Jumaat, 8 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

Posted:

Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

KUALA LUMPUR 8 April – Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersenam semasa di penjara mendedahkan penipuan awal yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, semasa Anwar di penjara antara tahun 1998 sehingga 2004, Wan Azizah sering mendakwa suaminya itu tidak sihat dan mengalami masalah sakit belakang.

"Tetapi kali ini, dia mendakwa pula Anwar sering bersenam di penjara. Ini jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah berbohong satu ketika dahulu dan berbohong lagi kali ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar sering bersenam semasa di penjara sekali gus menafikan bahawa individu di dalam rakaman video seks itu adalah Anwar yang disifatkannya lebih sasa.

Azwanddin menambah, Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah tidak mempunyai hak untuk menafikan individu di dalam rakaman video seks itu ialah Anwar kerana hubungan kekeluargaan antara mereka.

Sebagai isteri dan anak kepada Anwar katanya, sudah semestinya Wan Azizah dan Nurul Izzah akan mempertahankan Anwar biar betapa buruk sekali pun pendedahan berkait dengan Penasihat PKR itu.

"Sebaik-baiknya Wan Azizah dan Nurul Izzah bersetuju supaya suruhanjaya diraja yang dibarisi oleh mereka yang bebas ditubuhkan bagi menyiasat keseluruhan aspek mengenai rakaman video seks itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Parti politik jangan campuri urusan kakitangan awam

Posted:

Parti politik jangan campuri urusan kakitangan awam

Parti politik jangan campuri urusan kakitangan awam


Omar Osman (duduk, tengah) dan Ibrahim Ahmad (duduk dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar meminta penjelasan SPRM berhubung isu yang melanda kakitangan kastam di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, semalam.


PETALING JAYA 8 April – Parti-parti politik digesa tidak menangguk di air keruh dalam beberapa isu yang melanda kastam termasuk kematian pegawai jabatan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kelmarin.

Ketegasan itu disuarakan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ahli politik tidak sepatutnya mencampuri urusan kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab kongres itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan JKDM, bukan membantu menaikkan semangat.

"Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan JKDM," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Ketegasan Omar itu mendapat tepukan gemuruh lebih 50 pegawai kastam yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pegawai JKDM, Ibrahim Ahmad berkata, hasil mesyuarat dengan CUEPACS dan Pekasa petang ini, ketiga-tiga pihak mencapai tiga rumusan.

"Pertamanya, kami akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan suntikan semangat bagi menaikkan semula martabat JKDM.

"Dalam pertemuan itu juga, kami akan berbincang mengenai skim gaji yang diterima kakitangan JKDM yang dilihat terlalu rendah," ujarnya.

Menurutnya, rumusan kedua pula ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 April ini di Putrajaya bagi meminta suruhanjaya tersebut membersihkan nama JKDM yang dikatakan terlibat dalam rasuah sebanyak RM108.5 bilion.

Bagi rumusan ketiga, jelasnya, Kesatuan Pegawai JKDM, Pekasa dan CUEPACS mahu media memperbetulkan bahawa kakitangan JKDM terlibat dengan rasuah sebanyak itu.

"Ini kerana jumlah RM108.5 bilion itu menjadi satu trauma bagi warga JKDM ketika ini dan ia perlu dipulihkan bagi menaikkan semula semangat kerja kakitangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan