Utusan Online - Selatan |
- Lubang menunggu mangsa
- Masalah tanah runtuh dibaik pulih segera
- Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan
Posted: Lubang menunggu mangsaOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA 12 April – Beberapa pengguna jalan raya meluahkan rasa bimbang dengan kewujudan sebuah lubang di atas jambatan di Pulau Melaka di sini yang dikhuatiri boleh mengundang kemalangan. Lubang tersebut dikatakan sudah terbentuk sejak lebih dua bulan lalu dan sehingga kini ia masih terbiar tanpa sebarang papan tanda amaran seperti meletakkan kon dan sebagainya. Beberapa pengguna yang kerap melalui jalan tersebut berpendapat pihak bertanggungjawab perlu menutup lubang tersebut bagi mengelak daripada sebarang insiden kemalangan. Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati tiada sebarang papan tanda amaran diletakkan di laluan tersebut terutama kepada penunggang motosikal. Laluan tersebut digunakan oleh orang ramai khusus bagi mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Selat yang terletak tidak jauh dari situ. Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Firdaus Daud, 27, mendakwa, lubang seluas 0.5 meter itu boleh menyebabkan kemalangan serius khususnya kepada penunggang motosikal. "Memang lubang ini tidak dalam, tetapi ia cukup untuk membuatkan penunggang motosikal terhumban apabila terlanggar lubang berkenaan. "Apatah lagi, lubang ini terbentuk di atas jambatan, ia semakin membesar dari hari ke hari," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini. Seorang pekerja kedai makan berhampiran yang enggan dikenali berkata, lubang tersebut sudah lama dibiarkan tanpa sebarang tindakan pihak berkaitan untuk menutupnya. Membahayakan lagi keadaan katanya, kawasan jambatan itu sering menjadi tumpuan kaki pancing apabila banyak kenderaan melalui kawasan itu setiap hujung minggu di samping kehadiran pelancong. "Kalaupun tidak menyebabkan kecederaan kepada pemandu, lubang ini pasti akan menyebabkan kerosakan pada tayar kereta sekiranya melanggarnya," katanya. Justeru, dia berharap kepada pihak berkenaan supaya mengambil langkah segera menutup lubang itu dan tidak hanya bertindak selepas berlaku kejadian tidak diingini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Masalah tanah runtuh dibaik pulih segera Posted: Masalah tanah runtuh dibaik pulih segera
SEREMBAN 12 April - Penduduk di sekitar Taman College Height, Sikamat dekat sini kini boleh menarik nafas lega ekoran masalah tanah runtuh membabitkan pembentungan jalan di taman berkenaan akan dibaik pulih dengan segera. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah mengeluarkan tender kepada kontraktor supaya pelaksanaan kerja pembaikan dapat dilakukan segera demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk. "Saya dimaklumkan bahawa kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas dan selepas saya melawat, tindakan segera perlu diambil kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lalu lintas di laluan ini. "Keduanya, jika kawasan ini tidak dibaiki dalam tempoh terdekat, saya rasa ia akan menjurus kepada runtuhan lebih besar dan ini sekali gus akan merugikan semua pihak terutamanya kerajaan negeri dari segi menampung kos membaik pulih," katanya selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini. Jelasnya, kakitangan bahagian teknikal MPS juga dimaklumkan telah melawat ke lokasi terbabit bagi mengenal pasti kerosakan sebenar dan anggaran kos pembaikan. Dalam pada itu, Mohamad memberitahu, penduduk setempat juga telah menyuarakan cadangan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mencantas dahan pokok yang sudah berusia di sekitar kawasan berkenaan. "Saya juga menerima pandangan ketua kampung yang meminta pokok besar dan tinggi di sini perlu dicantas bukan ditebang. "Ini kerana bila berlakunya hujan atau angin kuat, pokok dan dahan yang sudah reput mampu mendatangkan bahaya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan bukan sahaja di jalan raya malah merbahaya jika ia menimpa rumah penduduk," katanya. Untuk itu, Mohamad menambah, pihaknya akan meminta MPS untuk menjalankan kerja mencantas ini dilakukan segera di taman berkenaan termasuk kawasan perumahan berhampiran. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jalan Sikamat, Bazid Abd. Hamid ketika ditemui di sini hari ini berkata, dia amat gembira di atas keprihatinan pihak PBT dan kerajaan negeri dalam memelihara kesejahteraan rakyat. "Kehadiran Menteri Besar untuk melawat kawasan runtuhan ini nyata membuktikan dia amat prihatin dengan nasib penduduk walaupun kawasan ini merupakan kawasan pimpinan pembangkang," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Posted: Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahanALOR GAJAH 12 April - Mayat seorang wanita ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel di kolam tadahan air Machap, Durian Tunggal di sini hari ini. Ketua Polis daerah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, mayat yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui seorang lelaki ketika ingin memancing di situ kira-kira pukul 1.40 petang. Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia antara 25 hingga 30 tahun itu dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung. "Keadaan mangsa ketika ditemui hanya memakai baju dan seluar dalam selain alat solek, baju dan seluarnya turut ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi. "Tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa dan pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca kejadian," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Tambahnya, pada masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153 atau balai polis berdekatan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan