Utusan Online - Jenayah |
Pelajar hilang semasa pulang dari sekolah Posted: Pelajar hilang semasa pulang dari sekolahPUTRAJAYA 13 April - Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang ke sekolah untuk membantu gurunya menghias kelas pada Jumaat lepas di Sekolah Menengah Presint 9 (1) dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sehingga hari ini. Nur Atiqah didapati hilang bersama rakan baiknya, Nuraiza Atiqah Nordin, 12. Ibunya, Roslinda Karim, 46, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya, ketika pulang ke rumah pada waktu rehat iaitu hari yang sama pukul 1 petang sebelum kembali ke tempat kerja di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada pukul 2 petang. "Apabila anak-anak memberitahu Nur Atiqah tidak pulang ke rumah sehingga pukul 6.30 petang, saya terus hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah. "Lokasi terakhir pertemuan mereka di perhentian bas berhampiran sekolah untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang turut hilang," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik itu tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri. Roslinda menambah, Nur Atiqah berkulit hitam manis, tinggi 170 sentimeter, bertubuh sederhana, berambut pendek dan lurus berwarna perang. "Saya sudah cuba menghubungi telefon bimbit Nuraiza Atiqah tetapi dijawab oleh individu tidak dikenali. Laporan polis sudah dibuat pada Sabtu lepas tetapi sehingga kini anak saya masih belum ditemui. Orang ramai yang ada menemui Nur Atiqah diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Roslinda di talian 012-3640643 atau suaminya Tajuddin Mohd. Yusof 012-6759518. |
Pelacur, pelanggan 'beraksi' ditahan Posted: Pelacur, pelanggan 'beraksi' ditahanPULAU PINANG 13 April - Seramai empat lelaki yang sedang asyik mengadakan hubungan seks bersama pelacur ditahan dalam Ops Noda oleh sepasukan polis di sebuah hotel di Jalan Lebuh Light di sini. Kehadiran polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut secara mengejut itu menyebabkan ada di antara mereka nekad cuba melarikan diri tanpa seurat benang. Bagaimanapun kesemua mereka berjaya ditahan beberapa minit kemudian. Seramai empat pelanggan warga tempatan berusia dalam linkungan 20-an dan 10 wanita tempatan serta Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun dipercayai pelacur ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4 petang itu. Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati wanita-wanita berkenaan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu dari pukul 12 tengah hari hingga 7 malam dengan bayaran antara RM40 dan RM70. "Polis turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bertindak sebagai penjaga hotel berkenaan untuk siasatan lanjut. "Serbuan dilakukan berdasarkan intipan selama dua minggu lalu dan kegiatan pelacuran itu dipercayai bermula sejak sebulan lalu," katanya di sini hari ini. Katanya, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 52 keping kondom, empat jeli KY dan tiga keping resit bilik hotel. Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan