Utusan Online - Utara |
- RM2j atasi banjir di Alor Setar
- 4 spesies ikan Tasik Temenggor bakal pupus
- Berapa lagi nyawa bakal melayang baru bertindak?
RM2j atasi banjir di Alor Setar Posted: RM2j atasi banjir di Alor SetarOleh SAFINA RAMLI ALOR SETAR 12 April – Kerajaan Pusat memperuntukkan RM2 juta untuk menaik taraf dan membina sistem pengairan bagi mengatasi banjir kilat di sekitar bandar raya ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung (gambar) berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi menaik taraf dan membina perparitan serta mengorek dan mendalamkan sungai di enam kawasan yang sudah dikenal pasti. "Kerja-kerja tersebut dijadual bermula tahun ini bagi mengatasi masalah banjir kilat di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini. "Ia merupakan projek kecil tebatan banjir Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk Parlimen Alor Setar," katanya di sini, baru-baru ini. Menurutnya, ia melibatkan enam projek tebatan banjir iaitu menaik taraf sistem perparitan di Taman Bayu dan Taman Uda di Jalan Sultanah yang melibatkan kos RM480,000 dan mengorek serta mendalam Sungai Tanjung Bendahara dengan kos RM300,000. Selain itu, menurutnya, sistem perparitan di Taman BB ke Sungai Pengkalan Kundor turut dinaik taraf dengan kos RM200,000. "Dua lagi projek ialah membina sistem perparitan di Alor Bakong serta Taman Lumba Kuda dan Taman Golf masing-masing bernilai RM400,000. "Satu lagi projek tebatan banjir ialah membina sistem perparitan Sungai Terus, Mergong," katanya. | ||
4 spesies ikan Tasik Temenggor bakal pupus Posted: 4 spesies ikan Tasik Temenggor bakal pupusGERIK 12 April - Empat spesies ikan air tawar di Tasik Temenggor kini berdepan ancaman kepupusan berikutan tangkapan berlebihan selain gangguan terhadap habitat semula jadinya. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran, empat spesies ikan tersebut ialah temoleh, kelah, tengalan dan hangus ekor. Sehubungan itu katanya, melalui kerjasama Lembaga Perikanan Malaysia, Pusat Penyelidikan Perikanan Glami Lemi Jelebu serta Belum Rainforest Resort, satu memorandum persefahaman (MoU) bakal ditandatangani bersama pihaknya bagi meningkatkan penyelidikan ke atas spesies tersebut. "Bagaimanapun sebagai langkah konservasi awal, sebanyak 2,000 ekor anak ikan temoleh dilepaskan untuk memulihara spesies akuatik tersebut yang semakin berkurang secara drastik," katanya. Beliau berkata demikian selepas program pelepasan anak ikan temoleh bersama 1,000 lagi anak ikan baung dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Enam Base Camp, Tasik Temenggor di sini, semalam. Turut hadir Pengurus Besar (Operasi) M.K.N. Group Sdn. Bhd., Wan Rashdi Wan Ibrahim yang mewakili Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar; Felo Kanan Pusat Kajian Kelestarian Global USM, Prof. Mashhor Mansor dan Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak, Dzainudin Yaacob. Daniel berkata, anak-anak ikan temoleh yang dilepaskan itu merupakan hasil pembiakan induk yang dibawa dari Belum-Temenggor dan dibiakkan di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok di Jerantut. "Setelah ia membesar dalam habitat semula jadinya, kita mengharapkan anak-anak ikan ini akan terus membiak, sekali gus meningkatkan populasinya di seluruh kawasan Tasik Temenggor ini," katanya. Beliau menambah, usaha memulihara spesies ikan tersebut secara tidak langsung membantu peningkatan sumber protein kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Berapa lagi nyawa bakal melayang baru bertindak? Posted: Berapa lagi nyawa bakal melayang baru bertindak?
KEPALA BATAS 12 April - Sampai bila kami perlu bersabar? Berapa lagi nyawa perlu melayang? Itu antara luahan penduduk Kampung Permatang Bendahari, di sini yang kesal apabila permintaan mereka supaya lampu isyarat dipasang di sebuah simpang empat di kampung tersebut terus dipandang sepi pihak berkuasa. Menurut mereka, laluan tersebut yang terkenal dengan julukan 'simpang maut' di kalangan penduduk, sudah meragut banyak nyawa sejak beberapa tahun lalu dan terbaru membabitkan sepasang suami isteri warga emas Sabtu lalu. Salah seorang penduduk, Wan Mohd. Termizi Wan Hamzah, 30, berkata, penduduk kampung itu dihantui kebimbangan seolah-olah hanya menunggu menjadi mangsa seterusnya selepas begitu banyak kemalangan yang berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat. ''Anda boleh tanya penduduk kampung, hampir setiap minggu ada saja kemalangan yang berlaku ekoran kedudukan simpang empat ini yang mengelirukan terutamanya kepada orang luar. ''Malah, akhbar sudah beberapa kali menyiarkan kemalangan atau rungutan penduduk mengenai perkara ini tetapi pihak berkuasa masih bersikap endah tak endah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini. Seorang peniaga, Azmi Mat Din, 44, pula memberitahu, perkara itu sudah diajukan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak beberapa tahun lalu tetapi sehingga hari ini lampu isyarat tidak dibina di persimpangan tersebut. Menurutnya, laluan berkenaan pada mulanya merupakan simpang tiga sebelum diubah kepada empat, berikutan aliran trafik yang semakin sibuk terutamanya bagi laluan berat yang sering berulang-alik dari sini ke Kuala Muda, Kedah. ''Kami berasa sangat pelik kerana melihat kepada kes-kes kemalangan yang berlaku, jelas ada keperluan mendesak supaya lampu isyarat dibina. Berapa lagi nyawa perlu melayang baru JKR hendak bertindak?" tegasnya. Pandangan itu disokong seorang lagi penduduk kampung tersebut, Abdullah Zainol, 35, yang pernah menyaksikan kemalangan di depan matanya sendiri beberapa bulan lalu. ''Saya harap jabatan berkenaan perlu ada rasa tanggungjawab, datang dan tengok sendiri keadaan laluan ini. Janganlah bersikap lepas tangan dengan memberi pelbagai alasan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan