Rabu, 13 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Peniaga maut, isteri parah kereta terbabas

Posted: 13 Apr 2011 01:55 AM PDT

GUA MUSANG: Seorang peniaga terbunuh manakala isterinya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, hari ini.

Sharpan Che Soh, 38, yang memandu kereta itu cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.


Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah, isteri mangsa, Yusdiawati Yusof, 30, kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, pasangan itu dalam perjalanan dari Kampung Binjai Dua, Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan.


Mayat Sharpan, yang dibedah siasat di HGM, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai Dua petang ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar perempuan hilang lepas sekolah

Posted: 13 Apr 2011 01:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang ke sekolah pada petang Jumaat lepas untuk menghadiri kelas tidak pulang ke rumahnya di Presint 9 sehingga hari ini.

Ibunya Roslinda Karim, 46, berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya, ketika beliau pulang ke rumah pada waktu rehat hari yang sama sebelum kembali ke tempat kerja di sebuah kementerian di sini pada pukul 2 petang. "Selepas Nur Atiqah tidak pulang ke rumah petang itu, saya hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah dan ke perhentian bas berhampiran untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang dilaporkan turut hilang," katanya di sini.


Roslinda berkata, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (1) tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri. Cubaan beliau menghubungi rakan Nur Atiqah yang dilaporkan hilang bersamanya juga gagal apabila telefon bimbit itu dijawab oleh invidividu tidak dikenali. Roslinda berkata tiada perselisihan faham berlaku antara Nur Atiqah dengan anggota keluarganya. "Anak saya berkulit hitam manis, tinggi 170cm, badan sederhana kurus, berambut pendek dan lurus berwarna perang. Saya merayu sesiapa yang menemuinya supaya menghubungi balai polis berhampiran," katanya yang membuat laporan polis pada Sabtu lepas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan