Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pegawai kastam ditemui mati

Posted:

Pegawai kastam ditemui mati

Pegawai kastam ditemui mati

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Mayat Ahmad Sarbani Mohamed dibawa keluar dari bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 April – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dalam aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain dalam Operasi 3B pada Jumaat lalu, ditemui mati terjatuh di bangunan Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, di sini hari ini.

Mayat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, Ahmad Sarbani ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini bagi membantu siasatan melibatkan Operasi 3B iaitu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pegawai JKDM terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada pukul 12.30 tengah hari, keesokan harinya.

"Pada pukul 8.26 pagi ini, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang motosikal.

"Sebaik sahaja tiba, beliau meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi membincangkan kes terhadapnya," kata Mustafar pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, disebabkan pengawai penyiasat yang ingin ditemui sedang bermesyuarat, maka Ahmad Sarbani menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi sebelum seorang pegawai lain datang berjumpa dan mengiringinya untuk menemui pegawai penyiasat berkenaan.

Beliau berkata, pengawai pengiring terbabit berada bersama Ahmad Sarbani dalam bilik pejabatnya di tingkat tiga, namun tidak lama kemudian meninggalkan mangsa bersendirian kerana mahu mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui oleh mangsa.

Selang beberapa minit, katanya, pegawai pengiring itu kembali ke pejabatnya dan mendapati Ahmad Sarbani sudah tiada di situ.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, antara pukul 10.15 dan 10.20 pagi, seorang pegawai terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini," katanya.

Beliau berkata, SPRM telah memaklumkan kejadian menimpa mangsa kepada keluarganya dan pihak pengurusan JKDM serta menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasukan khas siasat kematian Ahmad Sarbani

Posted:

Pasukan khas siasat kematian Ahmad Sarbani

Pasukan khas siasat kematian Ahmad Sarbani

KUALA LUMPUR 6 April - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pasukan khas itu diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk punca kejadian.

Beliau memberitahu, polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki ditemui terjatuh daripada bangunan pada pukul 10.42 pagi sebelum anggotanya tiba tujuh minit kemudian.

"Ketika itu, mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan mengalami kecederaan parah di kepala ditemui di gelanggang badminton aras satu bangunan berkenaan.

"Selepas pihak forensik polis dan jabatan patologi melakukan pemeriksaan awal, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR)," katanya ketika melawat lokasi kejadian di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, laporan rasmi mengenai kematian mangsa akan hanya diperoleh selepas Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melakukan bedah siasat.

"Jika terdapat kemungkinan lain dalam bedah siasat tersebut, polis sedia melakukan siasatan.

"Tapi ketika ini, kesemua pihak jangan timbulkan sebarang spekulasi, biarlah polis siasat dulu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan