Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Promosi Pahang Barat ditingkatkan

Posted:

Promosi Pahang Barat ditingkatkan

Promosi Pahang Barat ditingkatkan

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 3 April - Tourism Pahang akan menggandakan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang Barat ekoran sambutan positif di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Pengarahnya, Amran Abd. Rahman berkata, beberapa daerah di wilayah itu seperti Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Lanchang, Bentong dan Sungai Koyan akan dibangunkan secara agresif bagi tujuan ekopelancongan.

"Tourism Pahang akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama, di sini semalam.

Menurut Amran, pihaknya berusaha menjadikan laluan antara Cameron Highlands sehingga ke Bentong sebagai jalan pelancongan kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Jelasnya, pelancong akan melalui beberapa destinasi pelancongan di situ seperti perkampungan Orang Asli, kampung tradisional dan di Pusat Perlindungan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh.

"Destinasi terbabit kurang dikenali, tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan supaya menjadi pilihan pelancong untuk datang ke negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selesaikan penempatan generasi baru Felda

Posted:

Selesaikan penempatan generasi baru Felda

Selesaikan penempatan generasi baru Felda


SEBAHAGIAN generasi baru Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 mengangkat tangan selepas menandatangani memorandum menuntut penempatan tetap di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, semalam.


JERANTUT 3 April - Seramai 600 generasi baru di Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 dekat sini menggesa kerajaan serta Felda menangani masalah pemilikan tanah termasuk perumahan yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Anak peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Satiriah Manaf berkata, kebanyakan generasi baru sudah berkeluarga dan tinggal bersama ibu bapa masing-masing yang merupakan peneroka awal di situ.

Menurutnya, kebanyakan mereka menetap dan bekerja di tanah rancangan serta memerlukan kediaman sendiri bagi menjalani kehidupan sempurna.

"Kerajaan dan Felda boleh memajukan tanah kosong seluas 16 hektar di sini dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai penempatan generasi baru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menandatangani memorandum berkaitan perkara itu di sini hari ini.

Rakannya, Shahrul Nizam Ahmad Basjuni berkata, penyelesaian isu itu perlu disegerakan secara situasi 'menang-menang' membabitkan kerajaan negeri, Felda dan anak peneroka.

Bagi Ketua Gerakan Generasi Kedua (GGK) Felda Kota Gelanggi 1 dan 3, Solihin Omar, program memiliki rumah menerusi skim jaminan kredit hanya bermanfaat kepada segelintir anak peneroka yang mempunyai pekerjaan tetap.

"Bagaimana pula nasib kami yang berusia lebih 40-an, tanpa kerja tetap dan tiada penyata gaji sah berbanding mereka yang ada kerjaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Miskin bukan alasan tidak ke sekolah

Posted:

Miskin bukan alasan tidak ke sekolah

Miskin bukan alasan tidak ke sekolah

TEMERLOH 3 April - Masalah kemiskinan tidak boleh dijadikan alasan oleh ibu bapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyediakan segala keperluan termasuk pinjaman buku teks kepada mereka terutama yang tinggal di luar bandar.

"Jika melihat kepada keputusan peperiksaan penting mendapati kebanyakan pelajar cemerlang adalah terdiri daripada mereka di luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bangau, di sini kelmarin.

Ismail yang merupakan bekas pelajar sekolah itu berkata, terdapat segelintir golongan tersebut berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke luar negara dan menjawat jawatan tinggi sama ada sektor awam atau swasta.

Tambahnya, selain itu, mereka juga boleh menjadi usahawan yang bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan