya diselesaikan secara menyeluruh demi kepentingan semua pihak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan