Khamis, 14 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar pintar nikah di Thailand

Posted:

Pelajar pintar nikah di Thailand

Pelajar pintar nikah di Thailand

BALING 13 April - Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand, minggu lalu.

Perkembangan terbaru itu cukup merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan anak gadisnya.

"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya dua hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.

Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.

Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Utusan Malaysia difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama UMNO Bahagian Baling yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Ir. Nawawi Ahmad semalam, bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tawar pendidikan mampu biaya

Posted:

Tawar pendidikan mampu biaya

Tawar pendidikan mampu biaya

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah komited menawarkan pendidikan mampu biaya khususnya kepada masyarakat desa.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah tersebut dapat dilakukan menerusi Kolej Polytech Mara (KPTM) yang merupakan salah satu agensi kementerian ini.

"Selain membawa kolej ke kawasan luar bandar supaya memberi ruang dan peluang kepada masyarakat di sana mendapat pendidikan, KPTM perlu memastikan yuran pengajian yang dikenakan mampu dibiayai.

"Kerajaan komited mengenai perkara ini kerana menjadi harapan agar lebih ramai masyarakat desa mendapat pendidikan tinggi tanpa perlu pergi jauh," katanya dalam teks ucapan sempena Majlis Malam Ke Puncak Awan KPTM yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Hassan Malek di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan.

Menurut Shafei, KPTM juga boleh menyumbang kepada masyarakat setempat menerusi program tanggungjawab sosialnya.

Katanya, program kemasyarakatan dengan menumpukan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran boleh dijadikan teras program tanggungjawab sosial KPTM.

"Berbekalkan lapan buah kampus dan beberapa lagi dalam perancangan, termasuk di Kuching di samping pelajar seramai 14,000 orang dan 1,200 kakitangan, KPTM berada pada kedudukan terbaik untuk menabur budi dengan pelbagai program tanggungjawab sosialnya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ATM sedia bantu Indonesia

Posted:

ATM sedia bantu Indonesia

ATM sedia bantu Indonesia

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia memberikan bantuan kepada Indonesia untuk membebaskan 20 anak kapalnya yang ditawan di perairan Teluk Aden, Somalia 16 Mac lalu.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, setakat ini ATM masih belum dihubungi kerajaan Indonesia untuk tujuan tersebut tetapi bersedia membantu sekiranya diperlukan.

"Sekiranya kami mempunyai kemampuan, kami sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada Indonesia. Saya percaya segala krisis yang berlaku di Teluk Aden perlu diselesaikan secara bersama.

"Setakat ini kerjasama antarabangsa di Teluk Aden sangat positif. Segala informasi tentang kejadian di sana terus disampaikan kepada negara terlibat dengan misi di perairan tersebut supaya tindakan segera dapat diambil," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani sijil serah dan terima tugas Panglima Angkatan Bersama di sini, hari ini.

Pada 16 Mac lalu, sebuah kapal dagang dari Indonesia, Sinar Kudus ditawan ketika melalui perairan Teluk Aden, Somalia.

Seramai 20 anak kapal tersebut telah ditawan namun kesemua mereka difahamkan berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, berhubung tindakan kerajaan menjadikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagai agensi penguatkuasaan tunggal di kawasan perairan menjelang hujung tahun ini, Azizan berkata, ia merupakan langkah yang baik dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara.

Katanya, ATM tidak mempunyai sebarang masalah dengan langkah tersebut malah beranggapan ia suatu perkembangan positif kepada sistem pertahanan negara.

"Menerusi langkah kerajaan itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dapat memberikan fokus kepada tugas utamanya iaitu menjaga keselamatan perairan negara daripada ancaman musuh.

"Maritim Malaysia pula akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan undang-undang di perairan negara. Bagaimanapun TLDM masih akan memberikan bantuan kepada agensi itu sekiranya diperlukan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan