Malaysiakini :: Berita |
Dr M: Politik rasis DAP kini menular di S'wak Posted: 18 Apr 2011 04:28 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu. Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak. "Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP," tulisnya. "Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara." Pada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia. "Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah Posted: 18 Apr 2011 04:10 AM PDT Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan. Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk. Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul. Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya. Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan. "Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu. "Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat. "Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan