Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


BN kemuka 18 calon muka baru

Posted:

BN kemuka 18 calon muka baru

BN kemuka 18 calon muka baru

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
utusansarawak@utusan.com.my


Adenan Satem (dua dari kiri) bersama pemimpin Barisan Nasional Sarawak mengangkat tangan selepas pengumuman calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 di Kuching, semalam. - BERNAMA


KUCHING 3 April - Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25 peratus atau 18 orang calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Mereka terdiri daripada 10 calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Kesemua Presiden parti komponen BN negeri, iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB); Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam (SUPP); Datuk Seri Dr. James Jemut Masing (PRS) dan Datuk Seri Wiliam Mawan Ikom (Parti Demokratik Progresif Sarawak) juga akan mempertahankan kerusi masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Piasau, Baleh dan Pakan.

Ketua Penerangan BN negeri, Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan senarai calon BN di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini, membuat kejutan apabila tidak mengumumkan nama calon parti itu di DUN Ba'kelalan.

DUN berkenaan sebelum ini dimenangi calon SPDP, Balang Rining dan pada pilihan raya negeri kali ini, pembangkang dijangka mencalonkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Baru Bian.

Adenan sewaktu ditanya mengenai calon BN di Ba'kelalan sekadar berkata, ia adalah 'calon misteri' yang hanya akan diumumkan sebelum hari penamaan calon Rabu ini.

"Kita boleh cari calon pada bila-bila masa dan kita ada banyak (calon), cuma kita mahu mencari calon yang betul," katanya.

Sidang akhbar berkenaan yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan bagaimanapun tidak dihadiri oleh Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri yang dikatakan mempunyai satu majlis lain.

Turut mengejutkan pemerhati politik ialah penyandang DUN Lingga, Simoi Peri dicalonkan sekali lagi walaupun beberapa hari lalu mengadakan sidang akhbar mengumumkan tidak akan bertanding.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, senarai calon yang diketengahkan BN kali ini mempunyai ciri-ciri boleh menang sebagaimana yang disyaratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alumni UM rakan kerajaan

Posted:

Alumni UM rakan kerajaan

Alumni UM rakan kerajaan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama sebahagian daripada alumni pada majlis Alumni Universiti Malaya bersama PM di Hotel Shangri-La , Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman, Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan Ismail Sabri Yaacob.


KUALA LUMPUR 3 April – Ahli-ahli Alumni Universiti Malaya (UM) diminta menjadi rakan kepada kerajaan dalam usaha mentransformasi Malaysia menjadi negara maju dan bukan bertindak sebaliknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bekas-bekas pelajar UM itu juga tidak sepatutnya menjadi rakan kepada pembangkang yang cuba melakukan reformasi dalam negara.

Beliau berkata, selaku modal insan yang banyak mempengaruhi corak pentadbiran serta kemajuan negara, alumni UM perlu memastikan rahmat yang dikecapi hari ini berkekalan.

"Saya berharap para alumni yang kini menjadi ketua di lapangan masing-masing sentiasa bersama dengan kerajaan dan bukannya menjadi rakan kepada agenda reformasi pihak pembangkang.

"Segala kepakaran dan ilmu yang dikutip perlu disalurkan kepada kerajaan bagi memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju," katanya berucap merasmikan Majlis Makan Malam Persatuan Alumni UM (PAUM) di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung PAUM.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Dalam pada itu, Najib mengakui UM selaku universiti terunggul di negara ini telah banyak berjasa kepada negara terutamanya dengan melahirkan ramai modal insan berkualiti.

Katanya, pada masa sekarang pun, ramai di kalangan anggota Kabinet merupakan alumni UM dan Muhyiddin merupakan salah seorang daripadanya.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, UM tidak harus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada kerana untuk menjadi sebuah gedung ilmu terunggul, universiti itu perlu sentiasa kreatif dan inovatif.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Najib mahu setiap alumni yang dilahirkan oleh universiti tempatan mempunyai sifat mengenang budi yang tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kos tunai haji kekal

Posted:

Kos tunai haji kekal

Kos tunai haji kekal

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

JERAI 3 April – Kos menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah tahun ini kekal iaitu sebanyak RM9,980 seperti tahun lepas bagi setiap jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengekalan kos itu secara tidak langsung membabitkan tambahan subsidi oleh kerajaan untuk setiap jemaah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lalu.

Katanya, keputusan tersebut mengambil kira pertimbangan daripada pelbagai sudut dan pandangan termasuk keperluan pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH).

"Di sebalik peningkatan kos pengangkutan, makan minum dan penginapan di tanah suci, kerajaan tetap menimbangkan terutamanya keperluan pendeposit haji yang berusia dan berharap menunaikan haji.

"Ia juga mengambil kira prestasi pencapaian TH yang mampu mengendalikan dengan sebaik mungkin urusan ini serta keuntungan yang diperoleh pada 2010. Jadi kita mengekalkan tambang haji tahun terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Jamil Khir, tambang tersebut hanya untuk jemaah yang pertama kali menunaikan haji sahaja.

"Bagi mereka yang pernah menunaikan haji perlu membayar tambang penuh iaitu RM14,340 kerana dikecualikan mendapat subsidi. Ini sebagai memberi peluang mereka yang pertama kali ingin menunaikan haji," katanya.

Katanya, kos sebenar tersebut juga masih rendah berbanding negara jiran seperti Singapura sebanyak RM16,000, Brunei (RM17,000), Thailand (RM14,000) dan Indonesia RM10,000 hingga RM14,000.

Tambah beliau, dianggarkan lebih 500,000 pendeposit TH memohon untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

"Namun semua ini bergantung kepada kuota yang akan dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi nanti.

"Pada masa yang sama kita akan berusaha memohon kuota sebanyak mungkin tetapi masih dalam lingkungan kemampuan TH menguruskannya demi keselesaan jemaah mengerjakan ibadat itu kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan