Utusan Online - Politik |
Timbalan Presiden PBB dicabar PKR Posted: Timbalan Presiden PBB dicabar PKROleh MUHAMAD ZAID ADNAN
KUCHING 6 April - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu membabitkan Timbalan Presiden Parti Pesaka Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun timbul ura-ura beberapa nama dari calon Bebas untuk turut mencabar kerusi itu namun hanya Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak, Ahmad Nazib Johari,35, tampil di pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang pagi ini. Abang Johari yang bertanding buat kali kelapan bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak 1981 itu mula mengemukakan borang pencalonannya pada pukul 9.03 pagi diikuti calon PKR pada pukul 9.07 pagi. Bagaimanapun, Pegawai Pengurus pilihan raya DUN Satok, Onn Abdullah mengumumkan pihaknya menerima tiga bantahan daripada calon yang bertanding dan kesemuanya ditolak selepas proses bantahan tamat pada pukul 11 pagi. Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang kesembilan, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar memenangi kerusi DUN Satok dengan majoriti 2,798 undi mengalahkan pesaingnya yang juga merupakan seorang calon muda. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Abang Johari berkata, taktik PKR meletakkan calon muda daripada AMK Sarawak bukannya perkara baru bagi beliau. Katanya, beliau pernah berhadapan dengan PKR sebanyak tiga kali dan keputusannya tetap berpihak kepada BN. ''Dan saya yakin bahawa pada pilihan raya kali ini pengundi di Satok akan tetap bersama BN kerana mereka tahu prestasi yang telah kita laksanakan berbanding PKR," katanya di sini hari ini. | ||
Posted: Dominique Ng curi tumpuanKUCHING 6 April - Calon Bebas, Dominique Ng Kim Ho mencuri tumpuan pada proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan apabila tiba ke Pusat Penamaan Calon Berkelompok di Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diiringi oleh kira-kira 30 penyokongnya. Kehadiran kumpulan itu pada pukul 9.20 pagi di MBKS dengan membawa sepanduk memaparkan gambar Dominique serta simbol bunga raya, membuatkan para wartawan dan jurugambar berebut mendapatkan tempat terbaik bagi merakamkan perarakan tersebut. Selain itu, kehadiran mereka yang sedikit lewat, iaitu selepas kesemua calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan seorang lagi calon Bebas bagi DUN Padungan, Pending dan Batu Lintang diejek dengan sorakan 'bo yong' yang membawa maksud 'tidak berguna' dalam bahasa Mandarin. Ejekan itu dilakukan oleh kira-kira 400 penyokong PKR dan DAP yang tiba ke pusat berkenaan sejak awal lagi. Selain 'kelewatan' itu, Dominique juga menjadi perhatian apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa membuat pengumuman pengesahan calon bertanding bagi DUN Padungan kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari, sedangkan pengumuman sama dibuat sejam lebih awal bagi DUN Pending dan Batu Lintang. Ia berikutan bantahan yang dibuat oleh wakil DAP terhadap pendaftaran nama 'Dominique' dalam kertas undi kerana nama tersebut tidak tertera dalam kad pengenalan bekas Pengerusi PKR Sarawak itu. Dominique ketika ditemui pemberita selepas pengumuman itu memberitahu, bantahan oleh DAP agak mengejutkan kerana beliau telah menggunakan nama serupa dalam kertas undi ketika menjadi calon DAP sebanyak dua kali dalam siri pilihan raya negeri sebelum ini. "Saya lihat DAP telah menampar muka sendiri dengan bantahan itu (kerana pendaftaran 'Dominique' dibenarkan oleh SPR)," katanya. Kepada satu soalan, penyandang kerusi DUN Padungan itu yang mengumumkan keluar dari PKR sejak semalam, menasihatkan parti lamanya serta pakatan pembangkang supaya memilih calon yang lebih berkebolehan dan telus bagi mewakili mereka pada pilihan raya akan datang. "Tiada gunanya Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) melaungkan pelbagai slogan, calon yang dipilih haruslah benar-benar percaya terhadap apa yang mereka perjuangkan dan saya telah membuktikan integriti saya," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan