Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Semarakkan Anugerah Agro Remaja

Posted:

Semarakkan Anugerah Agro Remaja

Semarakkan Anugerah Agro Remaja

Oleh RIZANIZAM ABD. HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


salah seorang wakil Skill-Tech (tengah) menunjukkan jem nanas yang sudah siap kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin.


JASIN 3 April - Lima tahun lalu, kerajaan mengumumkan sebanyak 90,000 pelajar sekolah menengah harian berpeluang mengikuti pengajian kemahiran vokasional menjelang tahun ini.

Ia berikutan langkah kerajaan ketika itu yang menyenaraikan mata pelajaran vokasional (MPV) dalam projek berimpak tinggi di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

MPV bertujuan membekalkan kemahiran vokasional kepada pelajar yang cenderung kepada ketukangan tangan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam usaha menarik minat pelajar yang kurang meminati pelajaran berbentuk akademik.

Turut tidak terkecuali ke arah usaha itu, akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama institusi kemahiran swasta, Institut Skill-Tech (Skill-Tech) menganjurkan program Anugerah Agro Remaja@Sekolah yang mendapat penyertaan lebih 100 buah sekolah menengah seluruh negara biarpun baru pertama kali diperkenalkan tahun ini.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 15 sekolah telah disenarai pendek untuk dilawati sebelum ke peringkat akhir anugerah tersebut yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

Antara sekolah tersenarai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ) di Jalan Bunga Tanjung, Taman Maju di sini melalui penghasilan produk mereka, jus nanas dengan jenama D' Just Seen.

Produk tersebut dihasilkan oleh empat pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV Pemprosesan Makanan diketuai Nur Azura Senin serta tiga rakannya, Fadzly Idham Rahim, Muhammad Adib Suhaidi dan Intan Najihah Abdul Kadir.

Menurut guru pembimbing mereka, Zainah Ismail, program seperti Anugerah Agro Remaja@Sekolah banyak membantu membina keyakinan diri terutamanya di kalangan pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana lemah dalam akademik.

"Pelajar-pelajar ini selalunya kurang yakin pada diri sendiri, tetapi program kemahiran sebegini telah memupuk minat mereka dan secara perlahan-lahan, mereka yakin.

"Perkembangan positif ini mungkin kesan daripada kerja berkumpulan yang memerlukan mereka berinteraksi sesama sendiri selain minat pada bidang kemahiran yang dipelajari," katanya di sini, baru-baru ini.

Anugerah Agro Remaja@Sekolah menyediakan empat kategori iaitu landskap, pemprosesan makanan, ternakan atau perikanan dan tanaman dengan tempat pertama setiap kategori menerima wang tunai RM2,000.

Tempat kedua menerima RM1,500 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000 manakala wang tunai berjumlah RM10,000 serta piala iringan diberi kepada pemenang keseluruhan anugerah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro

Posted:

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil Skill-Tech mengenai kepentingan penglibatan pelajar dalam bidang pertanian pada Road Show Anugerah Agro Remaja@Sekolah di Melaka, baru-baru ini.


JASIN 3 April - Anugerah Agro Remaja@Sekolah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah terpilih dalam bidang pertanian banyak membantu membina keyakinan diri pelajar yang lebih cenderung kepada bidang kemahiran.

Bagi empat pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ) di sini, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka apabila sekolah itu tersenarai antara 15 sekolah seluruh negara yang layak ke peringkat akhir program tersebut akhir bulan ini.

Mereka yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV) Pemprosesan Makanan iaitu Nur Azura Senin, Fadzly Idham Rahim, Muhammad Adib Suhaidi dan Intan Najihah Abdul Kadir menimba pengalaman amat berharga apabila terpilih menyertai program tersebut.

"Bagi kami, program sebegini amat membantu membina keyakinan diri dan satu pengiktirafan kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik," kata Nur Azura ketika ditemui di sekolah tersebut di sini, baru-baru ini.

Nur Azura mengetuai kumpulan pelajar tersebut untuk membuat pembentangan projek menghasilkan jem nanas D' Just Seen di hadapan para juri anugerah tersebut.

Menurut Muhammad Adib pula, pertandingan itu merapatkan lagi hubungan antara pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa.

"Melalui program ini, ia dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, prihatin, bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

"Kini baru saya tahu pertanian bukan sahaja industri belakang rumah, tetapi ramai yang telah memperoleh pendapatan lumayan jika bersungguh-sungguh dan mendapat bimbingan yang betul," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban

Posted:

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban


pasangan pengantin Shahazizul Mat Johar dan Norheleyna Ramley mengetengahkan konsep 1Malaysia pada majlis perkahwinan mereka di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, semalam.


SEREMBAN 3 April — Satu majlis perkahwinan 1Malaysia diadakan di sini hari ini yang diserikan dengan permainan caklempong, tarian akrobatik singa dan tarian India.

"Saya mahu sahut seruan Perdana Menteri. Kita nak terapkan konsep 1Malaysia. Biar semua orang terutama penduduk negara ini tahu mengenai budaya masing-masing," kata pesara tentera, Ramley Abdullah.

Beliau mahu mengenang majlis perkahwinan anak perempuannya Norheleyna, 22, dengan pasangannya Shahazizul Mat Johar, 25, yang dihadiri kira-kira 500 orang jemputan pelbagai kaum sebagai Perkahwinan 1Malaysia.

Majlis diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Ketibaan pasangan pengantin tidak disambut dengan paluan kompang, sebaliknya dengan pukulan gendang dan alunan muzik caklempong sebelum disambut dengan tarian dua ekor singa.

Ketika menuju ke pelamin pula, pasangan pengantin disambut dengan persembahan silat dan tarian India.

Tetamu pelbagai kaum turut berpeluang menepung tawar pasangan pengantin. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan