Utusan Online - Mahkamah |
Dua lelaki bebas tuduhan bunuh pemimpin MCA Posted: Dua lelaki bebas tuduhan bunuh pemimpin MCAALOR SETAR 17 April - Dua lelaki terselamat daripada tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan mereka daripada tuduhan membunuh Naib Pengerusi Pemuda MCA Padang Serai, Ching Eng Wah di Padang Serai, Kulim pada 17 Ogos 2007. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Abdul Nirwan Abdul Aziz, 31, dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Mohammad Zalmizi Hasim, 27, dari Bachok, Kelantan. Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Eng Wah, 40, dengan melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol pada pukul 8.40 pagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas, pekan Padang Serai, Kulim pada tarikh berkenaan. Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama iaitu hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Zakiah dalam penghakiman selepas kes pendakwaan memberitahu, pihak pendakwaan gagal memanggil dua saksi penting dalam kes tersebut yang dikenali sebagai Herman dan Jefri. "Jefri yang memberi maklumat tentang sepucuk pistol yang membawa penemuan pistol itu di sebuah rumah didiami Herman di Butterworth gagal dipanggil oleh pihak pendakwa. "Jadi pihak pendakwaan juga gagal buktikan bahawa pistol yang ditemui di rumah Herman itu pistol sama digunakan untuk menembak si mati. Oleh itu pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh," katanya. Selain itu, Zakiah turut mempersoalkan keterangan isteri si mati yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan memandangkan dia bukan saksi yang melihat kejadian. "Ketika kejadian saksi ini yang duduk di sebelah mangsa menunduk untuk mengambil barang di bawah kerusinya seterusnya terdengar bunyi letupan. "Walaupun isteri mangsa dapat mengecam pembunuh melalui kawat cam, namun ia hanya atas rasa syak yang kuat dan tidak boleh dijadikan keterangan atau bukti di mahkamah," katanya. Abdul Nirwan diwakili peguam Ai Cha Ran dan Mohammad Zalmizi pula diwakili Naran Singh. Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd. Nor. Dalam pada itu, kedua-dua tertuduh yang ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut. Menurut Abdul Nirwan, dia sangat merindui anak perempuannya yang terpisah sejak ditangkap pada Ogos 2008 dan akan mengadakan kenduri kesyukuran di rumah mereka. Mohamad Zalmizi pula akan pulang ke Bachok malam ini untuk menemui keluarganya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Pemandu jengkaut dihukum matiKUALA TERENGGANU 17 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemandu jengkaut selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita berusia 55 tahun, di Kemaman tiga tahun lalu. Hakim Datuk Abd. Rahim Uda membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut. Dalam penghakimannya, Abd. Rahim berkata, setelah diteliti keterangan daripada kedua-dua pihak dan saksi, tertuduh, Zulhisham Fadly Mohamad, 30 dari Kampung Gong Limau, didapati sengaja melakukan perbuatan itu dengan niat untuk membunuh. Katanya, jika tertuduh tidak berniat melakukannya, tertuduh sepatutnya menghantar mangsa yang cedera ke hospital. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan