Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


ATM tiada maklumat dakwaan Kolonel Azmi

Posted:

ATM tiada maklumat dakwaan Kolonel Azmi

ATM tiada maklumat dakwaan Kolonel Azmi

KUALA LUMPUR 17 April - Pegawai perisikan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakannya menyalurkan maklumat kepada Raja Petra Kamaruddin seperti didedahkan oleh pengendali laman web antikerajaan itu baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ada kena-mengena dengan penyaluran maklumat yang merupakan komplot bagi memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak tentera tidak ada maklumat sebagai mana disebut oleh Azmi dan apa yang berlaku ialah tanggungjawab beliau yang telah memfitnah pemimpin negara (Najib) dan isterinya, Rosmah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Petra baru-baru ini mendedahkan Azmi bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya dalam satu komplot bagi memfitnah Najib dan Rosmah berhubung pembunuhan Altantuya.

Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan bahawa Azmi telah digantung tugas mulai Jumaat lalu dan siasatan dalaman telah pun dilakukan ke atas pegawai itu bermula pada hari yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saman jika benar difitnah - Zamil

Posted:

Saman jika benar difitnah - Zamil

Saman jika benar difitnah - Zamil

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM dan FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar untuk menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu berbuat demikian bagi membersihkan imej beliau yang kini terjejas teruk di mata rakyat.

"Sudah hampir sebulan isu video seks berkenaan dipertikaikan Anwar, namun kenapa tiada tindakan saman daripadanya? Jika tidak benar tuduhan tersebut, saman sahajalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan saman tersebut dilihat wajar kerana tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan maruah diri seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri serta kredibiliti keluarganya iaitu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Tambahnya, hanya dengan menyaman trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dapat menunjukkan bahawa beliau benar-benar menolak tuduhan terbabit.

Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu.

"Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim.

"Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.

"Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saya telah lama kritik Anwar - Raja Petra

Posted:

Saya telah lama kritik Anwar - Raja Petra

Saya telah lama kritik Anwar - Raja Petra

KUALA LUMPUR 17 April - Raja Petra Kamaruddin berkata, pendedahannya mengenai penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komplot memfitnah Perdana Menteri dan isteri bukan bererti dia membelot daripada perjuangan pembangkang.

Pengendali laman web propembangkang itu berkata, dia tetap menyokong perjuangan pembangkang dan Anwar namun, ia tidak bermakna beliau harus menutup mata terhadap semua tindakan tidak demokratik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang tersebut.

"Pendedahan mengenai tindakan beberapa pihak yang mendesak dan mempengaruhi saya supaya membuat akuan bersumpah tidak seharusnya dilihat saya sudah berubah pendirian. Kononnya saya sudah membelot kepada pembangkang.

"Kritikan saya terhadap Anwar dan kepimpinan pembangkang bukan baru. Saya secara konsisten telah mengkritik Anwar secara terbuka sejak sekian lama tetapi cuma baru-baru ini orang ramai membuka mata, kerana ia dilaporkan oleh media arus perdana.

"Ini bererti penyokong pembangkang lebih mengikuti laporan media arus perdana berbanding media pembangkang, kalau tidak sudah tentu mereka sedar dengan kritikan saya sebelum ini," katanya dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak yang menyokong perjuangan pembangkang menuduh Raja Petra sebagai pembelot kerana mendedahkan penglibatan Anwar dan komplot memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, dalam satu temu bual dengan Radio Australia, Raja Petra mengulangi pendirian bahawa Anwar dan pembangkang tidak mampu mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, kegagalan pembangkang mengurus negeri Selangor dan menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit seperti isu arak, membuktikan pembangkang tidak mampu untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan