Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Warga emas dihukum gantung

Posted:

Warga emas dihukum gantung

Warga emas dihukum gantung

ALOR SETAR 3 April - Seorang warga emas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah kerana membunuh jirannya dengan sebilah pisau tujuh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani A. Rahim menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Lee Chin Hua, 68, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ketika memberi keterangan membela diri sebelum ini.

Tertuduh yang berbaju T dan berseluar putih dilihat tenang sebaik sahaja mendengar hukuman tersebut dibacakan.

Zamani dalam penghakiman lisannya berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri termasuk tujuh saksi jelas bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwa dan bahan bukti dalam kes tersebut.

Beliau antaranya menolak keterangan Chin Hua mengatakan dia menggunakan pisau tersebut untuk mempertahankan diri daripada dicederakan oleh si mati, namun tiada laporan kecederaan ke atasnya.

"Keterangan saksi mengatakan tertuduh mengeluarkan sebilah pisau yang tersemat di dalam bajunya dan kata-kata 'Kau mesti mati hari ini' jelas membuktikan tertuduh berniat untuk membunuh si mati," katanya.

Chin Hua, disabitkan kesalahan membunuh Loh Futt Keong, 25, seorang peniaga di rumah bernombor 340, Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar di sini, kira-kira pukul 7 pagi pada 21 November 2004.

Dalam pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Menurut keterangan kes, berlaku pertelingkahan mulut antara keluarga tertuduh dan si mati di hadapan rumah mereka pada hari kejadian sebelum Chin Hua dikatakan mengeluarkan sebilah pisau dari dalam bajunya dan menikam si mati.

Tertuduh diwakili peguam, Chong Weng Kong dan Jamil Shafie.

Weng Kong yang ditemui di luar mahkamah memberitahu, anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tommy insaf selepas nyawa bapa dalam bahaya

Posted:

Tommy insaf selepas nyawa bapa dalam bahaya

Tommy insaf selepas nyawa bapa dalam bahaya

KATA cerdik pandai, manusia yang baik ialah mereka yang mengaku kesilapannya, memberitahu orang lain apa kesilapannya dan sering menasihatkan supaya jangan diikuti kesilapannya.

Tiga langkah tersebut bukan mudah untuk dilaksanakan namun ia sebenarnya boleh dilakukan jika ada kemahuan.

Bagi melakukan transformasi diri dan orang lain, ia memerlukan lebih daripada keberanian dan keikhlasan.

Itulah yang berlaku kepada seorang bekas penagih dadah, Tommy (bukan nama sebenar) yang telah kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket penyamaran membabitkan kegiatan rasuah.

Tommy yang berusia 22 tahun mula menagih dadah sejak terpengaruh dengan aktiviti sosial bersama rakan-rakan kolejnya. Selain menagih, dia juga terkenal kerana menjual pil ekstasi di sekitar Pulau Pinang.

Pada suatu malam, ketika leka menjual dadah di sebuah kelab malam di Bukit Mertajam, Tommy didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Anuar, Omar dan Muthu.

Ketiga-tiga lelaki yang berpakaian biasa itu mendakwa diri mereka pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah sambil mengeluarkan pas kerja dan menunjukkan sepucuk pistol.

Mereka mengugut untuk mendedahkan kegiatan haram Tommy dan meminta dia membayar wang sebanyak RM10,000 supaya tidak ditangkap atas tuduhan menjual dadah.

Ketiga-tiga 'pegawai polis' itu turut mengugut untuk mencederakan bapa Tommy jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari.

Bimbang keselamatan dirinya, Tommy berjanji untuk membayar suapan itu. Bagaimanapun, tiba-tiba timbul perasaan bersalah kerana jalan salah yang dipilihnya, nyawa bapanya pula dalam bahaya.

Berikutan itu, Tommy bertekad mahu memperbetulkan kesilapannya dan atas nasihat bapanya, dia membuat laporan kepada SPRM berhubung kegiatan tiga pegawai polis terbabit.

Walaupun tindakannya itu berisiko tinggi dan boleh menggadai nyawa, namun Tommy yakin tindakannya itu betul.

Setelah aduan diterima, pegawai SPRM telah membuat perancangan untuk memerangkap tiga pegawai polis tersebut dengan bantuan daripada Tommy sendiri.

Akhirnya Anuar, Omar dan Muthu berjaya diberkas atas kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Hasil siasatan yang dijalankan, ketiga-tiga mereka bukan pegawai polis yang sebenar tetapi telah menyamar untuk melakukan aktiviti ugutan dan rasuah itu.

Akibat kegiatan itu, ketiga-tiga mereka telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut berkaitan kesalahan menyamar sebagai polis.

Tommy kini telah berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru dengan memulakan perniagaan menjual buah-buahan. Dia berpuas hati kerana keinsafan dirinya bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa bapanya, malah membanteras kegiatan rasuah individu tidak bertanggungjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan