Berita Harian: Mutakhir |
Malaysia yakin terus dapat visa lawatan percuma ke Britain Posted: 04 Apr 2011 03:06 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Malaysia yakin bahawa warganegaranya kecuali penuntut, yang melawat Britain akan terus menikmati visa lawatan percuma ke negara itu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini berdasarkan daripada langkah proaktif yang diambil Kuala Lumpur sejak setahun lalu berhubung isu visa dan juga berdasarkan kepada hubungan yang kukuh dengan Britain. Bercakap kepada pemberita dengan Menteri di Pejabat Luar dan Komanwel Britain, Jeremy Browne, selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dua hala berhubung kerjasama dalam bidang Imigresen, Hishammuddin berkata melalui MoU itu ia mengukuhkan lagi keyakinan antara kedua buah negara berhubung isu itu. "Satu bidang yang kami dapat sahkan ialah isu visa. Seperti yang anda tahu tiada keperluan bagi Malaysia untuk mempunyai visa, yang menjadi satu isu sebelum ini. Saya berpendapat ia berdasarkan kepada hubungan akrab dan proses pembinaan antara (kedua buah) negara dan agensi berkaitan."Ia adalah perkembangan yang menarik. Dan majlis menandatangani MoU ini akan mengukuhkan lagi urusan itu dengan lebih baik. "Jadi isu seperti penarikan balik visa untuk warganegara Malaysia yang mempunyai anak di United Kingdom dan semua itu tidak akan timbul lagi dan saya berharap pada masa depan, itupun kalau rakyat Malaysia yang pergi ke UK menjaga kelakuan mereka," katanya. Pada majlis itu, Malaysia diwakili Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dan Britain oleh Browne.
Setakat Januari tahun lalu, laporan menyebut terdapat kira-kira 20,000 rakyat Malaysia tinggal melebihi tempoh di Britain. "Jadi, isu visa ke UK...kalau dulu jadi satu isu sama ada kemungkinan ditarik balik, tapi jelas hari ini hubungan kita sejak setahun lalu telah meyakinkan kerajaan UK bahawa rakyat Malaysia masih (layak menikmati) visa percuma untuk melawat UK. "Tetapi jelas dengan persefahaman seperti ini (MoU), ia akan mengurangkan kekhuatiran yang ada di kalangan ibu bapa rakyat Malaysia," katanya. Hishammuddin berkata, Kuala Lumpur berharap untuk menandatangani perjanjian keselamatan dengan London semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Britain yang dijadualkan pada Julai dan dengan itu menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi rakyat Malaysia yang tinggal secara haram di Britain. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Surirumah cederakan madu dipenjara dua tahun Posted: 04 Apr 2011 03:00 AM PDT Mutakhir ALOR SETAR: Seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan madu dan anak tirinya pada Januari lalu, dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Mohd Sabri Ismail, memerintahkan Nor Azmah Shaari, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap 8 Januari lalu, sehari selepas kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Baru, tepi Sekolah Alor Biak, Jitra. Nor Azmah dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Aminah Hanapi, 50, menggunakan sebilah parang. Dia juga mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anak Siti Aminah, Nurul Syuhada Saad, 16, menggunakan sebilah parang.Rozita Mohamad dari Jabatan Bantuan Guaman Kedah, yang mewakili Nor Azmah, merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan tertuduh membuat pengakuan bersalah selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mempunyai seorang anak kecil berusia 11 bulan. Rozita berkata, tertuduh mengalami tekanan perasaan dan gangguan kerana masalah rumah tangga. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rizal Fadzil, pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan membabitkan penggunaan senjata adalah serius. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan