Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Perlu berubah

Posted:

Perlu berubah

Perlu berubah

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
sarawakutusan@utusan.com.my

MIRI 17 April - Masa depan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti tertua di negeri ini yang kalah teruk pada pilihan raya negeri semalam terletak pada bahu pemimpin muda.

Presidennya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang turut kecundang dalam pilihan raya itu justeru berkata, kira-kira 300 pemimpin muda telah dikenal pasti untuk meneruskan perjuangan parti berkenaan.

"Kita harus berubah dan tidak lagi bergantung pada sentimen dahulu dan kita kini berharap pada 300 orang muda yang telah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi Dewan Suarah Miri, di sini malam tadi.

Walaupun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dan partinya pula mengalami kekalahan teruk apabila sekadar menang enam daripada 19 kerusi ditandingi, Hong Nam membuktikan dirinya pemimpin berjiwa besar apabila menghadiri majlis pengumuman keputusan.

Beliau juga dilihat bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada calon muda DAP yang berjaya menewaskannya, Ling Sie Kiong.

Mengulas kekalahannya kepada Sie Kiong dengan majoriti 1,582 undi, Hong Nam yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, hati kecilnya sudah berdetik ia bakal berlaku.

Beliau akur dengan keputusan pengundi dan akan mengharunginya dengan tabah walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan.

"Nampaknya masyarakat Cina tidak gembira dan mereka fikir apa yang kerajaan lakukan selama ini tidak mencukupi," katanya yang telah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya dua wakil Cina dalam kerajaan negeri

Posted:

Hanya dua wakil Cina dalam kerajaan negeri

Hanya dua wakil Cina dalam kerajaan negeri

SIBU 17 April – Prestasi teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 semalam mencetuskan keadaan di mana masyarakat Cina hanya mempunyai dua wakil dalam kerajaan negeri.

Diandaikan kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan kuota Cina, Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Wong Soon Koh kemungkinan mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Menteri daripada presiden parti Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, yang tewas di kerusi Piasau.

Wong, merupakan menteri dalam Kabinet negeri yang lepas, memenangi kerusi Bawang Assan, adalah lebih senior antara dua pemimpin SUPP yang berjaya itu.

Seorang lagi pemimpin itu ialah Datuk Lee Kim Shim, yang berjaya memenangi kerusi Senadin, kemungkinan dilantik menteri penuh.

SUPP mempunyai dua menteri dan empat menteri muda dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Jika kuota itu dikekalkan, empat lagi calon SUPP yang menang dalam pilihan raya negeri akan dilantik menteri muda.

Tetapi keempat-empat mereka ialah Bumiputera: Ranum Mina di Opar, Dr. Jerip Susil di Bengoh, Dr. Johnical Rayong di Engkilili dan Datuk Francis Harden Hollis di Simanggang.

Bagaimana pula dengan perubahan dalam parti? Topik ini banyak dibincangkan oleh pemimpin SUPP termasuk Hong Nam, yang bukannya presiden SUPP yang pertama ditewaskan oleh DAP.

Ketuanya sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. Wong Soon Kai ditumpaskan oleh Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng di Bukit Assek pada 1996.

Dr. Hong Nam rapat dengan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berikutan anak lelaki Taib berkahwin dengan anak perempuannya.

Ini menjadikan beliau sasaran pembangkang, khususnya DAP, untuk mengeksplotasi sentimen anti-Taib di kawasan bandar majoriti Cina. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan