Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Saya akan bentuk kepimpinan baru mantap – Taib

Posted:

Saya akan bentuk kepimpinan baru mantap – Taib

Saya akan bentuk kepimpinan baru mantap – Taib


DR. HAZLAND Abang Hipni (kiri) memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai ketika berkunjung ke sebuah Pasar Tani di Demak Laut, Kuching, malam tadi. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


KUCHING 17 April – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

Beliau berterima kasih kepada rakyat Sarawak kerana terus menyokong Barisan Nasional (BN) dan memberi mandat kepada parti itu membentuk kerajaan.

Katanya, kemenangan BN pada pilihan raya negeri hari ini membuktikan rakyat Sarawak tidak terpengaruh dengan budaya politik negatif yang cuba dibawa parti pembangkang dari luar.

Tegasnya, rakyat Sarawak tidak dapat menerima cara politik yang mengapi-apikan mereka, menimbulkan syak wasangka, perkauman dan cuba menimbulkan rasa takut.

"Saya akan buat Kertas Putih supaya budaya ini tidak berlaku di Sarawak dan kalau yang dah masuk, kita pastikan tidak berterusan. Ini tidak menguntungkan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di sini malam tadi.

Taib berkata, pembangkang menyatakan bermacam-macam perkara untuk menang pilihan raya, tetapi rakyat Sarawak masih percayakan BN dan perasaan bersangka baik terhadap BN masih ada dalam kalangan kebanyakan rakyat.

"Ini semua propaganda... propaganda (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dulu dia dakwa tsunami pilihan raya 2008... tetapi dia tak menang pun. Di Sarawak, dia cakap menang dan dah lantik ketua menteri," katanya.

Taib berkata, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke seluruh pelosok Sarawak untuk berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka membawa kesan positif.

"Rakyat nampak Kerajaan Pusat beri perhatian lebih kepada Sarawak. PM pun tahu Sarawak perlu mempunyai dasar mengejar kemajuan untuk melaksanakan program NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) luar bandar yang meliputi kemudahan air, elektrik dan jalan," katanya.

Ketua Menteri itu juga meyakinkan rakyat Sarawak bahawa Kerajaan Pusat berdiri di belakang Sarawak khususnya menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk sama-sama membangunkan negeri dan membina lebih banyak infrastruktur.

Taib berkata, keputusan pilihan raya kali ini adalah sesuatu yang diduga berdasarkan keadaan semasa, tetapi apa yang penting BN tetap terus membentuk kerajaan untuk memajukan Sarawak.

Mengenai masyarakat Cina yang jelas lebih berpihak kepada DAP, beliau berkata, mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk kekal dengan DAP atau akan terpinggir. — BERNAMA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaji isyarat daripada keputusan PRN Sarawak - Zahid Hamidi

Posted:

Kaji isyarat daripada keputusan PRN Sarawak - Zahid Hamidi

Kaji isyarat daripada keputusan PRN Sarawak - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 17 April - Pimpinan parti di Sarawak dan Pusat harus mengkaji keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 kerana ada isyarat-isyarat tertentu yang ingin disampaikan pengundi negeri itu yang perlu diterjemahkan di peringkat nasional.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan setelah menang dengan majoriti dua pertiga bukanlah bermakna sokongan sama bakal diperoleh pada pilihan raya umum akan datang.

"Gambaran di Sarawak tidak semestinya gambaran sama di Semenanjung dan Sabah. Maka langkah-langkah untuk melakukan bedah siasat terhadap kawasan yang dijangka menang tetapi kalah harus dilakukan supaya kawasan itu tidak akan ketinggalan atau diabaikan.

"Oleh kerana banyak pengumuman telah dibuat oleh kepimpinan negeri dan Pusat, saya harap rakyat Sarawak melihat apa yang akan dilaksanakan di kawasan menang atau kalah adalah tanggungjawab kerajaan BN. Namun jangan diambil kesempatan atau diputarbelitkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BN berjaya mengekalkan penguasaan di Sarawak dengan majoriti dua pertiga meskipun, pilihan raya kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, apabila BN hanya memenangi 55 daripada 71 jumlah kerusi yang dipertandingkan dan kehilangan lapan lagi kerusi berbanding pada pilihan raya 2006.

Ahmad Zahid berkata, kemenangan BN di Sarawak diperoleh dengan keizinan Allah SWT dan ada pengajaran yang perlu diterjemahkan supaya perpaduan di kalangan rakyat dapat dikekalkan dan kemajuan serta pembangunan di kawasan pedalaman dapat diberikan keutamaan.

Beliau dalam pada itu berkata, projek membina jalan yang telah diumumkan di Long Lopeng iaitu dari Bario ke Ba'kelalan akan diteruskan oleh kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan untuk projek-projek tersebut.

"Projek itu akan dibuat oleh Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Maka saya akan minta Panglima ATM memantau supaya projek ini diteruskan dalam usaha memberikan kemudahan infrastruktur kepada rakyat pedalaman di Bario, Ba'kalalan dan Long Lopeng," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM gembira BN, Mutteo menang

Posted:

PM gembira BN, Mutteo menang

PM gembira BN, Mutteo menang

Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


NAJIB tun razak menyampaikan trofi kejohanan kepada Mutteo Manassero yang menjuarai kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia. turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar di KLGCC Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 April - Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Beliau mempunyai dua sebab untuk bergembira, pertamanya kerana kejayaan itu membuktikan 'BN boleh!'

"Keduanya, (saya) gembira dengan kemenangan Mutteo Manassero (pemain Itali) hari ini," katanya berucap menutup kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini.

Manassero, 17, merupakan pemain termuda kejohanan yang menjuarai Terbuka Malaysia itu.

Semalam, BN berjaya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga meskipun, pilihan raya kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah Sarawak apabila pembangkang begitu agresif menyerang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam usaha untuk menukar kerajaan negeri.

BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara itu, menyentuh kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia, Perdana Menteri berkata, ia antara acara sukan terbaik dalam memasarkan nama serta kemampuan Malaysia di mata dunia.

Katanya, kejohanan tersebut kini ditonton kira-kira 400 juta penduduk dunia dari 42 negara selain diiktiraf sebagai antara kejohanan golf paling berprestij di rantau ini.

Pada masa yang sama, Najib juga mahu Persatuan Golf Malaysia meningkatkan usaha bagi melahirkan lebih ramai jaguh golf tempatan daripada barisan pemain pelapis.

"Saya berharap pada masa hadapan, akan ada pemain Malaysia yang muncul juara dalam kejohanan ini, tetapi usaha itu perlu bermula dengan melahirkan lebih ramai pemain pelapis berbakat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan