Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


BN bentuk kerajaan negeri

Posted:

BN bentuk kerajaan negeri

BN bentuk kerajaan negeri


Abdul Taib Mahmud menerima pelukan tahniah daripada isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib selepas BN diumumkan menang dua pertiga pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 di kediaman Ketua Menteri di Kuching, malam tadi. – Utusan/Zaki Amiruddin & Amir Hafiz Abd. Rahman


KUCHING 16 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan di Sarawak dengan majoriti dua pertiga walaupun berhadapan dengan tentangan sengit khususnya di kawasan pengundi Cina.

BN memperbaharui mandat rakyat apabila menang 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebahagian besarnya disumbang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berikutan kemenangan itu, Pengerusi BN negeri yang juga Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis, di sini.

PBB mengulangi rekod pilihan raya negeri pada 2006 apabila menyapu bersih kesemua 35 kerusi yang ditandinginya di kawasan majoriti Melayu/Melanau dan Dayak.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kalah teruk malah Presidennya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam tewas kepada calon DAP di DUN Piasau.

Satu lagi parti komponen BN negeri ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang menang lapan daripada sembilan kerusi yang ditandinginya.

Walaupun berjaya merampas DUN Ngemah daripada Parti Cinta Malaysia (PCM), PRS kehilangan satu kerusi di Pelagus yang merupakan satu-satunya kawasan yang dimenangi calon Bebas iaitu George Lagong.

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang menyapu bersih lapan kerusi pada pilihan raya negeri 2006 pula gagal mengulangi pencapaian itu apabila menang di enam DUN sahaja dan tewas di Ba'kelalan dan Krian.

Pencapaian terbesar parti pembangkang dilakar oleh DAP yang menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang di 12 kerusi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanya berjaya menawan tiga DUN iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN terus diyakini rakyat

Posted:

BN terus diyakini rakyat

BN terus diyakini rakyat


Najib Tun Razak (kanan) menunjukkan angka 52 jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (sehingga 10 malam) sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Menara Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.

Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.

"Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti.

"Dengan ini maka, apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN," katanya.

Najib yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata, kerajaan pusat akan memastikan semua janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.

BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihan raya yang mempertandingkan 71 kerusi.

Turut hadir, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berada di Kuching bersama Taib pada sidang video itu.

Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata beliau bersyukur telah dikurniakan dengan kemenangan bagi membolehkan BN kembali memerintah negeri Sarawak.

Katanya, BN negeri itu akan terus berusaha memajukan Sarawak supaya pembangunannya seiring dengan negeri-negeri lain.

"Kami di Sarawak mengucapkan terima kasih di atas sokongan Perdana Menteri sendiri dan Timbalan Perdana Menteri kerana dengan susah payah, penat lelah melawat kawasan-kawasan pilihan raya ini.

"Ini satu tanda kita mahu mendahului kepentingan rakyat," kata beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan majoriti selesa 5,726 undi.

Taib juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang menyokong BN pada pilihan raya ini.

"Nampak majoriti dalam banyak kerusi bertambah naik...tinggi, menunjukkan keyakinan rakyat kepada kita. Walaupun cara-cara berkempen lain dan cabarannya, rakyat Sarawak dapat mempertahankan dengan cukup sopan santun," tambah beliau.

Taib juga berkata beliau berdoa semoga pada masa akan datang, Sarawak dapat melaksanakan semua janji-janji yang dibuat pada pilihan raya itu..

"Janji-janji kita setengahnya sudah ditunai oleh Perdana Menteri sendiri. Yang belum sempat kita buat kita akan penuhi," katanya. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

Posted:

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.

Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan