Utusan Online - Politik |
Pulau Pinang bandar metropolis Posted: Pulau Pinang bandar metropolisOleh ZABRY MOHAMAD dan ABDUL MUIN SAPIDIN
BALIK PULAU 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan hasrat kerajaan Pusat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar metropolis baru yang bakal mengukuhkan lagi negeri ini sebagai hab pembangunan penting negara. Perdana Menteri berkata, satu makmal akan diwujudkan dengan kerjasama tiga badan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang akan membuat kajian mendalam bagi menjayakan projek tersebut. Menurut beliau, komitmen berkenaan menunjukkan kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang yang ditadbir pembangkang. "Kita tidak pinggirkan Pulau Pinang walaupun tidak lagi dikuasai Barisan Nasional (BN). "Kita lihat daripada perspektif nasional bahawa Pulau Pinang merupakan kawasan strategik dan ada keunikan serta kekuatan tersendiri di sebelah utara. "Pada masa ini, dua bandar yang mendapat status bandar metropolis adalah Johor Bahru dan Lembah Klang," katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Bersama Rakyat di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengakui pembangunan yang dilaksanakan itu hasil penat lelah mereka. Menyentuh mengenai isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri mengenai isu video itu. Perdana Menteri berkata, meskipun isu tersebut menimbulkan pelbagai persepsi namun rakyat mahukan kebenaran. "Saya tidak mahu komen, biarlah rakyat yang putuskan. "Saya hanya menyatakan bahawa kita hanya mahukan kebenaran, bukan persepsi," katanya. | ||
Tidak mustahil rampas semula P. Pinang - PM Posted: Tidak mustahil rampas semula P. Pinang - PMBALIK PULAU 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya hasrat Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang bukan sesuatu yang mustahil kerana rakyat di negeri itu dilihat mahukan perubahan. Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, semua komponen BN dari peringkat akar umbi perlu mempunyai semangat yang kental untuk berdepan apa juga cabaran kerana ia merupakan asas bagi mencapai sesuatu kejayaan. Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu tidak seharusnya mematahkan semangat jentera parti kerana ia adalah asam garam dalam politik. "Dalam lawatan saya hari ini, nampaknya ada angin perubahan, itu saya dapat rasa. "Walaupun kita telah kalah (pilihan raya umum lalu), kita tidak patut rasa kecewa, macam juga putaran roda kehidupan, ada masa di bawah, ada masa di atas," katanya. Beliau berucap pada majlis Jamuan Bersama Rakyat di Kampung Permatang Pasir yang dihadiri kira-kira 20,000 orang, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya. Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bermuafakat dan mengelak sebarang perselisihan. Pada sidang akhbar selepas itu, Najib turut menyentuh perkara sama dengan meminta angin perubahan yang dimahukan rakyat di negeri itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan. "Sekarang ini (perubahan) di peringkat sentimen dan semasa pilihan raya nanti, sokongan ini yang perlu diterjemahkan dalam bentuk undi. "Itu yang kita (jentera BN) perlu usahakan dari sekarang," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan