Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kelebihan kanak-kanak di taska

Posted:

Kelebihan kanak-kanak di taska

Kelebihan kanak-kanak di taska

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian kanak-kanak bersedia untuk bersarapan pagi sambil diawasi oleh dua orang pengasuh di Taska Tiara Murni, Kuantan, baru-baru ini. – Utusan/khairatul ainal abdul karim


KUANTAN 18 April – Suatu ketika dahulu, hanya golongan bapa keluar bekerja mencari nafkah tetapi kini wanita juga memikul beban yang sama bagi menambah pendapatan keluarga.

Namun, timbul persoalan, jika ibu juga keluar bekerja, bagaimana dengan penjagaan anak-anak? Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan memantau aktiviti harian mereka?

Apakah meninggalkan anak-anak untuk dijaga oleh neneknya adalah sesuatu yang wajar? Atau adakah taman asuhan kanak-kanak atau ringkasnya taska merupakan alternatif terbaik?

Itu adalah dilema yang sering dihadapi oleh kebanyakan keluarga apabila ibu bapa bekerja.

Dengan senario masa kini yang menakutkan berikutan kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi, ibu bapa yang bekerja terus dihimpit dilema.

Segala-galanya terletak di tangan ibu bapa itu sendiri dalam mencorak dan memastikan keselamatan anak-anak.

Seorang pengusaha taska di Jalan Mat Kilau di sini, Norbaizura Ariffin, 50, menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak di bawah seliaan taska daripada menghantar anak ke rumah orang lain.

Ini kerana di taska, katanya, kanak-kanak dikawal rapi dari segi keselamatan dan pemakanan.

Di taska juga katanya, pemakanan kanak-kanak tersebut begitu dititikberatkan supaya mereka dapat membesar dengan sihat.

"Kanak-kanak akan diberi makanan berkhasiat seperti bijirin, roti, telur, sup sayur, daging, ayam, biskut dan bihun goreng.

"Di sini, kami sentiasa memastikan makanan yang dihidangkan kepada kanak-kanak mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan kalsium untuk keperluan tumbesaran mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Norbaizura yang mendapat sokongan kuat daripada suami, Akmal Yahya, 53, berkecimpung dalam bidang pengasuhan kanak-kanak hampir enam tahun lalu berkata, kanak-kanak juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Sebaik sahaja ibu bapa menghantar anak-anak, ujarnya, pengasuh telah bersiap-sedia dengan aktiviti menyeronokkan.

"Di taska, aktiviti dijalankan turut mengambil kira faktor umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri.

"Misalnya, bayi berusia tiga hingga 12 bulan akan melakukan aktiviti seperti mendengar muzik, menggenggam jari, sentuhan, main alat yang mengeluarkan bunyi atau tindak balas cermin.

"Kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun pula lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti mengenal warna, saiz, melukis, menghasilkan kraf tangan, menyanyi, berdrama dan menari," katanya.

Norbaizura berkata, aktiviti paling digemari kanak-kanak di taskanya ialah sesi bercerita dan lakonan.

Menerusi cerita dan lakonan yang disampaikan guru, katanya, kanak-kanak bukan sahaja terhibur malah mudah memahami apa yang hendak disampaikan dalam kisah tersebut.

"Kanak-kanak akan berasa gembira dan terhibur apabila permainan mereka diselitkan dengan pelbagai informasi dan pendidikan.

"Justeru, saya kurang bersetuju apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bermain kerana menganggap sesi bermain hanya merugikan dan membuang masa.

"Aktiviti ini juga merupakan salah satu persediaan diri kanak-kanak untuk menempuh alam remaja dan dewasa," ujar Norbaizura yang mengusahakan taska selain sebuah tadika dan pusat jagaan di sini.

Tambahnya, jika ibu bapa melihat anak-anak mereka bermain pasir, jangan cepat melenting tetapi seelok-eloknya memberitahu mereka bahawa pasir tidak elok untuk dijadikan alat mainan.

"Beritahu anak-anak, terdapat bermacam-macam benda dalam pasir, antaranya bakteria yang boleh mendatangkan penyakit," ujarnya.

Selain itu, Norbaizura memberitahu, gerak-geri kanak-kanak sering diawasi oleh pengasuh.

Di taskanya juga, kata beliau, kanak-kanak dilarang bermain di luar premis tanpa pemantauan pengasuh.

"Ancaman keselamatan seperti kemalangan, terjatuh dalam longkang atau bermain alatan tajam, bergaduh dengan rakan mungkin berlaku.

Namun, dengan kecekapan pengasuh terlatih di sini serta diiktiraf, ancaman keselamatan seumpama itu boleh dielakkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu selidik taska sebelum hantar anak

Posted:

Perlu selidik taska sebelum hantar anak

Perlu selidik taska sebelum hantar anak

KUANTAN 18 April - Ibu bapa perlu meneliti beberapa aspek penting sebelum menghantar anak ke taman asuhan kanak-kanak (taska) bagi jaminan keselamatan.

Taska yang 'hebat' dilengkapi perabot, permainan dan kelengkapan mewah atau pernah memenangi anugerah tidak boleh dijadikan ukuran dalam pemilihan tersebut.

Seorang kakitangan awam, Wan Norakmal Hayati Wan Salim, 36, berkata, setiap ibu bapa perlu menyelidik latar belakang dan kemampuan sesebuah taska.

Selain itu, katanya, ibu bapa perlu mendapatkan maklum balas daripada penjaga lain yang pernah menghantar anak mereka di taska berkenaan.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan pihak taska terhadap anak-anak saya," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang peniaga, Norhuda Ali, 57, berkata, banyak kebaikan yang diperoleh dengan menghantar anak-anak ke taska berbanding dijaga oleh orang lain di rumah.

"Di taska masa anak-anak dipenuhi dengan aktiviti yang sesuai dengan umur mereka mengikut jadual yang disediakan.

"Mereka berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan sekali gus meluaskan pandangan mereka selain dapat ramai kawan. Ia secara tidak langsung membantu meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak tersebut," katanya.

Rakannya, Rosni Sulong, 42, pula berkata, kanak-kanak diajar berdikari seperti menyimpan kasut mereka sendiri di rak disediakan dan meletakkan pinggan di sinki selepas makan.

"Ini menerapkan sifat bertanggungjawab dan meningkatkan disiplin mereka. Dari segi kerohanian pula, mereka diajar menghafal doa-doa harian, surah-surah pendek dan meningkatkan siasah diri.

"Saya memang menggalakkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak ke taska tetapi pastikan taska itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pinjaman tiga badan berkanun

Posted:

Pinjaman tiga badan berkanun

Pinjaman tiga badan berkanun

KUANTAN 18 April – Sebanyak tiga badan berkanun di negeri ini sedang dalam proses membuat pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan negeri mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ketiga-tiga badan berkanun itu adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang Berhad dan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).

"Kerajaan negeri tidak begitu ketat dalam meminta bayaran balik pinjaman daripada badan berkanun terbabit," katanya ketika menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurut Adnan, ini berikutan badan-badan berkanun tersebut terlibat dalam memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat.

"Jadi perkara pembayaran ini begitu tidak begitu ketat. Badan berkanun negeri dan kerajaan negeri seperti anak beranak," jelasnya.

Menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) beliau berkata, sebanyak 27 asrama harian sekolah rendah dan 10 asrama desa telah dibina di negeri ini.

Beliau memberitahu, asrama desa diwujudkan sekitar 1960 hingga 1980 untuk pelajar yang tinggal jauh di pedalaman kerana perhubungan yang sukar untuk ke sekolah setiap hari.

"Kesemua 50 pelajar yang tinggal di asrama itu dikecualikan daripada sebarang bayaran kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran melibatkan kos pengurusan dan penyediaan makanan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan