Rabu, 13 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Meraikan Kem Tengku Mahkota

Posted:

Meraikan Kem Tengku Mahkota

Meraikan Kem Tengku Mahkota

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peserta pengakap sekolah yang menyertai program anjuran Pesekutuan Pengakap daerah Jengka, Pahang, baru-baru ini. – Utusan/Salehudin Mat Rasad


KUALA KRAU 13 April – Jambori Antarabangsa 30 Tahun Pengakap Jengka dan perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota di Bandar Jengka di sini selama lima hari melibatkan ahli pengakap dari seluruh negeri dan luar negara.

Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Pahang, Datuk Hamidin Abdullah berkata, program tersebut melibatkan ahli pengakap dari negara lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Menurut beliau, pemilihan Kem Tengku Mahkota sebagai menyambut ulang tahun tersebut amat bermakna kerana kem itu dirasmikan sendiri oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 1985.

"Pada 16 April ini, genap usia 30 tahun penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka yang mana tarikh tersebut berlaku penyerahan beberapa pasukan pengakap sekolah dari daerah Jerantut ke Jengka sebagai satu entiti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Urus Setia, Anuar Yusof berkata, pelbagai aktiviti pengakap disusun melibatkan ahli dari sekolah rendah, menengah, Kelana dan Pengakap Antarabangsa.

Jelasnya, selain itu, pengakap antarabangsa turut mengesahkan kehadiran mereka seperti Thailand menghantar 160 peserta. Indonesia (88), Singapura (12), Brunei (2) dan beberapa negara lain.

Katanya, bagi peserta dalam negara pula, kontinjen Terengganu menghantar peserta terbanyak iaitu 64 orang diikuti Kelantan dan Perak masing-masing 40 ahli; Melaka (15) dan Pulau Pinang (6).

''Antara aktiviti yang akan diadakan adalah penyampaian Tokoh Pengakap Jengka, Anugerah Kepemimpinan Pengakap Jengka, Anugerah Rambu Pengakap dan Pingat Perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota,'' katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Datuk Lias Mohd. Noor berkata, jambori tersebut membuktikan persaudaraan kemanusiaan sejagat merentasi sempadan negeri dan negara.

Katanya, semangat Pengakap yang menjadi amalan setiap ahli diharap menjadi pemangkin bagi mengukuhkan lagi usaha untuk keamanan dunia, kemakmuran dan kesejahteraan alam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengakap asing selami budaya kita

Posted:

Pengakap asing selami budaya kita

Pengakap asing selami budaya kita


Nelson Antonio (dua dari kanan) dan Antonio Mil Homens dari Macau bersama Ramli Abdul Hamid (duduk) di Bandar Jengka.


KUALA KRAU 13 April - Persekutuan Pengakap Daerah Jengka di sini melaksanakan pelbagai aktiviti baru-baru ini dengan mengadakan perkhemahan, program anak angkat dan pengakap luar negara.

Antara program yang dijalankan adalah penglibatan Pengakap Macau dalam program anak angkat melibatkan 21 ahli persatuan itu yang tinggal bersama keluarga angkat masing-masing.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jengka, Ramli Abdul Hamid berkata, kebanyakan ahli Pengakap terbabit yang berusia 15 tahun gembira kerana dapat menyelami budaya masyarakat di sini.

''Mereka sanggup datang ke Jengka kerana yakin dengan kestabilan negara ini dan mengakui masyarakat Melayu adalah peramah, berbudi bahasa dan menghormati tetamu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ramli berkata, sepanjang berada di situ, mereka tidak kekok tinggal bersama masyarakat Melayu kerana diajar berkomunikasi dan menyelami budaya masyarakat tempatan.

Bagi Ketua Kontinjen Macau, Nelson Antonio, 40, program itu meningkatkan kefahaman tentang budaya dan geografi kedua-dua negara dan ahlinya gembira serta teruja kerana menyertai program yang bertepatan dengan kehendak mereka.

Seorang lagi pemimpin Pengakap Macau, Antonio Mil Homens, 61, berkata, peluang berada di Jengka tidak dilepaskan dengan mengambil pelbagai foto menarik berkaitan budaya masyarakat Melayu di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM38.4 juta projek infrastruktur

Posted:

RM38.4 juta projek infrastruktur

RM38.4 juta projek infrastruktur

KUANTAN 13 April – Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM38.4 juta untuk projek penyelenggaraan infrastruktur awam dan projek infrastruktur asas di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 25.6 juta bagi projek infrastruktur asas manakala selebihnya adalah untuk projek penyelenggaraan infrastruktur awam.

"Kesemua projek berkenaan kini dalam pelaksanaan oleh agensi terbabit," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (Tahan-BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Adnan memberitahu, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pula, sebanyak 37 projek diluluskan di bawah bahagian infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukan RM221.6 juta.

"Sementara itu di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pula, sebanyak 20 projek jalan dan jambatan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM176.7 juta," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Datuk Chuah Boon Seong (Mentakab-BN) beliau berkata, pemilik tanah yang ingin membuat permohonan lanjut tempoh pajakan boleh datang ke Pejabat Tanah Daerah di negeri ini.

Tambahnya, mereka perlu mengikut prosedurnya iaitu pemilik tanah perlu menyerahkan balik keseluruhan tanah di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara.

"Mereka seterusnya mengemukakan permohonan pemberi milikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan