Khamis, 14 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Eratkan hubungan dengan polis

Posted:

Eratkan hubungan dengan polis

Eratkan hubungan dengan polis

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Mohd. Sabri Muhamad turun padang mengedarkan risalah mengandungi maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan pelbagai jenis jenayah di sekitar bandar Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 13 April - Orang ramai di sekitar daerah ini diminta untuk mengeratkan lagi hubungan mereka dengan polis dalam usaha membantu pasukan keselamatan itu memerangi jenayah secara efisien dan pantas.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, langkah itu selari dengan pelaksanaan program 'Walkabout' yang dianjurkan pihaknya baru-baru ini.

Menurutnya, program itu bertujuan agar polis dapat mendekati masyarakat sekali gus mengeratkan kerjasama dalam mengurangkan kadar jenayah di sekitar daerah ini terutamanya di kawasan bandar.

''Masyarakat seharusnya mengenali polis di kawasan mereka. Hubungan baik antara polis dan masyarakat membolehkan sesuatu maklumat membanteras jenayah dapat disalurkan.

''Dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai dalam memerangi jenayah, kami telah mengedarkan 500 risalah mengandungi maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan pelbagai jenis jenayah," katanya selepas melancarkan program tersebut di sini baru-baru ini.

Jelasnya, risalah yang diedarkan mengandungi pelbagai panduan pencegahan jenayah, ia membolehkan orang ramai mendapat maklumat berhubung langkah-langkah menjaga keselamatan dan perlindungan diri.

''Program ini juga bertujuan mendekatkan masyarakat dengan pihak polis dengan cara berkongsi maklumat mengenai kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan ini.

''Apabila maklumat diterima dengan pantas, kami yakin dapat membanteras kumpulan atau individu yang terlibat melakukan kegiatan itu,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sabri turut memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD) yang sebelum ini beroperasi di Bahau, dekat sini telah berpindah ke Bandar Seri Jempol.

''Jika berlaku sebarang kecemasan, mereka boleh menghubungi bilik gerakan yang baru di talian 06-4583449," katanya.

Pada program tersebut, Mohd. Sabri disertai 14 anggota polis pelbagai pangkat mengedarkan risalah berkenaan selain memberi maklumat dan panduan pencegahan jenayah kepada orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayar kompaun MPAG diskaun 50%

Posted:

Bayar kompaun MPAG diskaun 50%

Bayar kompaun MPAG diskaun 50%

MELAKA 13 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus kepada mereka yang menjelaskan bayaran itu sebelum 31 April ini.

Yang Dipertua MPAG , Kamaruddin Md. Shah berkata, tawaran selama sebulan bermula 1 April lalu itu adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelapan MPAG pada 30 April ini.

"Diskaun sebanyak 50 peratus merupakan salah satu usaha kami untuk meringankan beban pengguna. Ia juga sebagai galakan kepada mereka yang dikenakan kompaun supaya segera menjelaskannya sebelum dikenakan tindakan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, selain bagi kesalahan individu, bayaran separuh harga itu juga sah kepada agensi swasta yang ingin menjelaskan kompaun mereka sebelum 31 April ini.

Dalam perkembangan lain Kamaruddin berkata, MPAG menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan ulang tahun itu.

Antaranya menurut beliau, ialah peraduan mewarna dan pertandingan kawad kaki di Dataran Keris, Alor Gajah pada 23 April ini, pertandingan futsal tertutup Piala YDP MPAG (24 April) di Sport Planet Pulau Sebang dan Forum Perdana di Taman Masjid Tanah Ria pada 28 April.

Jelasnya, kesemua pertandingan itu menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sehingga RM1,000.

"Acara kemuncak ialah malam perasmian sambutan ini di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah pada pukul 8 malam, 30 April ini.

"Orang ramai dipelawa menyaksikan persembahan artis tanah air pada malam tersebut antaranya Faizal Tahir, Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Datuk Ahmad Jais, Siti Nordiana, 6xth Sense dan Axl's," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gejala sosial kian berleluasa

Posted:

Gejala sosial kian berleluasa

Gejala sosial kian berleluasa

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 13 April – Tekanan hidup yang semakin meningkat di kawasan bandar serta luar bandar dilihat sebagai punca utama berlaku gejala sosial yang kian berleluasa ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, kes-kes seperti keganasan rumah tangga, perceraian serta pembuangan bayi yang terus menggambarkan situasi itu perlu dibendung dari terus menjadi nanah dalam masyarakat.

''Jika dilihat secara holistik, ini menggambarkan masalah tekanan juga sedikit sebanyak menjadikan sesebuah institusi kekeluargaan menjadi rapuh hingga berlaku kes-kes sedemikian.

''Sebagai contoh kes pembuangan bayi yang dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2005 hingga 2009 ia mencatatkan sebanyak 407 kes dan ini amat membimbangkan," katanya di sini semalam.

Justeru kata Zainab, pelbagai platform dan kaedah terbaik telah dijalankan oleh kerajaan meliputi program-program kekeluargaan yang dianjurkan oleh agensi berkaitan bagi mengurangkan kadar kes yang berlaku ketika ini.

Zainab juga berkata, tidak cukup dengan itu setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih aktif dengan memahami dan menghormati dalam mewujudkan keluarga yang harmoni lagi sejahtera.

''Kita juga melihat aspek kekeluargaan perlu diberikan penekanan yang berterusan kerana melalui merekalah nanti nilai-nilai murni dapat diterapkan untuk menangani segala permasalahan.

''Jika adunan ini dapat dilakukan, kita percaya bahawa usaha melahirkan generasi yang mempunyai jati diri yang kuat dapat dilahirkan selaras dengan Dasar Keluarga Negara 2010," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan