Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RM2.4j bangunkan modal insan

Posted:

RM2.4j bangunkan modal insan

RM2.4j bangunkan modal insan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Tiong Lai (tengah) menyediakan teh tarik sambil diperhatikan oleh Jebasingam Issace John (dua dari kanan) dan Devamani (kanan) ketika melawat gerai pada majlis perasmian Fasa 1 Empower Bentong dan Fasa 2 di Bentong, semalam.


BENTONG 17 April - Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi Projek Empower fasa kedua di Temerloh dan Kuala Lipis, menerusi program Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, projek fasa pertama yang dilaksanakan di Bentong tahun lalu membuahkan hasil apabila berjaya meningkatkan sosioekonomi penduduk miskin daerah itu.

Katanya, Projek Empower bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul akademik, keusahawanan dan kemahiran.

''Modul akademik yang dilaksanakan itu berjaya membantu ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM).

''Modul keusahawanan dan latihan kemahiran berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan seperti mengambil tempahan di rumah, membaiki telefon bimbit dan komputer," katanya kepada pemberita pada majlis penyempurnaan Fasa 1 Empower Bentong dan Fasa 2 Pahang di Bentong, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Timbalan Menteri dii Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamani.

Menurut Adnan, bagi fasa kedua, Projek Empower melibatkan 2,700 penduduk Bentong, Temerloh dan Kuala Lipis serta ia akan diperluaskan ke Cameron Highland dan seluruh Pahang secara berperingkat.

Tambah beliau, bagi fasa pertama yang merupakan projek perintis bermula April 2011, ia melibatkan 1,000 penduduk Bentong terdiri daripada pelajar, penganggur, lepasan sekolah, siswazah, ibu dan bapa tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

''RM4.1 juta dibelanjakan bagi menjayakan projek fasa 1 program itu yang diadakan 10 bulan dan ia memberi pendapatan tetap antara RM1,000 hingga RM1,500 kepada setiap peserta," jelasnya.

Menurut Adnan, ECERDC melantik Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan bagi program Latihan Kemahiran Keusahawan.

''Sebenarnya projek ini adalah untuk membantu penduduk kaum India di daerah ini yang masih ketinggalan, tetapi ia turut melibatkan Cina, Melayu dan kaum lain.

''Seramai 400 pelajar dari 12 sekolah yang menyertai Projek Empower bagi program akademik selama enam bulan untuk UPSR, PMR dan SPM memperoleh kelulusan 100 peratus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ikan patin liar diakui mahal

Posted:

Ikan patin liar diakui mahal

Ikan patin liar diakui mahal

JERANTUT 17 April - Harga ikan patin liar diakui mahal di pasaran berikutan spesies berkenaan sukar diperolehi selain rasanya yang enak.

Perkara itu diakui seorang nelayan Sungai Tembeling, Adenan Nipah, 55, yang menjadikan kerja-kerja menangkap ikan air tawar sebagai sumber pendapatannya sejak 35 tahun lalu.

Menurutnya, ikan patin merupakan antara spesies paling laris di pasaran pada masa kini.

''Kebiasaannya, saya menjual ikan patin muncung dan patin buah dengan harga antara RM100 hingga RM120 sekilogram, malah boleh mencecah hingga RM150 sekilogram berdasarkan permintaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Pagi, dekat sini baru-baru ini.

Adenan mengulas laporan akhbar baru-baru ini berhubung sekumpulan pelanggan yang dikenakan bayaran RM13,000 bagi hidangan ikan patin ketika makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Temerloh, baru-baru ini.

Adenan yang mempunyai permit menangkap ikan air tawar daripada Jabatan Perikanan berkata, kadangkala pelanggan menganggap penjual ikan patin sengaja menaikkan harga untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesukaran menangkap spesies berkenaan.

Jelasnya, kelazatan ikan patin sungai berbeza dengan spesies yang diternak di kolam dan sangkar sehingga ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha restoran, hotel dan chalet di Taman Negara dan bandar Jerantut.

''Jika nelayan sungai di sini menjual RM120 sekilogram, bermakna pengusaha restoran atau hotel perlu menjual dengan kadar melebihi harga belian.

''Kami dan pengusaha restoran bukan berniat untuk mengaut keuntungan, tetapi pelanggan perlu memahami yang spesies ini memang mahal dan berkualiti," jelasnya.

Seorang penduduk, Mohammad Razman Sidek, 36, berkata, dia pernah terperangkap dengan harga ikan patin sungai yang dimasak tempoyak ketika makan tengah hari bersama keluarganya di sebuah restoran bandar ini.

''Setelah dikira kembali memang munasabah saya kena bayar RM350 untuk hidangan seramai lapan ahli keluarga kami dengan kadar antara RM35 hingga RM40 seketul ikan patin," katanya.

Sehubungan itu, dia menyarankan setiap pelanggan perlu bertanya terlebih dahulu harga ikan patin sungai sebelum memesan masakan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lynas bukan loji nuklear - MB

Posted:

Lynas bukan loji nuklear - MB

Lynas bukan loji nuklear - MB

KUANTAN 17 April - Kerajaan Pahang menegaskan bahawa projek pembinaan kilang memproses bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. (Lynas) dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di sini bukan pembinaan loji nuklear.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, isu pembinaan projek itu digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sehingga penduduk merasakan kehidupan mereka terancam.

"Saya sendiri bersama dengan semua anggota Exco kerajaan negeri mendengar penerangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan pakar tenaga atom yang diketuai oleh Ketua Pengarah LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.

"Dalam pertemuan itu mereka menyatakan bahawa loji berkenaan tidak memudaratkan alam sekitar dan kesihatan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan