Sabtu, 2 April 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Rakyat mula yakin dasar, tindakan kerajaan: Najib

Posted: 02 Apr 2011 03:54 PM PDT

Nasional

NAJIB meluangkan masa bertemu  pemimpin serta masyarakat  di Flet Kampung  Melayu, Air Itam di kedai Nasi Kandar Kampung Melayu  ketika   membuat lawatan sehari di Pulau Pinang, semalam.

NAJIB meluangkan masa bertemu pemimpin serta masyarakat di Flet Kampung Melayu, Air Itam di kedai Nasi Kandar Kampung Melayu ketika membuat lawatan sehari di Pulau Pinang, semalam.

Hasil laporan Pelan Transformasi Kerajaan bukti pencapaian

BALIK PULAU: "Saya nampak rakyat kini lebih yakin dengan apa yang kerajaan lakukan," kata Datuk Seri Najib Razak sempena ulang tahun kedua sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Beliau berkata, pada peringkat awal, rakyat lebih mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada kerajaan melaksanakan tindakan dan sistem penyampaian terhadap apa yang dinyatakan. "Alhamdulillah dalam masa dua tahun ini menerusi pelbagai usaha nampaknya harapan rakyat kepada kerajaan dapat dipenuhi," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yaacop dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri berkata, penerimaan rakyat itu lebih jelas apabila kerajaan membentangkan hasil laporan Pelan Transformasi Kerajaan yang disokong dengan pandangan wakil luar negara, termasuk Transperancy International.

Beliau berkata, selain itu, Pelan Transformasi Ekonomi menerusi pengumuman pelbagai projek dan kejayaan memulihkan ekonomi negara secara mendadak dengan mencapai pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu juga meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
"Tidak ketinggalan juga dilaksanakan program dan projek yang menyentuh isi hati rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata, tidak ada majlis tertentu diadakan sempena ulang tahun kedua itu kecuali sambutan selepas 100 hari mengambil alih pentadbiran kerajaan dulu.

Mengenai ADUN Lenggeng, Mustafa Salim yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana kesalahan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor, Najib berkata:

"Beliau (Mustafa) masih boleh menjadi wakil rakyat sehingga proses rayuan tamat dan kerusinya tidak kosong lagi."

Sementara itu, Perdana Menteri membawa khabar gembira buat kira-kira 2,000 pengusaha teksi di bahagian pulau negeri ini apabila menyatakan komitmen untuk membantu mereka.

Dalam pertemuan ringkas dengan pengusaha teksi sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) Najib berjanji akan melihat memorandum diserahkan kepadanya oleh Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang.

Sementara itu, Najib mengumumkan kerajaan akan meningkatkan jumlah pelajar India di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selaras komitmennya memastikan golongan berkenaan dapat mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan.

"Saya akan bekerjasama dengan MIC serta parti mewakili masyarakat India dalam Barisan Nasional (BN) supaya mereka dapat pembelaan sewajarnya dan saya lihat peluang pendidikan perlu ditingkatkan.

"Kita akan cari jalan supaya dapat kita tambah jumlah pelajar India di universiti kerana jumlahnya tidak seimbang berbanding jumlah masyarakat India secara keseluruhannya," katanya ketika merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Kompleks Arena Sukan Antarabangsa (PISA), di sini.

Pada karnival itu, seramai 3,226 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang hilang kepercayaan terhadap parti mengisytiharkan keluar dari PKR di hadapan Perdana Menteri serta berikrar menyokong kepemimpinan Najib.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Pulau Pinang mahu BN kembali tadbir

Posted: 02 Apr 2011 03:53 PM PDT

Nasional

BALIK PULAU: Selepas tiga tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, rakyat Pulau Pinang kini mula menunjukkan sentimen untuk kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali negeri ini.

Perkembangan baru itu dinyatakan Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 15,000 rakyat Pulau Mutiara pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

"Saya tak tahu nak kata, tetapi ada angin mahukan perubahan... saya dapat rasa. Saya percaya kita (BN) boleh bangkit semula," katanya Perdana Menteri. Mengulas lanjut pada sidang media selepas itu, Najib berkata, oleh kerana perkara itu berdasarkan pandangan mata kasar, rakyat perlu menterjemahkan sentimen itu kepada sokongan dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang.

"Saya ingin melihat sentimen ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan dan kesudahan dalam bentuk undi apabila sampai pilihan raya dan itulah yang mesti diusahakan jentera BN," katanya.

Mengenai kajian kerusi Dewan Undangan Negeri yang boleh dirampas semula di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang, Perdana Menteri berkata: "Kita sudah buat macam-macam, dia (pakatan pembangkang) juga buat kajian, masing-masing buat kajian."

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata, walaupun BN kalah empat negeri pada pilihan raya umum lalu, beliau meminta pemimpin dan ahli BN negeri itu terus merapatkan barisan dan bermuafakat untuk merampas kembali tampuk pemerintahan daripada pembangkang.
"Apabila kita tiada kuasa, kita jangan patah semangat... begitu kecewa melalui mimpi ngeri pada 2008. Kita mesti bangun daripada mimpi ngeri dengan semangat baru, iltizam baru bahawa jika kita sudah berjaya dalam 11 pilihan raya umum lalu, cuma satu kecundang, mengapa tidak boleh kembali untuk menyambung semula menjadi pemerintah," katanya.

Perdana Menteri turut meminta pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak menimbulkan masalah dalam parti sehingga boleh menjejaskan perjuangan parti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan