Ahad, 3 April 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Dr M gembira buku memoirnya laris

Posted: 03 Apr 2011 05:40 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di Kuala Lumpur, malam semalam.

NONEBeliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi.

"Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

"Diharapkan orang ramai tidak gunakan buku ini untuk dijadikan sebagai 'hadiah' semata-mata, kerana ia juga perlu dibaca dan diambil iktibar," katanya.

NONESementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.

Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.

"Cetakan kedua 25,000 naskah akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi, namun ia akan melalui sedikit perubahan dari segi foto dan kandungan fakta," tambahnya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mansor dakwa sambutan lawatan PM hambar

Posted: 03 Apr 2011 05:29 PM PDT

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

NONEIni kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

"2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

"Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

"Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

najib trip to penang 020411 02"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.

Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.

NONE"Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Lim dalam satu kenyataan media.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan