Isnin, 18 April 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Eskay: Saya tanggungjawab tayang video seks, akan dedah di mahkamah

Posted: 17 Apr 2011 11:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

"Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah."

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega.

"Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat," katanya lagi.

Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

"Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.

"Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam," katanya lagi.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SUPP tolak hasrat George Chan letak jawatan

Posted: 17 Apr 2011 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April — Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini menolak untuk menerima surat peletakan jawatan presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, keputusan diambil ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya negeri kelmarin.

Setiausaha agungnya Datuk Sim Kheng Hui juga menawarkan untuk meletakkan jawatan tetapi jawatankuasa kerja pusat (CWC) berkata kedua-dua pemimpin akan kekal dalam parti sehingga perhimpunan tahunan yang dijadual akan berlangsung akhir tahun ini.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan