Selasa, 12 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Peniaga kraf tuntut RM5,000 sebulan

Posted:

Peniaga kraf tuntut RM5,000 sebulan

Peniaga kraf tuntut RM5,000 sebulan

melaka@utusan.com.my".


Wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (dua dari kanan) berbincang dengan sebahagian daripada peniaga medan niaga Ayer Keroh mengenai isu pemindahan tapak perniagaan di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 11 April – Kira-kira 11 peniaga kraf tangan di medan niaga Ayer Keroh di sini, menuntut ganti rugi RM5,000 sebulan sebagai syarat untuk berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kawasan tersebut, Jun ini.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Yusof Jantan berkata, tuntutan peniaga itu akan dipertimbangkan walaupun jumlah yang ditawarkan sebelum ini ialah sekitar RM1,200 sebulan mengikut kadar sewa semasa iaitu RM200 sebulan.

Menurutnya, berbanding peniaga kraf tangan, empat peniaga kedai makan di situ bersetuju menerima tawaran berniaga di kedai sementara yang disediakan di Kedai Madu Lebah yang terletak kurang 100 meter dari lokasi medan niaga sedia ada.

''Kita sedia timbang semula jumlah ganti rugi yang diminta oleh peniaga kraf tangan, rundingan masih dibuka dan kita juga tidak mahu peniaga mengosongkan premis mereka sehingga rundingan menepati keperluan semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tapak sedia ada di medan niaga yang terletak bersebelahan Taman Mini Malaysia itu perlu dinaik taraf bagi pembinaan kawasan letak kereta dan bas persiaran serta menambah beberapa unit kedai di situ, selain meningkatkan keindahan persekitaran pada masa depan.

Kawasan persekitaran di situ yang agak sempit menyukarkan laluan bas persiaran untuk keluar masuk dan meletak kenderaan memandangkan lokasi itu sering menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Taman Mini Malaysia dan Taman Asean selain Kedai Madu Lebah.

Selain itu, katanya, tuntutan terbaru peniaga terlibat dikemukakan kepada pegawai PKNM ketika surat pengesahan mengenai tawaran awal yang disediakan agensi itu sebelum ini diedarkan kepada peniaga terlibat hari ini.

Ujar beliau, pihaknya sedia mempertimbangkan tuntutan yang dikemukakan oleh peniaga terlibat, namun keputusan muktamad mengenainya hanya boleh diputuskan melalui beberapa perbincangan lanjut.

''Selagi masih belum ada penyelesaian muktamad, peniaga boleh menjalankan peniagaan seperti biasa di medan niaga Ayer Keroh.

''Jika selepas ini tiada sebarang keputusan muktamad atau ada peniaga di situ yang masih degil tidak mahu mengosongkan premis mereka walaupun sudah banyak tawaran dibuat, mungkin perkara ini akan dibincangkan di peringkat kerajaan negeri," katanya.

Menurut Yusuf, walaupun peniaga makan di situ bersetuju dengan salah satu tawaran PKNM untuk berpindah ke lokasi sementara berhampiran Kedai Madu Lebah di situ, namun mereka masih diberi peluang menimbang semula hasrat tersebut.

''Jika benar-benar mahu berniaga di depan Kedai Madu Lebah, kita akan bina kedai sementara, tetapi keputusan itu biarlah muktamad kerana kita tidak mahu apabila sudah dibina empat kedai sementara, ada pula peniaga yang tidak mahu dan membuat tuntutan lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta dicuri terbabas, suspek lelaki diberkas polis

Posted:

Kereta dicuri terbabas, suspek lelaki diberkas polis

Kereta dicuri terbabas, suspek lelaki diberkas polis

KUALA PILAH 11 April - Padah buat seorang lelaki apabila dia diberkas tidak sampai sejam oleh pihak berkuasa selepas mencuri sebuah kereta seorang doktor di pekan Juasseh dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, suspek yang berusia 33 tahun ditahan di Kilometer 21, Jalan Ulu Bendul-Terachi dekat Hutan Rekreasi Ulu Bendul selepas kereta jenis Proton Satria Neo yang dilarikannya terbabas ke dalam longkang.

Ketua Polis daerah, Supritendan Jaafar Baba memberitahu, suspek pada mulanya bertindak menahan kereta doktor tersebut yang dipandu oleh adik lelaki doktor berkenaan kira-kira pukul 2.40 petang sebelum mengheret remaja berusia 17 tahun itu keluar dari kenderaannya.

''Lelaki itu kemudiannya bertindak melarikan diri ke arah Seremban," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jaafar memberitahu lagi, sebaik sahaja polis menerima laporan daripada mangsa behubung kejadian luar jangka itu, gerakan memburu penjenayah terus telah dijalankan dan suspek bersama kereta mangsa berjaya dikesan di pekan Terachi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah memberitahu lagi, selepas beberapa kilometer dikejar oleh polis, kereta yang cuba dilarikan itu telah terbabas ke dalam longkang berhampiran Hutan Rekreasi Ulu Bendul di sini.

"Setelah kereta itu terbabas, suspek berusaha menyelamatkan diri daripada diberkas oleh polis sebaik sahaja keluar dari kereta tersebut.

''Namun begitu, kecekapan pasukan polis berjaya menggagalkan usaha suspek untuk meloloskan diri.

Kejayaan polis memberkasnya turut dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian," jelasnya.

Hasil siasatan katanya, lelaki terbabit didapati mempunyai rekod jenayah termasuk melibatkan kes dadah.

''Suspek yang berasal dari daerah ini sekarang ditahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AIRIS medium tangani masalah sosial

Posted:

AIRIS medium tangani masalah sosial

AIRIS medium tangani masalah sosial


Zainab Nasir (duduk tengah) turut serta dalam sesi kaunseling ketika merasmikan penubuhan AIRIS Keluarga di Seremban, kelmarin.


RASAH 11 April - Penubuhan Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi Sokongan (AIRIS) Keluarga dilihat sebagai salah satu medium terbaik untuk masyarakat di negeri ini mengatasi segala permasalahan yang melibatkan isu kekeluargaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, kewujudan AIRIS ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang berterusan dalam memastikan permasalahan keluarga boleh diatasi dengan kaedah praktikal.

Malah kata beliau, ia juga dilihat sebagai salah satu kaedah bagaimana untuk mengurangkan gejala sosial yang masih membelenggu masyarakat di negara ini melalui aktiviti yang disediakan di pusat keluarga berkenaan.

"Pelbagai kemudahan kita sediakan di AIRIS ini yang mana program-program seperti kaunseling individu dan kelompok, panel kaunselor serta pengurusan tekanan untuk keluarga yang menghadapi masalah.

"Kita berharap dengan adanya kemudahan ini, ia akan memberikan satu kemudahan kepada orang ramai untuk menggunakannya selain dapat mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Zainab berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian AIRIS Keluarga, Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Seremban 2 di sini semalam.

Menurut Zainab, untuk itu, usaha mengurangkan gejala sosial di negeri ini akan terus dilaksanakan dengan mengunakan kaedah yang lebih praktikal dan sesuai dengan tuntutan semasa.

Jelas beliau, ini termasuklah menumpukan kawasan-kawasan luar bandar yang dilihat mudah terdedah kepada gejala sosial, termasuklah pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah dan mat rempit.

"Kita akan melihat kaedah yang lebih praktikal dalam memberikan pilihan kepada penyelesaian masalah. Kita tidak mahu walaupun pelbagai kemudahan telah disediakan, namun tidak digunakan dengan sebaiknya.

"Malah kita juga berhasrat memanggil pakar-pakar kaunseling untuk datang ke kawasan luar bandar bagi memberikan ceramah kepada masyarakat khususnya di luar bandar," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan