Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Bekalan air terputus lagi

Posted:

Bekalan air terputus lagi

Bekalan air terputus lagi

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


MUSTAPA Mohamed (tengah) melakukan lawatan singkat ke benteng utama penyedut air di Loji Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.


PASIR PUTEH 16 April – Sebahagian daripada 11,500 pengguna di daerah ini sekali lagi terputus bekalan air bermula hari ini apabila benteng utama penyedut air untuk dirawat di Loji Kampung Wakaf Bunut dekat sini, pecah kembali, malam tadi.

Kejadian itu berlaku selepas tiga hari Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) berusaha memulihkan bekalan air yang terputus hampir 10 hari sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan yang berlaku membuktikan Pas yang menerajui pentadbiran negeri ini gagal menyelesaikan masalah rakyat walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama 21 tahun

Beliau berkata, dakwaan bahawa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan bantuan untuk menyelesaikan krisis air di Kelantan adalah suatu pembohongan kerana pinjaman mudah RM600 juta sejak 15 tahun lalu sudah pun disalurkan bagi tujuan berkenaan.

"Pinjaman mudah ini diperuntukkan bagi menambahkan kapasiti bekalan air dan membaiki paip saluran air ke rumah-rumah yang berkarat khusus untuk menjamin penduduk di negeri ini menerima bekalan air bersih yang berkualiti.

"Kenapa masalah ini masih terus berlanjutan sehingga saya terpanggil untuk meninjau sendiri masalah ini selepas membaca laporan akhbar dan menerima aduan rakyat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke benteng penyedut air utama berhampiran loji rawatan air Wakaf Bunut, dekat sini hari ini.

Pada 7 April lepas, lebih 200 penduduk terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah kegagalan AKSB membekalkan air yang mencukupi kepada pengguna di Pasir Puteh.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keadaan yang berlaku sekarang menyebabkan keseluruhan rakyat di Pasir Puteh tertekan akibat ketiadaan bekalan air yang berlarutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pantai Merang berwajah baru

Posted:

Pantai Merang berwajah baru

Pantai Merang berwajah baru

SETIU 16 April -Pantai Merang yang lebih sedekad lalu sekadar menjadi lokasi transit bagi pelancong ke Pulau Redang akan diberi wajah baru bagi mengembalikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika meninjau kawasan itu kelmarin mahu persekitaran yang mencacatkan pandangan disusun dan diperindahkan semula.

Katanya, ia termasuklah menggantikan gerai-gerai yang dibina ala kadar oleh penduduk dengan pembinaan 30 unit kedai oleh pihak berkuasa tempatan agar memberikan keselesaan kepada peniaga setempat dan juga pengunjung.

"Kerajaan juga akan mengkaji semula kedudukan beberapa calet yang usang serta terbiar supaya kawasan itu ceria selain menjadi tarikan kepada para pengunjung ke situ.

"Kalau dibiarkan calet-calet itu yang tidak beroperasi sejak sekian lama memberikan gambaran yang tidak baik," katanya.

Selain meninjau Pantai Merang, Ahmad dalam lawatan kerjanya ke daerah itu turut meninjau beberapa kawasan lain termasuk penternakan udang di Kampung Nyatuh dan tanaman jagung di Kampung Langkap di sini.

Ahmad memberitahu, pihaknya juga akan memastikan muara sungai Merang tidak terlalu cetek supaya ia tidak menghalang bot nelayan dan pelancong keluar masuk melalui muara di situ.

"Tahun lepas sahaja kita membelanjakan hampir RM9 juta bagi mengorek pasir di muara serta laluan bot agar perkhidmatan bot pelancong untuk membawa penumpang tidak terjejas dalam masa yang terlalu lama.

"Kita juga akan meminta peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi membina benteng di muara sungai ini agar masalah mereka tidak akan berlaku setiap kali musim tengkujuh," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 pasukan rebut Piala Pegawai Daerah

Posted:

50 pasukan rebut Piala Pegawai Daerah

50 pasukan rebut Piala Pegawai Daerah

SETIU 16 April - Sebanyak 50 pasukan dijangka menyertai Karnival Bola Sepak Piala Pegawai Daerah Setiu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana dekat ini mulai 5 Mei depan.

Kejohanan selama tiga hari anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBSDS) itu turut menyediakan gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan.

Setiausaha PBSDS, Arahma Deraman berkata, kejohanan kali ini agak berlainan kerana pihaknya menyediakan gerai-gerai yang boleh memberi manfaat kepada para pengunjung.

"Setiap pasukan akan dikenakan bayaran penyertaan RM50 dan mereka boleh mendapatkan borang itu mulai sekarang dengan PBSDS sebelum 28 April ini. Johan akan membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan dan pingat manakala tempat kedua RM2,000 dan ketiga serta keempat masing-masing akan memperoleh RM1,000," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan