Berita Harian: Mutakhir |
Arwah Sahaimi kurang bercakap ketika berhubung kali terakhir: Abang Posted: 12 Apr 2011 03:04 AM PDT Mutakhir SIBU: "Arwah memang suka berbual tetapi dia tidak banyak bercakap ketika kali terakhir kami berhubung (melalui telefon) Ahad lalu," kata Bizannuddin Ghazali, abang kepada Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Dataran Sibu, di sini kelmarin.Bizannuddin yang bergegas ke bandar raya ini sebaik dimaklumkan mengenai tragedi itu mlam kelmarin, berkata beliau tidak mengesyaki apa-apa dengan perubahan sikap adiknya itu kerana mengetahui arwah terlalu sibuk menjelang pilihan raya hujung minggu ini. "Dia (Sahaimi) ada beritahu ditugaskan membawa rombongan kenamaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri di Sarawak. Bagaimanapun, dia tidak seperti biasa, arwah tidak bercerita lanjut mengenai tugasnnya dan kurang bercakap. "Mungkin dia penat atau terlalu sibuk. Tidak sangka itu perbualan terakhir kami dan petanda dia akan pergi buat selamanya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sibu bagi mengendalikan proses membawa pulang jenazah adiknya semalam.Dalam kejadian jam 1.50 petang kelmarin, helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger dipandu Sahaimi terhempas ketika sedang berlepas dari Dataran Sibu ke pangkalannya di Lapangan Terbang Sibu, dipercayai akibat angin kencang. Difahamkan, kejadian berlaku selepas pesawat terbabit menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sarikei dan Kanowit. Sementara itu, jenazah juruterbang berkenaan dimandi dan dikapankan di Hospital Sibu dengan bantuan kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS).
Turut berada di hospital semalam, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang yang diberi tanggungjawab memastikan proses membawa pulang jenazah ke Kota Bharu, Kelantan. Jenazah Sahaimi okemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Chepa menggunakan pesawat GAF Nomad N22B milik Sabah Air kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sabah Air Aviation, Ibrahim Okk Mohd Laiman Diki, berkata pihaknya akan bermesyuarat secepat mungkin bagi mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga Sahaimi. "Ia satu kehilangan besar bagi Sabah Air, malah kami cukup bersedih dengan tragedi ini. Allahyarham seorang juruterbang berpengalaman dan pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum menyertai kami," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
DCA mula jalankan siasatan nahas helikopter Sabah Air Posted: 12 Apr 2011 02:56 AM PDT Mutakhir SIBU: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam memulakan siasatan berhubung nahas helikopter Sabah Air yang mengorbankan juruterbangnya di Dataran Sibu, kelmarin.Difahamkan, sekumpulan pegawai jabatan itu juga sudah dihantar ke tempat kejadian semalam bagi mengumpul bahan bukti untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail ketika mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan, malah sedia bekerjasama dengan DCA bagi menyegerakan proses siasatan. Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pesawat jenis Bell 206B Jet Ranger itu berpunca dari angin kencang, namun punca sebenar hanya akan dapat diketahui selepas hasil siasatan DCA selesai."Kita akan menunggu DCA melengkapkan proses siasatan mereka untuk mengetahui punca sebenar nahas. Difahamkan, DCA sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau sebelum itu meninjau proses membawa pulang jenazah juruterbang, Allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali ke kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan di Hospital Sibu semalam. Hadir sama Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Nardin Awang dan Pengarah Sabah Air Aviation, Ibrahim Okk Mohd Laiman Diki.
Dalam kejadian jam 1.50 petang kelmarin, helikopter yang dipandu Sahaimi yang juga bekas juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Dataran Sibu ketika baru berlepas menuju ke pangkalannya di Lapangan Terbang Sibu. Ketika kejadian, helikopter terbabit baru saja menurunkan seorang pegawai dan dua pengaeal pengiring Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum itu menghadiri Majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Kanowit dan Sarikei. Difahamkan pesawat itu terhempas dari ketinggian tiga meter sebelum terbalik akibat angin kencang, menyebabkan juruterbangnya mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat pelanggaran yang kuat. Shafie turut mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan nahas itu, termasuk menjadikannya gimik ceramah pilihan raya kerana boleh menganggu proses siasatan. "Kita terima maklumat ada pihak sudah menggunakan kes ini dalam ceramah dan kempen pilihan raya mereka malam tadi (semalam). Perbuatan ini hatus dihentikan segera kerana boleh.menombulkan spekulasi di kalangan orang ramai. "Ini dikhuatiri menganggu proses siasatan kita. Isu ini amat sensitif dan kita perlu memahami kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga mangsa," katanya. Ditanya bila proses siasatan akan selesai, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada DCA sebagai agensi bertanggungjawab. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan