Sabtu, 2 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


2,600 kontraktor bumiputera daif?

Posted:

2,600 kontraktor bumiputera daif?

2,600 kontraktor bumiputera daif?

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 1 April – Seramai 2,600 kontraktor bumiputera Kelas E dan F dikatakan berada dalam keadaan 'hidup segan mati tak mahu' akibat kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan kepada mereka.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan (PKMMNK), Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz berkata, ketiadaan dan kesukaran mendapatkan projek sejak Pas memerintah lebih 20 tahun lalu, turut menyebabkan 1,500 kontraktor kecil bumiputera di negeri ini terpaksa gulung tikar.

Beliau berkata, sebelum pentadbiran kerajaan negeri diambil alih oleh Pas, terdapat kira-kira 4,000 kontraktor bumiputera Kelas E dan F yang berdaftar dengan persatuan itu.

"Bagaimanapun, bilangan mereka berkurangan kepada 3,150 dan daripada jumlah itu, kini kira-kira 1,500 telah gulung tikar dan 2,600 lagi dalam keadaan daif sehingga terpaksa mengubah kerjaya masing-masing.

"Ada yang bawa kereta sewa, ada yang berkebun, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya kerana tak boleh cari makan dengan kerja kontrak sebab kerajaan negeri tidak menjana banyak projek pembangunan.

"Sejak 20 tahun lalu, boleh dikatakan hanya sebilangan kecil kontraktor di Kelantan dapat meneruskan hidup melalui kerja-kerja kontrak menerusi projek kecil luar bandar yang diperuntukkan oleh agensi-agensi kerajaan Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini

Mohd. Rosdi tidak menafikan, terdapat peluang pembangunan yang besar di negeri ini, tetapi akibat tiada inisiatif oleh Kerajaan Pas Kelantan, projek tersebut terus membeku.

Beliau sehubungan itu berharap, kerajaan Pas Kelantan dapat merangka satu pelan atau kaedah bagi membela nasib kontraktor kecil bumiputera di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan Persekutuan melaksanakan sistem cabutan undi menggantikan kaedah sebutan harga atau tender terbuka bagi projek-projek kecil dalam usaha membantu kontraktor terbabit.

"Cara ini dilihat lebih adil untuk kontraktor Kelas E dan F. Ada kesamarataan dalam pemberian projek. Maksudnya semua akan dapat dan ini berbeza dengan cara sebut harga atau tender terbuka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang

Posted:

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang

Banyak sekolah guna pendawaian elektrik usang


Abdul Kahar (kiri) mendengar penerangan Peng Choong (dua dari kiri) berhubung risiko kemalangan elektrik di SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 1 April - Masih banyak lagi sekolah di negeri ini menggunakan sistem pendawaian elektrik usang ekoran kekangan kewangan untuk menambah baik sistem berkenaan.

Masalah tersebut turut diakui Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) apabila terdapat kes kebakaran di sekolah berpunca daripada masalah yang sama.

Bagaimanapun, menurut Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan JPNT, Abdul Kahar Abdul Latif, pihaknya dalam usaha bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan sistem keselamatan elektrik di sekolah.

"Terengganu mempunyai kira-kira 450 buah sekolah namun bukan semua yang masih menggunakan pendawaian lama jadi kita akan berusaha menambah baik sistem itu dari semasa ke semasa.

"Selain itu, saya juga berharap pihak sekolah dapat menerapkan kempen kesedaran mengenai penggunaan elektrik di kalangan pelajar agar mereka boleh mengelakkan sebarang kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengarah JPNT, Razali Daud pada majlis Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik Peringkat Negeri Terengganu anjuran TNB di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) di sini semalam.

Seramai 262 orang murid (tahun 4 dan 6) dan 53 orang guru dari 53 buah sekolah sekitar Kuala Terengganu menghadiri seminar berkenaan yang diadakan selama sehari dengan pengisian ceramah, pameran serta acara-acara menguji minda.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan (Senggara Aset) TNB, Ir. Ho Peng Choong dan Guru Besar SKSS1, Yusof Karim.

Dalam pada itu, ujar Peng Choong, sejak seminar berkenaan diadakan pada 2007, seramai 6,588 orang guru telah menyertai seminar berkenaan dalam usaha mendidik pelajar mengenai keselamatan penggunaan elektrik untuk mengelakkan berlakunya kecuaian dan kemalangan.

"Ini kerana mengikut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010, sebanyak 395 kes kemalangan elektrik berlaku di mana 193 kes maut dan 214 kes tidak maut dengan pelajar sekolah merupakan kategori mangsa yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak 14.2 peratus," jelasnya.

"Di Terengganu pula, sejak tahun 2002 hingga 2010, sebanyak 26 kes kemalangan elektrik berlaku di negeri ini dan daripada jumlah itu 11 peratus daripadanya melibatkan kejadian di premis milik kerajaan termasuk sekolah dan institut pengajian tinggi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

Posted:

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

Terengganu perhebat promosi tarik pelancong ASEAN

KUALA TERENGGANU 1 April - Kerajaan negeri akan memperhebatkan promosi pelancongan negeri dengan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelancong dari negara-negara rantau ASEAN.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, langkah kerajaan negeri itu untuk meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini yang dianggarkan mencecah tiga juta orang pada tahun ini.

Katanya, walaupun tumpuan diberikan kepada negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei, promosi ke negara lain turut dilakukan.

Menurut beliau, Terengganu mencatatkan penurunan jumlah kedatangan pelancong daripada 3.1 juta orang pada 2008 kepada 2.93 juta pada 2009 manakala tahun lalu mencatatkan jumlah kunjungan pelancong seramai 2.5 juta orang.

Bagaimanapun katanya, statistik kedatangan pelancong domestik dan negara jiran tidak banyak mengalami penurunan berbanding pelancong asing kerana beberapa faktor antaranya keadaan cuaca dan harga minyak.

"Kerajaan negeri yakin sasaran kedatangan tiga juta pelancong ke negeri ini tahun ini tercapai berdasarkan banyak aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa diadakan termasuk promosi serta kerjasama pelbagai pihak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Ke-22 di sini semalam. Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri, Wan Supian Datuk Wan Ishak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, pemandu pelancong yang berdaftar dan mempunyai lesen tetapi tidak berpeluang bekerja dalam industri pelancongan akan dikenal pasti.

Katanya, usaha itu untuk memastikan segala pengalaman yang diperolehi ketika berkursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkenalkan Terengganu kepada pelancong.

"Pada masa ini terdapat 47 orang pemandu pelancong dan 60 pemandu alam semulajadi yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan di Terengganu," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan