Malaysiakini :: Berita |
TPM: Kenapa 'ubah' kalau boleh 'transformasi' Posted: 08 Apr 2011 06:26 PM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Pakatan Rakyat yang didakwa menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya.
Sedangkan, kata beliau, BN tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat. "Barisan Nasional yang melihat masa depan negara dalam perspektif yang lebih luas mahukan transformasi agar Malaysia dan Sarawak terus berkembang dan maju," katanya pada majlis makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 1,000 orang di Sibu, malam semalam. Pakatan Rakyat, semalam mengumumkan manifesto bertemakan "Jom Ubah Sarawak" yang menggariskan 10 dasar secara serentak di Sibu dan Kuching.
(Lim) Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana... nak berniaga pun susah. Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan semuanya," kata Muhyiddin. Turut dibidasnya adalah manifesto Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu termasuk memberi elaun kepada ibu-ibu tunggal, caruman takaful RM2,500 untuk warga emas dan memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran universiti.
"Semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong! Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah. "Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru penduduk di Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat.
"Program-program transfromasi ini mencakupi semua bidang dan ia adalah jauh lebih besar daripada perubahan yang diuar-uarkan pihak pembangkang yang bertanding di Sarawak," katanya. |
Presiden PPMM jawab bidasan mufti Perlis Posted: 08 Apr 2011 05:37 AM PDT Mufti Perlis Dr Juanda Jaya perlu memahami Undang-undang Keterangan Islam dan Tatacara Prosedur Jenayah Mahkamah Syariah untuk membezakan penerimaan bahan bukti dan sabitan sesuatu kesalahan, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar. Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang membidas kenyataannya Rabu lalu, bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah. "Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya telah ditanya oleh seorang wartawan Utusan Malaysia "adakah rakaman video boleh diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah Syariah?" "Saya ditanya atas kapasiti sebagai presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan pengamal undang undang syariah. Menurutnya, di mahkamah syariah bayyinah telah digunapakai secara meluas, termasuk rakaman video gambar dan dokumen lain. Ia juga tidak terhad kepada kes-kes mal, malah kes jenayah juga. Pandangan ulama seperti Ibn Farhun dan Ibn Jawziyah juga, tambah Zainul Rijal, agak jelas dalam hal bayyinah. "Jadi apabila ditanya sedemikian, saya mengatakan rakaman video boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia merupakan bayyinah dan qarinah. "Saya tidak sekali-kali mengatakan hanya dengan rakaman video tersebut yang merupakan bayyinah, sabitan terhadap kesalahan zina boleh dibuat. Penerimaan bahan bukti dan sabitan di mahkamah adalah dua perkara yang berlainan. "Saya menganjurkan Dr Juanda memahami undang-undang keterangan Islam dan tatacara prosedur jenayah mahkamah syariah bagi membezakan penerimaan bahan bukti dan sabitan sesuatu kesalahan. "Malah dalam undang-undang jenayah syariah juga, sekiranya sesuatu kesalahan hudud itu tidak dapat dibuktikan mengikut prinsip pembuktian yang ketat bagi kesalahan hudud, hakim boleh menjatuhkan hukuman taazir dengan menggunakan bahan bukti bayyinah," tambahnya. Di mahkamah syariah, kata Zainul Rijal lagi, sekiranya sesuatu bukti itu diterima sebagai bayyinah, tidak semesti sabitan boleh dilakukan. "Sebagai contoh seorang yang telah membuat laporan polis bahawa dia telah didera. Laporan polis tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti (bayyinah) tetapi dengan laporan polis sahaja tidak mungkin sabitan fasakh umpamanya boleh dibuat. "Prinsip-prinsip ini semuanya telah jelas di dalam undang-undang Islam. Dr Juanda perlu memahami sepenuhnya apa yang saya katakan dan tidak terlalu pantas menghukum sebagai menyeleweng dari Islam. "Neraca yang digunakan adalah perundangan Islam yang berkuatkuasa di negara ini bukan berdasarkan emosi," tambahnya. Zainul Rijal berkata, sekiranya Dr Juanda masih berpendapat bahawa bayyinah seperti ini masih lagi menyeleweng dari prinsip Islam, "saya sarankan kesemua peruntukan di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Perlis dikaji semula kerana penyelewengan tersebut. "Negeri Perlis juga menggunapakai peruntukan yang sama. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk kesemua pihak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah khususnya Surah al-Hujuraat ayat 6," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan