Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Peranan Mubarak masih relevan

Posted:

Peranan Mubarak masih relevan

Peranan Mubarak masih relevan

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 April - Peranan ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) masih relevan dan berguna untuk membantu kepimpinan negara dalam membentuk dan membawa Malaysia menjadi maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebagai bekas wakil rakyat, ahli Mubarak masih dianggap sebagai pemimpin dan dihormati rakyat malahan mereka juga tahu apa sahaja keperluan dan masalah yang perlu ditangani di kawasan itu.

Justeru katanya, pengalaman yang ada di kalangan bekas wakil rakyat sudah tentu dapat membantu pemimpin sekarang menangkis apa juga isu yang ditimbulkan pembangkang.

''Negara kita amat unik kerana mempunyai kepimpinan daripada banyak saf tidak kira sekarang atau terdahulu yang menyebabkan kita mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam menuju matlamat menjadi negara maju.

''Meskipun tidak lagi berkhidmat, ahli Mubarak masih boleh memainkan peranan yang begitu penting melalui pengalaman - pengalaman mereka terdahulu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Pulau Pinang Ke-10 di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, adalah wajar jika pengalaman bekas wakil rakyat tersebut digunakan untuk faedah bersama.

Hadir sama Yang Dipertua Mubarak Pulau Pinang, Datuk Ong Hean Tee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM1.5 juta biasiswa untuk anak Perak

Posted:

RM1.5 juta biasiswa untuk anak Perak

RM1.5 juta biasiswa untuk anak Perak


Dr. Zambry Abd Kadir menerima replika cek biasiswa program asasi 1 Malaysia dari S. Veerasingan (tiga dari kanan) di Ipoh, kelmarin.


IPOH 3 April - Universiti Antarabangsa Premier Perak (Piup) akan membina kampus barunya di kawasan 100 hektar di Gua Tempurung di sini tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, reka bentuk kampus itu sedang disiapkan.

Beliau berkata, pembukaan kampus itu akan memberi peluang kepada pelajar anak negeri itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, farmasi, pentadbiran perniagaan dan sains komputer.

"Universiti baru ini membuktikan usaha kerajaan negeri dalam menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan berteraskan ilmu pengetahuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sumbangan Biasiswa, Program Asasi 1 Malaysia oleh Puip kepada kerajaan negeri di sini, semalam.

Majlis penyerahan replika cek biasiswa dilakukan oleh Penasihat Menteri Besar, Datuk S. Veerasingan yang mewakili universiti berkenaan kepada Dr. Zambry.

Biasiswa bernilai RM1.5 juta itu diberikan kepada 150 anak negeri itu yang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Puip kini beroperasi di sebuah bangunan di Jalan Kampar di sini.

Zambry berkata, sebuah jawatankuasa pemilihan ditubuhkan untuk membuat penilaian terhadap pelajar yang memohon biasiswa tersebut.

"Pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini boleh memohon masuk bagi pengambilan sesi April dan Mei ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gajah liar musnahkan beratus pokok pisang

Posted:

Gajah liar musnahkan beratus pokok pisang

Gajah liar musnahkan beratus pokok pisang

SUNGAI SIPUT 3 April - Kehadiran sekumpulan gajah liar di Kampung Jalong, di sini, sejak seminggu lalu meresahkan penduduk apabila sebahagian besar tanaman mereka musnah sehingga terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit angkara haiwan tersebut.

Difahamkan gajah-gajah liar berkenaan keluar pada waktu malam dari hutan berhampiran dan masuk ke kebun penduduk untuk mencari makanan hingga menyebabkan pokok pisang dan tanaman lain menjadi mangsa.

Kehadiran binatang liar itu bukan sahaja menyebabkan hasil tanaman musnah malah membimbangkan penduduk kerana dikhuatiri terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan.

Seorang penduduk, Abu Kassim Talib, 58, berkata, dia mula menyedari haiwan berkenaan menceroboh kebun penduduk apabila melihat banyak pokok pisang tumbang.

Katanya, kira-kira 300 batang pokok pisang di kebunnya turut musnah dan menyebabkan dia tidak berani lagi ke kebun kerana takut terserempak dengan kawanan haiwan tersebut.

"Perkara ini sudah berlarutan sejak seminggu lalu dan boleh dikatakan kumpulan gajah ini datang pada setiap malam.

"Berdasarkan kesan dan tapak kaki yang ditemui, kita anggarkan sebanyak 11 ekor gajah sudah masuk ke kebun penduduk," katanya.

Sementara itu, Shafie Abdullah, 53, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 akibat kemusnahan kebun pisangnya berikutan pencerobohan kumpulan gajah liar itu..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan